assalamualaikum 😊
salam sejahtera...
jam di laptop ni now tepat 11.11 mlm.
anak-anak dah tido. mata saya lom ngantuk 😳. di tv, takde plak yg menarik perhatian...
timbul la idea few minutes ago utk menaip di ruang blog. kalau ada rezeki korang karang, saya blogwalking lah ye...
hari ni tak ke mana. kemas rumah. masak. lipat baju segunung 😄.
yesssss tiada lagi gunung-gunung baju di rumah saya. yahooooo...
selain tu. kopek bawang putih, bawang merah dan blend halus. ready to masak anytime.
ada plak stok cili merah seplastik. saya blend separa halus jugak and masuk dlm tupperware.
senang nanti nak masak-masak.
seantero Malaya dah tau yg Melaka sekarang dah masuk bulan ke-2 mencatu air rakyatnya.
empangan dah kurang air. kemarau!!!
pokok-pokok pun dah byk yg kering, layu, tak bermaya...
hujan oh hujan... di manakah kau hujan?
lama sgt dah ni bumi Melaka tak lencun disimbah hujan lebat. rinduuuuuuuu...
di singki dapur, baru tadi saya keluarkan tong air ni.
siap-siap letak pesanan - AIR UNTUK CUCI TANGAN SAHAJA!
bukannya apa, anak-anak dah biasa nampak tong ni utk minum air, ada karang diorang tadah dlm cawan and minum plak 😆. naya!!!
sebelum ni tak terasa sgt bila takde air kat rumah sebab catuan air berlaku hanya di hari bekerja.
esok, Ahad oii, takde air plak 😒.
mesej dari grup taman perumahan...
ni jadual rasmi yg dikeluarkan oleh SAMB.
next week sabtu plak takde air 😁😁😁. saya plan dah nak ajak mr.asben naik KL, rumah kakak.
ni tong-tong air di 3 tandas dlm rumah saya ni.
ni dah standby dah dari hari pertama takde air.
air suam pun saya da siap-siap isi dlm botol. separuh da masukkan dlm peti ais.
kadang-kadang anak-anak ni nak air sejuk. sebelum ni diorang da terbiasa dgn cuckoo tu jer.
air suam. air sejuk. air panas. tekan jer button...
ni bila air di pili takde, cuckoo pun abis la air dlm tank nyer kan. hu hu hu hu hu... terpaksa korek balik botol tupperware dlm kotak, isi air berbotol-botol.
bila bekalan air takde time hujung minggu ni, pada saya - sgt sukar!!!
maklumlah kan. bila hari cuti ni, aktiviti di rumah penuh.
sarapan pagi.minum pagi.
makan tghari.
minum ptg.
makan mlm.
masak-memasak non-stop. singki tu 24 jam basah je. hu hu hu hu hu hu...
kami pun kalau mandi, memang tak kurang 30 minit dlm bilik air tu. terutama Ijat, siap menyanyi-nyanyi, menari-nari bawah shower air hujan tu 😄.
bila takde air, korang ghase???!! 😖😖 😔
saya da plan dah. esok lepas subuh terus nak masak. sebab air akan start takde kul 10 pagi, kan.
buat sarapan sekaligus lauk membawa ke mlm.
baju dah siap cuci dah tadi. so esok just sidai jer lah...
pe pun, kena redha... sabar...
terkenang dulu time blaja masters di UKM, subjek International Development Law, saya blajar tentang SDGs (Sustainable Development Goals - United Nations).
one of the goals is 👆👆👆 number 7 - CLEAN WATER AND SATNITATION.
semua org ada akses kepada air bersih. masih ada negara yg rakyatnya dinafikan akses kepada sumber air bersih.
tiada air!!! ni menjurus kepada tidak sihat, penularan wabak penyakit kerana tidak bersih!
salah satu contoh la...
negara kita ni majoriti dah ada akses kepada sumber air yg persih. sistem perpaipan yg baik.
still ada tempat yg sgt pedalaman yg masih menggunakan sumber air perigi, air sungai... tapi tak la byk kot kan. pokok pangkalnya is ADA AIR.
masa depan???
dah la bumi kita da semakin panas. tempat tadahan hujan dah gondol dek pembangunan. hujan dah jarang-jarang 😔😔.
aduhai...
tu yg tak la marah di atas keputusan kerajaan Melaka utk melaksanakan catuan air ni. faham. sedar. tahu...
moga langkah ini akan memberikan kesan yg signifikan kepada keadaan di Melaka ni.
jgn la keadaan bertambah teruk, ya Allah. permudahkanlah...
ok la...
sampai tu jer la borak-borak di tgh mlm ni.
saya nak gi jengah dapur jap lah. mana le tahu ada perkara-perkara yg boleh saya buat di tgh mlm ni.
alang-alang mata tak ngantuk lagi kan.
bye.
have a great Sunday uolls...
23 Comments
semoga dipermudahkan uusan kita seharian tanpa air..
ReplyDeletemelaka kt mana tuu..
bukit rambai ni pon kene catu air jugakk.. huhuhu
Boleh tahu kesusahan takde air.
ReplyDeleteAllahuakbar.Moga hujan la dengan selebat-lebatnya.Moga gangguan bekalan air segera berlalu.
ReplyDeleteTabahla orang Melaka. Yelah, takkanla setiap kali xde air nak keluar, botakla kepala. Semoga dipermudahkan urusan dan cepat bekalan air pulih.
ReplyDeleteMoga melaka dirahmati dengan hujan yang sesuai membasahi bumi bertuah. Baru plan nak pergi bercuti ke melaka nanti. ^^
ReplyDeletepernah merasa air kena catu dlm masa yg lama..mmg bertabah la...tp nasibaik kdg2 umh mak ada air..so bole la tumpang umh mak..nasibaik tk jauh..smoga dipermudahkan urusan aida
ReplyDeletemoga Melaka akan turunla hujan tu ya kak, dana tahu seksanya bila takde air... nak masak atau buat apa pun serba tak kena jadi nya...
ReplyDeletekalau kat sini beberapa minggu takde hujan pun dah membahang macamne lah kalau dah berbulan ya...
Moga dipermudahkan rutin harian di sana. Perit rasanya bila kena catuan air ni.. :(
ReplyDeletememang susah kalau air kena catu ni tapi okay la ada juga stok air. Kalau dekat selangor ni tiba2 je takde, nak menyimpan pun tak sempat. Nasib la sekarang dah kurang, dah dapat notis awal
ReplyDeleteBila air tak ada memang susah kan. Kalau kita dah dapat info awal air tak ada, dah boleh standby bekas untuk tadahan air.
ReplyDeleteBab tak ada air ini kalau sabtu dengan ahadlah yang paling terasa sebab seharian dirumahkan.. semoga Melaka diturunkan hujan.. Aamiin..
ReplyDeleteAir memang paling prnting dqlam hidup bila kena catu memang susah dibuatnya. Moga srgalanya dipermudahkan.
ReplyDeletedikawasan mana tu..lahai...susahnya kalau takde air kan.Nak buat apa pun serba tak kena.
ReplyDeleteBetul lah bila kita tengok kat berita yang air kat Melaka kritikal memang teruk hehehe sabar lah duagaan tak lama semua ini kenalah pandai jimat cermat guna air bile perlu sahaja jangan basuk kenderaan buat masa ini basuh guna air hujan kalau ada pun...
ReplyDeletealamak.. hahahaha~ saya ni biar tak de letrik dari tak de air.. tapi tak pe lah.. ada lah tu keje2 yang diuruskan jabatan air.. bertabah ya sis..
ReplyDeleteBila air kena catu baru kita rasa betapa besarnya mempunyai nikmat air yg mengalir tu kan. Kami kat Selangor nie pon kerap jugak xde air
ReplyDeleteNila ait tak ada memang tergemdala semua kerja. Nak nak bab nak mandi, basuh pinggan mangkuk kan. Kadang kadang time air tak ada time tuhlah masing masing kat rumah sakit perut lah apa lah
ReplyDeleteSeksanya kalau takde air kan...kalau Sis bior takde karen, jangan takde air, susah nak buat kerja kann...
ReplyDeletememang dugaan sangat tu kalau xde air. semoga masalah ni selesai cepat2.
ReplyDeleteAduhai memang perit betul rasa kalau tak ada air kat rumah. Tergendala semua kerja. Lagi-lagi yang ada anak kecil huhu ada sekali tu kami laki bini sakit perut balik kenduri malam tu tak tahan sebab air nak habis terus check in hotel hahaha aduhh
ReplyDeleteAllah,, masalah bekalan air takde ni paling stress la. Kat KL ni pun selalu jugak takde bekalan air. Yang jenis takde anak kecil okay lagi. Jenis yg anak2 ramai & kecil, payah jugak tu.
ReplyDeletePernah rasa catuan air. Mmg hazab sgt.. apatah bagi org yg ada anak kecil
ReplyDeletesabar aje lah... Kebetulan hari minggu minggu lepas saya pun ada singgah di melaka... Syukur tmpt saya pergi ada air...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.