assalamualaikum ๐Ÿ˜Š
salam sejahtera...

jam di laptop ni now tepat 11.11 mlm.
anak-anak dah tido. mata saya lom ngantuk ๐Ÿ˜ณ. di tv, takde plak yg menarik perhatian...
timbul la idea few minutes ago utk menaip di ruang blog. kalau ada rezeki korang karang, saya blogwalking lah ye...

hari ni tak ke mana. kemas rumah. masak. lipat baju segunung ๐Ÿ˜„.
yesssss tiada lagi gunung-gunung baju di rumah saya. yahooooo...
selain tu. kopek bawang putih, bawang merah dan blend halus. ready to masak anytime.
ada plak stok cili merah seplastik. saya blend separa halus jugak and masuk dlm tupperware.
senang nanti nak masak-masak.

seantero Malaya dah tau yg Melaka sekarang dah masuk bulan ke-2 mencatu air rakyatnya.
empangan dah kurang air. kemarau!!!
pokok-pokok pun dah byk yg kering, layu, tak bermaya...
hujan oh hujan... di manakah kau hujan?
lama sgt dah ni bumi Melaka tak lencun disimbah hujan lebat. rinduuuuuuuu...

Catuan Air Di Melaka | Bila bekalan air tiada di hujung minggu...
di singki dapur, baru tadi saya keluarkan tong air ni.
siap-siap letak pesanan - AIR UNTUK CUCI TANGAN SAHAJA!

bukannya apa, anak-anak dah biasa nampak tong ni utk minum air, ada karang diorang tadah dlm cawan and minum plak ๐Ÿ˜†. naya!!!
sebelum ni tak terasa sgt bila takde air kat rumah sebab catuan air berlaku hanya di hari bekerja.
esok, Ahad oii, takde air plak ๐Ÿ˜’.

Catuan Air Di Melaka | Bila bekalan air tiada di hujung minggu...
mesej dari grup taman perumahan...

Catuan Air Di Melaka | Bila bekalan air tiada di hujung minggu...
ni jadual rasmi yg dikeluarkan oleh SAMB.
next week sabtu plak takde air ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. saya plan dah nak ajak mr.asben naik KL, rumah kakak.

Catuan Air Di Melaka | Bila bekalan air tiada di hujung minggu...
ni tong-tong air di 3 tandas dlm rumah saya ni.
ni dah standby dah dari hari pertama takde air.

air suam pun saya da siap-siap isi dlm botol. separuh da masukkan dlm peti ais.
kadang-kadang anak-anak ni nak air sejuk. sebelum ni diorang da terbiasa dgn cuckoo tu jer.
air suam. air sejuk. air panas. tekan jer button...
ni bila air di pili takde, cuckoo pun abis la air dlm tank nyer kan. hu hu hu hu hu... terpaksa korek balik botol tupperware dlm kotak, isi air berbotol-botol.

bila bekalan air takde time hujung minggu ni, pada saya - sgt sukar!!!
maklumlah kan. bila hari cuti ni, aktiviti di rumah penuh.
sarapan pagi.
minum pagi.
makan tghari.
minum ptg.
makan mlm.
masak-memasak non-stop. singki tu 24 jam basah je. hu hu hu hu hu hu...
kami pun kalau mandi, memang tak kurang 30 minit dlm bilik air tu. terutama Ijat, siap menyanyi-nyanyi, menari-nari bawah shower air hujan tu ๐Ÿ˜„.

bila takde air, korang ghase???!! ๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–     ๐Ÿ˜”
saya da plan dah. esok lepas subuh terus nak masak. sebab air akan start takde kul 10 pagi, kan.
buat sarapan sekaligus lauk membawa ke mlm.
baju dah siap cuci dah tadi. so esok just sidai jer lah...

pe pun, kena redha... sabar...
terkenang dulu time blaja masters di UKM, subjek International Development Law, saya blajar tentang SDGs (Sustainable Development Goals - United Nations).

Sustainable Development Goals United Nations

one of the goals is ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘† number 7 - CLEAN WATER AND SATNITATION.
semua org ada akses kepada air bersih. masih ada negara yg rakyatnya dinafikan akses kepada sumber air bersih.
tiada air!!! ni menjurus kepada tidak sihat, penularan wabak penyakit kerana tidak bersih!
salah satu contoh la...
negara kita ni majoriti dah ada akses kepada sumber air yg persih. sistem perpaipan yg baik.
still ada tempat yg sgt pedalaman yg masih menggunakan sumber air perigi, air sungai... tapi tak la byk kot kan. pokok pangkalnya is ADA AIR.
masa depan???
dah la bumi kita da semakin panas. tempat tadahan hujan dah gondol dek pembangunan. hujan dah jarang-jarang ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”.

aduhai...

tu yg tak la marah di atas keputusan kerajaan Melaka utk melaksanakan catuan air ni. faham. sedar. tahu...
moga langkah ini akan memberikan kesan yg signifikan kepada keadaan di Melaka ni.
jgn la keadaan bertambah teruk, ya Allah. permudahkanlah...

ok la...

sampai tu jer la borak-borak di tgh mlm ni.
saya nak gi jengah dapur jap lah. mana le tahu ada perkara-perkara yg boleh saya buat di tgh mlm ni.
alang-alang mata tak ngantuk lagi kan.

bye.
have a great Sunday uolls...