👉assalamualaikum 😀.
salam sejahtera.
hamboi. hamboi. hamboi.
sempat update blog sementara tunggu azan Isya'.
alhamdulillah, hari ni saya dan kakak-kakak berdua berpuasa. 😄 bertiga baru nak puasa ganti...
tadi kami berbuka dgn satu lauk je yg saya masak dgn cepat, sementara air di pili masih ada.
ada amik gambar 1 lauk tu td.
esok la saya up menu berbuka kami ye.
Sabtu yg baru lepas, kami balik seremban.
Mami, mak mertua saya, memang da tak memasak dah, faktor kesihatan.
tiap kali menantu balik, menantu la yg masak-memasak kat rumah.
cadangan mr.asben - mee goreng kurang pedas utk Mami.
nampak gambar tu mcm pedas, kan?
skit la... tapi Mami boleh makan la.
jom saya kongsi camne saya masak...
RESEPI MEE GORENG BASAH ANEKA SAYUR UTK IBU MERTUAKU :
👉 bahan tumis
bawang merah
bwang putih
udang kering
👉 bahan yg lain
2 sudu besar ciliboh
sos tomato
sos tiram
kicap manis
air (sesedap rasa la nak berkuah atau tidak)
telur 2 biji
garam
2 bungkus mee kuning NuMee
fishball sebungkus
taugeh
tomato ceri
sawi bunga
carrot
daun bawang
daun sup
👉 cara-cara yg sgt simple
firstly, tumis bahan hingga naik bau wangi semerbak hingga mengundang anak-anak ke dapur dan bertanya, "sedapnya, ibu masak apa tu?" 😄 😆 😆.
secondly, masukkan fishball, ciliboh, aneka sos dan air. kacau sebati. masukkan telur. pasni kuah akan memekat skit lah.
thirdly, boleh da perisa kan dgn garam. masukkanlah mee kuning NuMee tu.
fourth, masukkan semua kecuali tomato ceri, daun bawang dan daun sup. this time, boleh la nak tambah air ke, sos tomato ke, sos tiram ke... utk sesuaikan rasa.
SIAP!!!
tutup api. and masukkan tomato ceri, daun bawang dan daun sup. ala-ala hiasan lah gitu.
👇👇👇
belasah aje goreng mee ni. ntah sedap ntah kan tidak kan... confident tu wajib ada lerrr...
konon-konon la firstly, secondly, third, fourth... 😄😄😄.
kekadang main campak je semua bebila rasa sesuai, kan.
kuantiti bahan pun, ikut sedap kita jer lah uolls. janji sesuai...
nampak tak anak bujang saya makan mee goreng dgn tangan jer?
ala-ala makan laksa johor tau. bertambah 2 kali!
alhamdulillah. sepinggan Mami makan.
tu pun dah cukup byk dah tu.
asyik la makan nasi, lauk... nasi, lauk... nasi, lauk...
so kami balik weekend sesekali, gorengkan mee lah plak... tukar selera.
😍

24 Comments
Alhamdulillah ada menantu masak pula.
ReplyDeletesamalah kak ana pun suka masak mee letak sayur banyak2 aida hehe :)
ReplyDeletesedap nampaknya kak, dana suka mee goreng basah gini dan banyak sayur...
ReplyDeleteaduhai gaya makan mee goreng anak bujang macam gaya orang tua kak... hehehhe
mee goreng basah mmg sodap tp kalo byk sayur letak tepi hehe
ReplyDeletesedap nampak..
ReplyDeletekalola kita jiran.. lama da p mintak sikit..
Lama tak makan mee goreng basah
ReplyDeleteSedapnya. Mi goreng basah macam tu.
ReplyDeleteNampak sedap pulam mee goreng tu...
ReplyDeleteamboi kemain berselera izzat makan mee goreng kak aida! mee goreng ni best betul makan dengan teh panas ataupun kopi o
ReplyDeletetudia dia makan mee goreng basah dengan tangan..hihi baru puas ye bang..el pun suka makan mee goreng basah ni..selalu jugak masak untuk hidangan pagi petang or malam ekeke
ReplyDeleteKadang2 yg simple2 pun dah cukup untuk berbuka kan...yg penting sedap!!
ReplyDeleteSaya ni kalau letak memacam sayur dalam mee, sudahnya sayur tu tersusun cantik tepi pinggan. Aduhai anak anak hahahha
ReplyDeleteAaaaaa baca malam2 ni menggoda betul laa mee goreng tu. Basah2 macam tu masak, memang kena dgn selera nur. Tq share resepinyaa kak aida
ReplyDeleteSedapnya mi goreng basah. Bella prefer versi kering lagi. Sekala-sekala teringin nak makan mi goreng basah bolehlah cuba resepi Aida ni nanti :)
ReplyDeletesedapnya mi basah. minat juga buat tapi selalu fail / gagal. boleh cuba resepi ni. thanks for sharing
ReplyDeleteSedapnya tengok mee tu. Dah la tak bekpes lagi nie. Dapat plak lawan dengan telur goyang dan nescafe tarik - wow!!!! Tq share resipi ye
ReplyDeletemee goreng camni memang fav saya dan anak-anak. mereka akan makan sayur kalau dalam mee mcm ni. hehehe. Petang ni nak masak mee goreng lah. Terasa kesedapan sos tiram. Hahaha.
ReplyDeleteFav saya mee basah ni... Nanti boleh try resipi sis ni pula untuk makan tengahari atau makan malam. Thank you share resipi ni sis Adianiez... Blog Sofinahlamudindotcom
ReplyDeleteamboiiii sedap mummy dia masak mee...nampak sedap dan beria anak makan...nanti nak try la cara masakan aida
ReplyDeleteSaya pun selalu masak mee goreng basah kalo kat umah ni sebab suami suka sgt makan mee goreng basah
ReplyDeleteSedapnya. Kalau mee goreng basah memang menyelerakan kalau compare dengan kering. Terus selera nak makan
ReplyDeleteTerasa lapar pulak tengok mee goreng basah ni.. ada resepi tu .. boleh la cuba try versi ni.. selalu buat mee goreng basah style mee bodo je.. kali ni nak try resepi ni pulak la..hee
ReplyDeleteYa Rabbi, masuk sini terus lapar di buatnya..kejap lagi nak makan ni, baru makan ubat ubatan huhuhu..sedapnyaa...
ReplyDeleteSedapnyaaa mi goreng basah. Musim2 kuarantin ni, menu macam ni pun dah cukup sedap. Karang nak mintak husband beli mi & sayur la. Nak masak mi goreng basah.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.