assalamualaikum...
šŸ˜Š salam sejahtera.

nak share resepi.

Resepi Cepat | Ayam Goreng Kunyit Berlada
hah hah hah... sebelum membawang, mari saya jelas kan ye.
yes, saya kalau masak, minyak memang byk. byk tu tak la byk over the limit.
semua gambar masakan saya confirm minyak tu meladung dlm pinggan.
sekadarnya, sesuka hati saya, sepuasnya. tapi bila mencedok lauk tu, kami toskan minyaknya.
minyak baru ye bila saya masak. never never pakai minyak berulang.
terutama bila buat sambal / goreng berlada - rasa best bila menumis tu, minyak terbit šŸ˜šŸ˜šŸ˜.

resepi ni adalah resepi kawan.
gi rumah dia, makan and saya jadik šŸ˜³šŸ˜³šŸ˜³. sodap bona ni!
terus ler tanya resepi. and buat.
anak-anak sgt suka. makan bertambah 2-3 pinggan nasi. best!!!
alhamdulillah...

RESEPI : Ayam Goreng Kunyit Berlada

1 . ayam šŸ‘‰ garam kunyitkan dan goreng.
2 . bawang merah + bawang putih + cili merah + cili hijau šŸ‘‰ kisar halus.
3 . kacang panjang šŸ‘‰ potong panjang-panjang sesedap mata memandang.
4 . halia 2cm šŸ‘‰ ketuk skit
5 . asam keping

Firstly, bahan kisar tu dan halia ditumis. terbit minyak, lada garing cantik.
Secondly, masukkan terus ayam goreng tadi dan kacang panjang. gaul rata. tak perlu lama tau. karang terlebih masak plak kacang panjang!
Lastly, campakkan asam keping dan perisakan dgn garam dan gula šŸ˜‹.
SIAP!

byk mana bawang ke, cili ke... tu saya rasa bergantunglah kepada byk mana ayam kita ada.
byk mana sambal yg kita nak.
bebas. tak terikat sgt la dgn jumlah bahan. sesedap rasa, sesuka hati kita tukang masak šŸ˜ƒ.

simple, kan šŸ‘.
cepat. 

NOTA KAKI : last weekend tak dpt nak baking mcm yg di plan šŸ˜”. terbantut dek 2 faktor - Melaka takde air. bila ada air, telur plak tinggal sebiji!!! šŸ˜  sendiri stress...

šŸ˜‰