assalamualaikum...
salam sejahtera.
blog kecil ni bersiaran lagi hari ni. alhamdulillah. hari ke-6 Malaysia Berehat 😌.
keluarga saya, emak abah, mak mertua, adik-beradik ipar duai, anak-anak buah, masih lagi sihat semuanya. terhindar dari dijangkiti covid 19.
meskipun kami semua berpisah jauh, tidak berjumpa sehingga detik waktu yg diizinkan, kami semua masih lagi mengambil tahu perihal masing-masing.
semoga dunia kita ni cepat pulih dan terhindah 100% daripada si jahat bernama covid 19 ini.
in shaa Allah...
awal pagi tadi, saya keluar rumah jam 7 pagi, bawa Syuhada ke GH Melaka. amik darah je.
tapi, risau hati ni. resah sgt sebelum nak bergerak keluar rumah! tahu jer la kan kenapa.
namun, kena pergi jugak. dah call pihak hospital Jumaat (pagi) lepas. respon mereka, "kami masih lagi beroperasi seperti biasa...".
maka, tawakal kepada Allah.
apapun, dgn izinNya, kan... kami usaha utk kekal jauh dari covid 19 dan apapun malapetaka.
jam 9 pagi tadi kami dah tiba rumah semula. memang cepat la sebab amik darah je. legaaaa...
dan, yg lebih penting, doakan keputusan darah Syuhada ok, normal. sebab, Khamis (petang) nanti barulah appointment dgn doktor pakar.
ok ok ok... sudah sudah perihal covid 19.
kecintaan ku terhadap bayam brazil - ENTRY YG LAMA, kali ni nak share la cara simple replant bayam brazil.
makan begitu saje - ulam. sambal sardin 😋 |
again, 2-3 lauk, ulam tetap bayam brazil. |
simple. tumiskan bawang putih. titiskan sos tiram. masukkan cendawan tiram dan goreng seketika. tutup api. masukkan bayam brazil yang telah dibersihkan. siap! |
tak sukar mana pun nak replant bayam brazil. namun... namun... nak kena tgk tangan jugak tau.
tak bebetul pun tak jadik.
semua atas niat ha ha ha ha ha...
da jadi kebiasaan, ulam / sayur saya akan rendam kejap dgn air garam. few minutes only. kalau-kalau ada ulat... |
batang bayam brazil yg telah saya kotaikan daun-daunnya. tinggalkan tunas-tunas kecil. dan dari sebatang ni, saya kerat kepada 3 keratan. |
rendam skit, sekadar bahagian bawah keratan tu cecah air. 2 mlm je saya rendam ni. |
tadaaaaaaa... tu nampak tak akar-akar yg telahpun keluar dari keratan? happy me!!! |
then, sediakanlah tanah utk nak tanam keratan bayam brazil tu.
cara mudah tanam semula bayam brazil - cucukkan je keratan batang tu ke tanah.
ni pun semua ilmu saya kutip dari kawan-kawan. tak la ilmu tu dtg sendiri-sendiri je.
saya ni tak byk pengalaman berkebun hi hi hi hi...
tanah dan pasu yg saya guna - beli di Eco je.
ni replant fasa pertama... |
kalau dilihat di pasu-pasu saya tu ada dicucukkan dgn lidi sate.
TIPS : itu bagi mengelakkan si kucing melepaskan najisnya! 😁
ni pernah terjadi tau! sebab tu la dulu kala bayam brazil saya tak menjadik!!!
so far, semua pasu saya cucukkan lidi sate gitu, tak la ada najis kucing lagi. alhamdulillah.
... fasa seterusnya, kini dah ada rak khas di tepi pagar. sememangnya khas utk bayam brazil dan ros jepun. |
another TIPS, ni dari pengalaman sendiri. bayam brazil ni lebih sihat cantik hijau bila medium tanah tu lembab. cepat ia akan naik membiak.
beginilah cara mudah tanam semula bayam brazil.
ada sepasu saya tu lambat, bantut dan daunnya tak molek! kan da lama Melaka kemarau. kalau setakat disiram sekali sehari, tak menjadik sgt.
jadik tu jadik. tapi tak brape menjadik!
alhamdulillah. beberapa kali dpt makan, terasa sgt puas hati.
dari sepasu kecil, jadi berpasu-pasu dah. best!
dimakan begitu saje atau dimasak.
👌 perfect!
30 Comments
tk mkn bayam tp mmg femes skarang org tanam bayam brazil
ReplyDeleteSenang rupanya tanam semula bayam Brazil. Ingat sekali masak terus buang batang tu semua.
ReplyDeleteMenarik utk di cuba! Masalah tkde tempat. Nk tnm dlm umh meow byk pastu tnm kat luar, anak jiran rajin sangat tlg petikkan. Bella blom pernh try masak bayam ni. Nnti boleh re-plant lah.
ReplyDeletesedapkan .. suka goreng ngn tepung rangup je . sekarang ni tengah biakkan pokok2 bayam brazil ni , banyak-banyak nanti boleh buat sayur
ReplyDeleteBest kan ada kebun sendiri dan boleh tanam ulam-ulam. Saya pun bercucuk tanam camni. Sekarang nak tunggu pokok bendi berbuah. hahah. lama betol dah tunggu ni.
ReplyDeleteLaaa macamtu je ke tanam, patut senang nak membiak ek...Sis nak try gak laaa, sebab jiran ada tanam, nak minta dia benihnya nanti..
ReplyDeleteCantik dan segar bayam brazil kak Aida ye. Kinah ada tanam jugak bayam brazil ni, tunggu nak petik je. Tak sabar nak makan😋
ReplyDeletetanam kemudian dapat menikmati hasilnya ada satu kepuasan luar biasakan...alhamdulillah.
ReplyDeleteThanks for the tips Aida. Geram juga kucing suka benar membuang di kebun belakang rumah tu :(
ReplyDeleteMoga semuanya baik utk Shuhada, aamiin.
alahai lawanya rak pokok tanaman aida,kak ana baru blogger kak sue bagi pokok bayam brasil ni tgh try biakkannya ni haa
ReplyDeleteOhh begitu cara nak tanam pokok bayam brasil ni. Tak reti sangat bab pokok. Mujur baca ni. Esok nak try lah
ReplyDeleteBestnye dpt makan hasil tanaman sendiri..lebih2 lagi waktu skrg..amat berguna x payah susah2 gi pasar beli sayur
ReplyDeleteWah bagusnya replant..kalau iena da masak terus buang hehehe..
ReplyDeletenampak segar Bayam Brazil tu ..geram plak iena tgk :D
Banyak khasiat bayam brazil ni
ReplyDeletekat rumah ni bnyak gak pokok bayam brazil tp daun dia tak cantik..mcm kna mkn ulat..huhu
ReplyDeleteLately ramai pulak yang dok menanam bayam brazil nie. Mmg sedap bayam brazil nie kalau buat salad tp kita nie bab tanam2 lemah skit. Makan nak tp tanam tu malas. Hahahaa
ReplyDeleteDari sehari kesehari nak tanam bayam ni sb tgok ramai yg dah buat. La ni dah tak sempat nk tanam lagi. Nanti dh habis berkurung ni leh la cuba
ReplyDeleteTengok gambar mula-mula nampak fresh sangat bayam brazil Aida.
ReplyDeletePastu tengok gambar sebelah bawah patutlah special sungguh cara penjagaannya hehhee...
Mrs. A pernah makan bayam brazil kat rumah family Along (b.i.l) waktu dia buat kenduri anak dara dia buat salad memang sedap tapi lepas tu tak jumpa lagi bayam brazil ni huhuhuhu...
menarik tips letak lidi sate tu. hindarkan kucing berak sesuka hati kan. nampak sedap lah resepi bayam brazil tu. nak beli gak lah nnt bayam ni..
ReplyDeletesaya pun ada tanam ni. memang mudah sangat biak. segar dan murah je kita tanam sendiri
ReplyDeleteRawlins sejenis tangan panas - even kaktus pun boleh mati haha. So Rawlins geram tengok kengkawan yang bercucuk tanam nie
ReplyDeleteBilalah dapat tanam bayam brazil ni di rumah. Senang saja nak tanam kan. Tak renyah pun. Kena cepat start plan nak tanam bayam brazil ni.
ReplyDeleteWahh seronoknya tengok bayam brazil akak. lebar lebar daunnya. ohh kena rendam dulu eh keluar akar baru tanam kat tanah. Fiza cucuk terus je. Kak, mana beli rak kayu tu cam cantik je untuk letak pasu pasu tanaman.
ReplyDeletewahh. cantiknya rak pasu tu
ReplyDeletethat looks so good !!!
ReplyDeletetahniah anda top pengomen my blog. so rabia edit header blog for u
ReplyDeletemak mertua banyak tanam bayam brazil ni, menjadi.
ReplyDeleteI is tumpang makan sajalah, hehe.
bayam brazil ni famous eyh.. ada tengok ramai post pasal bayam ni..
ReplyDeleteSeronok kutip hasil bila bercucuk tanam nie.. puas hati..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. setakat ni tak pernah lagi merasa makan bayam brazil ni. :)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.