assalamualaikum....
dan salam sejahtera 😃😃😃.
semoga semua readers sihat sebaiknya.
now Malaysia dah naik ranking berkaitan penularan COVID-19. Allahu 😔.
berkat bulan Rejab ni, sama2 la kita umat Islam berdoa agar sentiasa dipelihara dari penyakit berjangkit ni.
sesungguhnya semua dlm tgn Allah. aminnnn...
lebih seminggu juga blog kecil ni tidak ber'update'.
kesibukan melanda empunya blog di office mahupun di rumah 😀.
ni pun short update jer lah.
demi mengisi kekosongan...
bayam brazil yg sedia utk ditanam semula.
moga menjadi lah ye.
sekarang, selain dari saya suka replant rose jepun, bayam brazil pun dah menjadi 'kegilaan' saya. replant and replant and replant.
ptg semlm dah replant kali ketiga.
1-2 pokok tak muai sgt. kami di rumah memang makan bayam brazil ni semangkuk penuh.
anak-anak semua saya paksa makan.
masak as sayur campur or dijadikan ulam begitu saje.
memang menyeringai lah anak-anak bila kena makan ia secara raw gitu kan 😅😅😅.
lebih la saya menjadi taksub dgn sayur-sayur ni ialah bila last few weeks, Syuhada, anak kedua saya tu disahkan anemia yg kritikal 😔. aduhai...
so now, before next check up on 23.3.2020, saya menjadi doktor part time kat rumah.
sediakan makanan yg berkhasiat utk dia. kerahan makan ubat 😄.
anemia ni adalah satu penyakit kurang darah di mana sel darah merah (hb = hemoglobin) di paras tidak normal!
dulu saya memang ada problem hb less than 9 setiap kali pregnant. the lowest pernah pergi was 7 😔. alhamdulillah tiada masalah dgn kandungan di waktu tu.
pada 21.2.2020 ari tu, Syuhada dihantar ke GH Melaka bila klinik cek hb dia = 4.6 😳.
dari KK Durian Tunggal, di hantar ke GH Melaka menaiki ambulans tau. tak dibenarkan ibu bapa menghantarnya. immediately la kata nyer.
selain dari bayam brazil, saya usaha jugak la yg lain - tomato. pisang. kacang panjang. kacang buncis. susu. hati ayam. kurma. kismis.
hingga nak meleleh la air mata Syuhada bila mana dia dipaksa makan semua di atas 😄 ha ha ha ha...
saya amalkan yg mudah-mudah je.
doakan Syuhada ok ok ye. tak perlu la dia nak kena lalui proses pemindahan darah nanti on 23.3.2020. keputusannya lebih baik ari 4.6 tu.
ok. done satu entry hari ni.
kata nyer short update. panjang berjela gak ni 😆.
tu la. bila dah mula menaip di blog, mana boleh skit skit kan. masa bukan senang nak carik.
apa cara mudah tanam semula bayam brazil? boleh refer link ni. memang mudah je.
till then, 💗 bye for now.
18 Comments
waalaikumussalam. semoga dipermudahkan segala urusan dan dikembalikan kesihatan. aamiin
ReplyDeletetq.
Deleteaminnnnn...
oo.. bayam bazil ni boleh naik kan hb juga ya.. baru tau.. semoga hb syuhada cepat naik ye..
ReplyDeleteaida google utk makanan baik pulihkan anemia.
Deletesayur hijau. namely no 1 = bayam.
so, ni la aida boleh tanam depan rumah, dilah :) hi hi hi...
moga boleh la juga pulihkan hb syuhada.
femes skarang bayam brazil..tk mkn bayam..smoga dipermudahkan urusan syuhada
ReplyDeletesedap tau.
Deleterangup kalau makan gitu je.
tq. aminnn...
cuba bagi bayam merah kak, katanya bagus jugak utk ada masalah anemia...
ReplyDeletenasibla mudah nk tanam kan bayam brazil ni, cucuk-cucuk je... dana pun tengah gigih membiakkan bayam brazil nih
yes, dana.
Deletedoktor pun kata = bayam merah is the best!
just tak jumpa lagi dedekat sini. nak kena gi pasar besar sanun.
Macam kritikal kalau dah hangar dengan ambulans. Harap stabil takde hb rendah.
ReplyDeleteyes. kritikal. 4.6 bacaannya :(
DeletePokok bayam Brazil memang mudah tumbuh dan cepat membesar...
ReplyDeletebetul.
Deletemudah la nak tanam depan rumah, kan.
buat makan sendiri :)
Ramai pulak duk tanam pokok nie skrg. hehe
ReplyDeleteNak try juga la tanam.
Kat mana nak beli benih pokok nie?
kita baru duk start menanam sikit2
ReplyDeleteSemoga anak awak cepat sembuh ya
ReplyDeleteMoga berkat kesungguhan ibu,anemia Syuhada kembali normal.Aamiin.
ReplyDeleteAlhamdulillah..dah 2 ke 3 kali merasa hasil tanaman..
ReplyDeleteMakan sayur banyak2 ye Shuhada... Moga bertambah baik bacaan hbnya nanti Aida.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.