😊 assalamualaikum & salam sejahtera...
hari ke-6 dlm Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal berakhir beberapa jam lagi.
esok hari ke-7.
setiap hari kini, semakin meningkat naik data positif covid 19 dan kematian akibat covid 19.
sedih hati ni. sayu... bercampur risau!
bertabahlah kita semua yg rakyat Malaysia. teruskan berdoa dan tawakal.
nak la throwback aktiviti utama kami sekeluarga Sabtu & Ahad lepas.
Rabu hingga Jumaat tu tak buat apa-apa pun tau 😅. satu mcm punyer blurrrrr...
pagi Sabtu tu, mr.asben dah sinsing lengan, capai cangkul. saya menjengah je dari tingkap.
saya kurang sihat sikit pagi Sabtu tu. sakit bulanan perempuan 😛, tak dpt la membantu.
lebih 3 bulan la halaman saya tidak berkemas. takde masa. takde peluang. cuaca panas!
alhamdulillah, PKP ni dah pun beri masa utk kami gotong-royong bersihkan halaman rumah.
anak-anak berdua ni turun padang bantu ayah.
kak Nurin ada tugasan menggosok baju dlm rumah 😀.
niat di hati, kemudian nanti nak tanam rumput karpet.
cuma, niat tu ditangguhkan dek kerana musim kemarau yg melanda Melaka beberapa bulan.
sedia maklumlah kan, once dah tanam rumput karpet, penjagaan awalnya penting.
air yg cukup. disiram 2 kali sehari. pembajaan.
dah la tak hujan di Melaka sebelum ni. air plak dicatu 😓.
itu yg membataskan niat kami utk teruskan plan tanam rumput karpet tu.
in shaa Allah kemudian la.
kalau boleh sebelum Aidilfitri kelak. provided musim kemarau di Melaka berakhir la.
tak murah nak tanam rumput karpet ni. utk halaman kecil saya ni, da pun survey.
perkhidmatan pembersihan, korek tanah sedia ada, meracun dan melapis dgn pasir. then baru tanam rumput karpet - RM1100 tak kurang.
kena lihat plak rumput karpet jenis apa - rumput lembu? rumput mutiara? rumput jepun? 😁
hu hu hu hu hu have not decided yet.
baik la. sampai sini jer coretan mlm ni. need to go. nak lipat baju hu hu hu hu...
esok saya ada misi utk mengemas kabinet dapur.
nak susun. nak atur. sebelum ni, lepas masak, letak jer mana nak. tutup pintu kabinet 😆.
bila buka, mak aii!!! 😲 😱 😆 sabar jer lah sape yg melihat.
😉

25 Comments
Wahhhh makin banyak pokok tanaman akak, mahal jugak ye kak rumput tu
ReplyDeleteI wish I can go outside like this too
ReplyDeleteDaripada tanam rumput, lebih baik buat tapak taman sayur2an
ReplyDeleteWah! sedap mara memandang laman dah bersih dan teratur gittewww...
ReplyDeleteTemplate baru ek? nice!
Woww aktiviti sihat ni, bagus macam ni..tapi kan kalau di area rumah Sis ni, semalam kata kawan, dia duduk laa luar anak-anak bermain, dalam pagar tu, datang lalu polis, kena bunyi siren, suruh masuk rumah, adeii sian anak-anak...padahal dalam pagar je tu..nampak serius kan..
ReplyDeleteMahal ye nak tanam rumput pun. Tapi kalau tanam rumput tu kurang la sikit kucing datang buat jamban kat situ. Bila nampak hijau ni tenang je rasa kan?.
ReplyDeleteWhen my daughter grow elder, I am so going to do gardening with her.
ReplyDeleteluasnya rumah aida, kak ana duk gotong royong bersih dalam rumah dulu sekarang ni luar rumah belum lagi hehe :)
ReplyDeleteThis is good family effort to keep the home clean. let's keep it up and together we can stay safe
ReplyDeletequarantine kat rumah lama-lama sampai dah tak tau nak buat apa kemas rumah pun dah berapa round dah ahahahaha
ReplyDeleteada jugak yg positif semasa perinth kawalan pergerakan ni. boleh eratkan hubungan dalam keluarga. ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah inilah yang kerajaan nak dan juga semua keluaga mahukan kerjasama semua orang dalam waktu kena perintah bekurung ni hehehe kita pun habis satu rumah kita bersihkan nasih tak ada halaman jer wakakakaka...
ReplyDeleteBegitulah yang sebaiknya. Bagi aktiviti kat anak-anak. Saya pun ingat esok nak kemas dapur. Banyak cawan dan tupperware tak bersusun. Hahaa
ReplyDeletebetul kak .. dah alang2 duduk rumah ni kita kemas apa patut..hahha dah macam nak raya pun ada rasanya..
ReplyDeleteSeronoknya ada laman luas kak. boleh bercucuk tanam tu. elok juga bergotong royong bersihkan kawasan rumah.
ReplyDeleteCantiknya halaman tempat pokok tu. Walapun kecik gitu, tapi ada juga ruang boleh letak pasu.
ReplyDeleteCantik kalau ruang kecik tu ditanam dengan rumput karpet. Kita suka rumput krpet. Nampak kemas je..
uiikkkk. bestnya ada halaman rumah yang ada tanah. Tanam lagi banyak kak. hehe
ReplyDeleteserronok nya ada laman yang boleh beraktiviti dengan keluarga macam ni. btw mahal juga ye kos carpet rumput tu ye.
ReplyDeletealahaiii comel kanak2 ni.. masa terisi juga dengan aktiviti hands on. bagi diorang tak rasa bosan.
ReplyDeleteCantik juga bila bubuh rumput carpet tu.. Seronok tengok rumah yang ada laman macam Aida nie.. Boleh bercucuk tanam dan riadah mengeluarkan peluh..
ReplyDeleteBersih dan kemas. PKP pun kena bersenam jugak, kalau tak badan jadi lemau. Time ni lah nak spend time ngan famili
ReplyDeleteAda baiknya kawalan pergerakan nie kan. Dapat spend lebih masa dengan family dan buat macam2 dgn family. Time mcm nie lah rasa nak buat macam2 utk habiskan masa. Kemas2 rumah dgn halaman bagi bersih.
ReplyDeletebetul tu kena ada aktiviti camni untuk isi masa yang terluang
ReplyDeleteBagus, during MCO kita kena upkan level kebersihan persekitaran and juga diri.
ReplyDeleteada halaman umh camni, bole la gotong royong sama2 kan time PKP ni...dpt la udara luar skit kan
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.