😊 assalamualaikum & salam sejahtera...

hari ke-6 dlm Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal berakhir beberapa jam lagi.
esok hari ke-7.
setiap hari kini, semakin meningkat naik data positif covid 19 dan kematian akibat covid 19.
sedih hati ni. sayu... bercampur risau!
bertabahlah kita semua yg rakyat Malaysia. teruskan berdoa dan tawakal.

nak la throwback aktiviti utama kami sekeluarga Sabtu & Ahad lepas.
Rabu hingga Jumaat tu tak buat apa-apa pun tau 😅. satu mcm punyer blurrrrr...
pagi Sabtu tu, mr.asben dah sinsing lengan, capai cangkul. saya menjengah je dari tingkap.
saya kurang sihat sikit pagi Sabtu tu. sakit bulanan perempuan 😛, tak dpt la membantu.
lebih 3 bulan la halaman saya tidak berkemas. takde masa. takde peluang. cuaca panas!
alhamdulillah, PKP ni dah pun beri masa utk kami gotong-royong bersihkan halaman rumah.

Kawalan Pergerakan | Gotong-royong bersihkan halaman rumah
anak-anak berdua ni turun padang bantu ayah.
kak Nurin ada tugasan menggosok baju dlm rumah 😀.

Kawalan Pergerakan | Gotong-royong bersihkan halaman rumah

Kawalan Pergerakan | Gotong-royong bersihkan halaman rumah
dlm jam 3 ptg, Sabtu tu, hujan lebat!
complete dgn angin kencang, guruh berdentam-dentum dan kilat sabung-menyabung 😑.
syukurlah gotong-royong selesai di sebelah pagi. nyaman jer bila tgk halaman rumah dah bersih.

niat di hati, kemudian nanti nak tanam rumput karpet.
cuma, niat tu ditangguhkan dek kerana musim kemarau yg melanda Melaka beberapa bulan.
sedia maklumlah kan, once dah tanam rumput karpet, penjagaan awalnya penting.
air yg cukup. disiram 2 kali sehari. pembajaan.
dah la tak hujan di Melaka sebelum ni. air plak dicatu 😓.
itu yg membataskan niat kami utk teruskan plan tanam rumput karpet tu.
in shaa Allah kemudian la.
kalau boleh sebelum Aidilfitri kelak. provided musim kemarau di Melaka berakhir la.

tak murah nak tanam rumput karpet ni. utk halaman kecil saya ni, da pun survey.
perkhidmatan pembersihan, korek tanah sedia ada, meracun dan melapis dgn pasir. then baru tanam rumput karpet - RM1100 tak kurang.
kena lihat plak rumput karpet jenis apa - rumput lembu? rumput mutiara? rumput jepun? 😁
hu hu hu hu hu have not decided yet.

baik la. sampai sini jer coretan mlm ni. need to go. nak lipat baju hu hu hu hu...
esok saya ada misi utk mengemas kabinet dapur.
nak susun. nak atur. sebelum ni, lepas masak, letak jer mana nak. tutup pintu kabinet 😆.
bila buka, mak aii!!! 😲   😱   😆 sabar jer lah sape yg melihat.

😉