assalamualaikum & salam sejahtera...
pagi ke-10 dalam Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia (PKP).
pagi ke-10 juga la kita berkurung dlm rumah sebagaimana yg diarahkan oleh kerajaan.
korang berkurung tak?
atau korang tergolong dlm warganegara yg degil? 😄 hi hi hi hi...
moga semua kita adalah warganegara yg bertanggungjawab.
ada daerah dah totally lockdown, kan. hmmmmm... maka, amik pengajaran ye.
beralih arah la ye dari PKP.
jom layan gambar-gambar holiday saya ari tu.
sambungan dari Part 1. baru pagi ni berkesempatan upload beberapa gambar lagi...
sebagaimana yg dah saya inform di Part 1, kami ke sana sebab mr.asben ada tugasan di Kelantan.
kami follow @ teman la kan.
memang target Tok Aman Bali Beach Resort ni sebab nak dok hotel semata-mata 2 hari 1 mlm ni.
takde niat nak merayap ke mana-mana lain.
and yes.. pilihan saya tepat!
Tok Aman Bali Beach Resort ialah lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak sebab diorang pun sama-sama teruja dgn persekitaran hotel yg tidak membosankan 😃.
view dari luar (depan) bilik kami. buka je pintu, nah! ini la view ohsemnya 😌😌😌. |
kalau la a group of people datang, samada ia adalah family day, open day or any other occasions, sgt la sesuai lokasi ni utk berkumpul. |
anakanda da siap-siap dah nak enjoy berenang... dah le tak ramai org. swimming pool besar!!! |
😆 selipar jepun biru hijau ni hotel punyer, ada sepasang ni lah dlm bilik. ntah kenapa lain-lain kaler, lain-lain saiz. |
org tak ramai. sgt puas hati!
dari jam 4 ptg hingga la lajak hampir jam 7 ptg. alhamdulillah...
mlm tu kami tak keluar makan, tapaw saje. mr.asben nak keluar bertugas jap kan.
lagipun, anak-anak kepenatan seharian dlm kereta dan sepetang mandi-manda 😃.
alhamdulillah...
dari hotel ke tempat makan, tak jauh pun. less than 10 minit.
byk kedai-kedai makan yg menyediakan masakan panas goreng-goreng. memang tak susah pun. sedap-sedap plak tu makanannya.
pagi-pagi esoknya, lepas subuh kami da bersiap-siap nak gi sarapan.
excited. sebab dah inform anak-anak dah, "hotel ni luas tau, kita kena jalan-jalan sekitar hotel dan ke pantai..."
diorang pun ok ok jer lah.
sarapan yang sedap sgt! 😋 |
hotel ni tepi pantai. wajib terjah pantai... menikmati sinar mentari pagi 😎. |
ini adalah Pantai Bisikan Bayu.
dia antara pantai yg menjadi tumpuan org ramai.
petang-petang, bermula dari sini hingga la ke sebalah sana tu, sgt ramai org - berkelah, mandi-manda, bermain layang-layang, membina istana pasir 😄😍.
seawal kul 8.30 pagi ni, masih kosong... saujana mata memandang nun jauh di sana...
happy Muhammad Izzat berlari-lari sepanjang pantai 😊😊😊. |
selesai je kami bercanda di tepian pantai, kami ke taman permainan pula.
si ibu pun sempat main buaian, tapi takde le gambar utk dipamerkan ye 😆😆😆. malu!!!
gembira bila tgk anak-anak bertiga ni bergembira.
lama sgt tak berjalan jauh-jauh kan...
begitu begini... jam 11 pagi, kami check out.
nak gi makan-makan sotong celup tepung plak ni kan.
and terus gerak ke Melaka tercinta...
selamat tinggal...
nanti kami datang lagi.
28 Comments
MashaAllah. cantiknya views dekat situ ! memang lagi lah anak-anak suka kan ^^
ReplyDeletehttps://www.nurulsyahirah.com/2020/03/tiada-simpanan-walaupun-rm1000-ikuti-panduan-ini.html
Dah 2x kelab guru sekolah sy mengadakan jamuan akhir thn di sini..
ReplyDeletearitu masa blk klate , hubby ada inform nk check in area tokbali tp tk jd sbb kn jauh dr town sbb tmpt nk jjcm area town
ReplyDeletebetul tu.
Deletejauh dari KT dan KB.
aida memang aim ke sini since xde plan nak shopping :)
Wah cantik boleh letak dalam list nak bercuti nanti
ReplyDeleteCantiknya view, dan juga kawasan dia..
ReplyDeleteWah.. Aida tukar baju blog ye.. nice..
yes. tukar baju. nak kasik friendly.
Deletetapi tu la. lepas tukar baju, byk entri lama nak kena edit sebab dah x friendly plak dgn template ni!
hu hu hu hu hu sib baik cuti PKP, sha.
Pernah dengar orang dok cerita pasal Tok Bali ni tapi tak pernah menjejakkan kaki ke sini tapi view dia cantik la.
ReplyDeleteBestnya.. Lama betul tak pergi Kelantan ni.. Nanti kalau ada nak pergi sana, boleh try stay hotel ni.. View cantik, makan pun nampak sedap..
ReplyDeleteCantiknya view, yang best dapat berendam kat pool tu. next time boleh masuk list ni
ReplyDeleteRindunya nak bercuti di sini lagi..pernah singgah datang sini buat media tour...memang ebst gile tempatnya...suka swimming pool dia besar dan luas...menu kat cafenya pun sedap-sedap...nanti nak singgah ke sini lagi laa ..
ReplyDeleteCantiknya... Sebelum pkp nak sangat stay out. Tapi busy memanjang.
ReplyDeleteSumpah cantik view. Baru tengok dari gambar je, belum lagi mai sana. ;)
ReplyDeletebaru sekali menginap sini..tapi tak jalan-jalan ke pantai..ada tasik tepi hotel, sempat lah main paddle boat.
ReplyDeleteYep. This looks like a good place for vacation. Thank you for sharing.
ReplyDeleteswimming pool dia owesem sebab besar. puas hati nak berkuak lentang..
ReplyDeleteLama jugak tak pergi pantai. Last 2 tahun lepas ke Perhentian. Bukan main ye kolam dia besar gile, sampai ada siap utk budak2 main gelongsor. Nampak tempatnya aman je.
ReplyDeleteCantik tempat dia ya..dgn pemandangan indah, sure best kalau dapat dok kat sini.
ReplyDeleteBestnya rindu nak pergi pantai harap lepas habis berkurung ni kita nak pergi bercuti lepaskan stress hehehehe tempat ni memang nampak menarik dan nyaman huhuhuh..
ReplyDeleteyes. sekali lagi, naik kelantan, kami nak ke sini lagi, Maha.
Deleteasben memang 2-3 bulan sekali naik Kelantan :) ada keje.
Tunggu keadaan reda. Nak bercuti ke sini. Rindunya bau air laut. Thanks rekemen sis. Seronok berjalan anak-anak dengar kata
ReplyDeleteCantiknya view.. Ada kolam.. Lg bes ada pantai jugak.. Lamanyer xpergi pantai..
ReplyDeleteBila musim PKP ni, tengok gambar travel ni jadi rasa rindu. Moga COVID-19 go away secepatnya. Risau sebab ada anak kecil. Huwaa.
ReplyDeletetu la, ruby.
Deletesama la kita.
anak2 aida da start bosan dah ni.
ajak ke jusco la. mydin la...
2 minggu dah kot diorang tak keluar rumah!
kakak ipar dulu pernah keje kat sini..agak menarik juga tempat ni..nanti bolehlah singgah dtg kalau balik ke KB
ReplyDeleteYa Allah. Cantik ya tempat dia. Nice view. Ini bukan anak² je teruja gembira, mak pak sekali seronok holiday.
ReplyDeletememang cantik tempat ni. rindu pula. semoga bolehlah kita jalani kehidupan seperti sedia kala
ReplyDeletekan.
Deleterinduuuu...
tu yg update kisah gini di kala PKP.
dpt escape kejap dari covid :)
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.