assalamualaikum & salam sejahtera 😊

dah pun Ramadhan ke 5. alhamdulillah. kita semua masih lagi sihat walafiat.
maintain duduk rumah ye korang semua. PKP fasa ke 4 akan bermula. maka, please la maintain duduk rumah.
jaga kebersihan. hanya ketua keluarga yg keluar beli brg asas. jgn ambil mudah ye meskipun Malaysia dah terkawal dari segi jumlah jangkitan covid 19 ni.
releks...
jgn jadi sebahagian dari statistik mereka-mereka yg ingkar!

Koleksi Resepi Nasi | Aneka menu berasaskan nasi penambat selera bila berbuka puasa

tengahari nan indah ni, saya nak kongsi dgn semua 20 koleksi resepi berasaskan nasi.
😃 istimewa tau. mesti semua sedang google lauk-pauk apa nak dimasak ptg nanti.
nasi putih nak di pasangkan dgn lauk-pauk apa.
tak semestinya nasi putih ye. sini ada pilihan tuk korang pilih apa jenis hidangan nasi yg boleh menjadi penambat selera bila berbuka puasa nanti.

pertama sekali, saya suka la nak cadangkan NASI LEMAK cara saya.
nasi lemak ni sesuai pada bila-bila masa, kan. sarapan pun dia. makan tghari pun dia. apatah lagi makan malam.
tapi ni time bukan bulan Ramadhan lah. now, nasi lemak juga sesuai dijadikan hidangan berbuka puasa.


BAHAN-BAHAN & CARA MASAK NASI :
  • 3 pot beras
  • 1 kotak santan & air (dicampur menjadikan 6 pot air + santan)
  • sedikit garam
  • 2 ulas bawang merah (saya tumbuk halus)
  • 2 helai daun pandan (diikat)
mudah. kesemuanya dimasukkan dlm periuk nasi. onzzz kan suis 👌.

BAHAN-BAHAN UTK SAMBAL IKAN BILIS :
  • 3 senduk ciliboh
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
  • segenggam ikan bilis
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam dan gula utk perisa
tumiskan dulu bawang merah yg dah ditumbuk halus tu hingga naik bau harumnya.
masukkan ciliboh. masakkan hingga terbit minyak ye.
selepas ciliboh dah garing, masukkan air asam jawa. gaul rata.
masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. perisakan dgn garam dan gula.
SIAP!

BAHAN PENYERI NASI LEMAK :
  1. telur dadar / telur rebus / telur mata lembu
  2. ayam goreng
  3. ikan bilis garing
  4. ulam timun
  5. sayur kangkung goreng
  6. kacang tanah goreng


NASI MINYAK (GUNA BERAS BIASA)

Resepi Nasi Minyak (Guna Beras Biasa)
BAHAN-BAHAN :
  • 2 cawan beras yang telah dibersihkan
  • 2 ulas bawang besar (dimayang) *
  • 5 ulas bawang putih (diketuk) *
  • 2 inci halia (potong memanjang) *
  • 1 inci kulit kayu manis *
  • 2 kuntum bunga lawang *
  • 5 biji buah pelaga *
  • 3 sudu makan marjerin *
  • minyak masak utk menumis
  • air secukupnya (sukatan biasa masak nasi)
  • 1 sudu garam

CARA-CARA :
  1. panaskan minyak berserta marjerin di dalam periuk. masukkan semua bahan bertanda (*) dan tumis sehingga bawang menjadi layu dan naik bau.
  2. kemudian, masukkan beras dan kacau supaya ianya sebati dengan semua bahan tumis tadi.
  3. sekarang bolehlah dimasukkan air dan garam. kacau supaya semua sebati.
  4. kita tunggu hingga nasi masak.
kredit resepi : Siti Awadah



NASI TOMATO LAUK KENDURI

Resepi Nasi Tomato
BAHAN-BAHAN :
  • beras biasa / basmathi (sukatan adalah 1 pot beras : 2 pot air)
  • air sukatan beras
  • 3sb minyak sapi
  • 2sb minyak masak
  • rempah 3 beradik (bunga lawang / kulit kayu manis / buah pelaga)
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 tin susu
  • 1 tin tomato puri
  • daun ketumbar
  • daun pandan
  • 1 biji tomato (potong 4 bahagian)
  • garam
  • bahan kisar : 1 ulas bwg besar, 3 ulas bwg putih & 1/2 inci halia
CARA-CARA :
  1. panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan kisar dan rempah 3 beradik sampai garing dan naik bau. Masukkan tomato puti, kacau rata dan kalau boleh dalam 5 minit.
  2. masukkan susu cari dan air yang di camca mengikut sukatan beras tadi. biarkan separuh didi.
  3. masukkan garam, daun pandan dan tomato.
  4. bila dah mendidih, masukkan beras, kacau bagi rata. terus pindahkan ke periuk nasi. ni kalau tumis di atas dapur lah...
  5. PETUA : jika guna beras biasa, nak nampak cantik bila dah masak, wajib goreng dulu beras tersebut ye.
nasi tomato ni memang marveles makan dgn ayam masak merah, dalca, jelatah, paceri nenas 😋.
confirm lah ala-ala kenduri kan kita bila buat nasi tomato ni. terbaik!

kredit resepi : Cikza Mohmad


NASI ARAB

Resepi Nasi Arab
BAHAN-BAHAN UNTUK REBUSAN AYAM :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong 2)
  • 1 kiub ayam
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 biji cili merah (dibelah 4)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sudu jintan manis (biji)
  • 1/2 sudu biji ketumbar
  • 1/2 sudu lada hitam (biji)
  • 1 sudu garam
masukkan semua bahan dalam air. pastikan ayam tenggelam. rebus selama 30 minit.

BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS NASI ARAB :
  • minyak sapi / mentega / minyak masak
  • 2 1/2 pot beras biasa yang telah direndam dlm 5-7 minit (kalau guna berat basmathi, rendam dalam 30 minit)
  • 1/2 sudu biji ketumbar
  • 1/2 sudu jintan manis
  • 1/2 sudu lada hitam 
tumis semua bahan sehingga naik bau. kemudian masukkan beras dan kacau seketika.
masukkan ayam dan air rebusan ayam. biarkan ia masak sepenuhnya.
akhir sekali masukkan daun ketumbar. SIAP!
nasi arab ni boleh disesuaikan dgn ayam goreng, sayur dan sambalnya 👍👍👍.
tak perlu dah kita nak ke kedai nasi arab dah. boleh buat sendiri dah kat rumah dgn resepi ohsem ni.

kredit resepi : CikTie


NASI GORENG ORANG BUJANG

Resepi Nasi Goreng Orang Bujang
BAHAN-BAHAN :
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 10 biji cabai melaka (ditumbuk)
  • 3 biji telur ayam
  • sos tiram
  • sos cili
  • sosej
  • nasi
CARA-CARA :
  1. tumis semua bahan yang ditumbuk. kalau nak sedap, masukkan sedikit mentega bila nak menumis.
  2. masukkan sos tiram dan sos cili sedikit.
  3. pecahkan telur dan masukkan sosej. kacau semua bahan agar sebati.
  4. akhir sekali, barulah masukkan nasi. goreng biar semua bahan dan nasi sebati.
  5. SIAP!
kredit resepi : Wawa


NASI DAGING AIR ASAM KERISIK

Resepi Nasi Daging Air Asam Kerisik
BAHAN-BAHAN UTK NASI DAGING :
  • 500G daging (dihiris)
  • 5 pot beras basmathi
  • 3 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
  • 5 sudu serbuk kurma
  • 1 biji bawng merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu mentega
  • garam
  • cukup rasa Maggi

CARA-CARA (menggunakan Philips Pressure Cooker) :
  1. masukkan butter, bawang merah, bawang putih & 3 serangkai. tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air. masukkan juga daun pandan. biarkan sampai garing. 
  2. selepas tu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran anda ye.
  3. masukkan pula lobak merah. kacau bagi rata lobak merah dgn rempah ratus.
  4. 5 pot beras disukat mcm nak masak nasi biasa (5 pot beras : 6 pot air). utk beras basmathi ni tambahkan sedikit air lagi sebab beras basmathi memang perlukan lebih air. agak-agak je ye sukatan air tu.
  5. masukkan garam dan cukup rasa Maggi dan kacau rata.
  6. akhir sekali, padamkan mode BAKE dan tukar kepada mode RICE. masak selama 15 minit.
CARA-CARA BUAT AIR ASAM KERISIK :
  • 2 sudu kerisik
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 7 cili akar hijau (dihiris bulat)
  • 3 cili merah thai (dihiris bulat
  • 1 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 sudu air asam jawa
  • sedikit air suam dan garam
kesemua bahan di atas dicampur dan digaulkan di dalam satu mangkuk. SIAP!

kredit resepi : Bonde Zaidalifah


NASI AYAM HAINAN

Resepi Nasi Ayam Hainan
BAHAN-BAHAN :
untuk sup
  • 2 ketul peha ayam
  • 2 batang daun bawang (diikat)
  • 2 inci halia (dipotong tebal)
  • 3 cawan air
  • garam
untuk nasi
  • 3 pot kecil beras (dibasuh, tos)
  • 2 sudu mentega
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 inci halia (dipotong kasar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 sudu besar serbuk perencah Hilal
  • garam
untuk sos cili
  • 5 batang cili masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar serbuk perencah Hilal
  • garam 
  • cuka
untuk sos kicap
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan)
  • 6 sudu air
  • garam

CARA-CARA :
untuk masak sup
  1. didihkan air. kemudian masukkan halia dan daun bawang. biarkan selama 5 minit.
  2. kemudian, masukkan ayam. celup dahulu ayam selama 3 kali sebelum masuk ke dalam air rebusan tadi. kemudian masukkan garam.
  3. tutupkan periuk tadi dan tutup api. biarkan ayam tadi sehingga 20 minit.
  4. bila sudah cukup masa, angkat ayam tadi dan masukkan ke dalam air ais dan biarkan selama 30 minit.
untuk masak nasi
  1. panaskan mentega dan masukkan bawang putih, halia dan serai. goreng hingga garing.
  2. kemudian masukkan beras tadi dan goreng hingga beras menjadi kekuningan.
  3. masukkan perencah Hilal, garam dan air rebusan sup tadi mengikut sukatan beras. biarkan ia masak.
untuk buat sos cili
kisar semua bahan dgn sedikit air. jgn terlalu cari atau pekat sangat.

untuk buat sos kicap
  1. panaskan bawang putih hingga garing. masukkan air.
  2. masukkan sos tiram dan kicap cair. perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan gula.
  3. kemudian campurkan dengan air bancuhan tepung jagung.
  4. siap utk dituangkan ke atas ayam tadi.
kredit resepi : Noor Liza


NASI GORENG IKAN BILIS

Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis
BAHAN-BAHAN :
  • 10 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih (digoreng dengan kulitnya sekali dan ketuk bawang)
  • 2 sudu ciliboh
  • sayur sawi
  • segenggam ikan bilis
  • nasi
  • secubit garam
  • minyak utk menggoreng
CARA-CARA :

  1. kupas bawang merah dan tumbuk hingga lumat.
  2. basuh bawang putih dan goreng bersama kulit sehingga garing. ketepikan.
  3. masukkan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. ketepikan.
  4. tumiskan bawang merah bersama bawang putih sehingga naik bau.
  5. masukkan ciliboh, serta tumis sehingga pecah minyak dan garing.
  6. masukkan sawi dan nasi putih. gaul sebati. perisakan dgn garam.
  7. akhir sekali, masukkan ikan bilis. gaul sekata. SIAP!
kredit resepi : Nor Azlina


NASI GORENG TELUR

Resepi Nasi Goreng Telur
BAHAN-BAHAN :
  • nasi putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
  • 6 biji cili padi
  • 2 biji telur
CARA-CARA :
  1. tumbuk bawang merah, bawang putih, ikanbilis dan cili padi.
  2. tumiskan bahan yg ditumbuk tadi. masukkan 2 biji telur. gaulkan sebati.
  3. kemudian masukkan garam dan gaul sebati.
  4. akhir sekali barulah masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumisan dan telur tadi rata. SIAP!
kredit resepi : Mimi Azirah


NASI AYAM KUKUS

Resepi Nasi Ayam Kukus
BAHAN-BAHAN :
  • 5 ketul ayam
  • air
  • bawang merah (tumbuk kasar)
  • bawang putih (tumbuk kasar)
  • halia (diketuk)
  • akar daun ketumbar
  • 1 kiub pati ayam
CARA-CARA :
  1. kita rebus ayam dengan semua bahan di atas hingga ayam menjadi lembut.
  2. air rebusan ayam digunakan untuk memasak nasi. nasi tu dimasak seperti biasa ye.
  3. ayam pula ditoskan sementara nasi masak.
  4. sambil tunggu nasi masak, boleh sediakan sos merah utk nasi ayam kita.
RESEPI SOS MERAH :
  • 1 biji bawang merah (ditumbuk kasar)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 biji cili merah (ditumbuk kasar)
  • 3 biji cili padi (ditumbuk kasar)
  • daun ketumbar (dipotong kasar)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1/2 gelas air rebusan ayam
  • 1 piring kecil sos cili
bila da siap tumbuk bahan-bahan di atas, satukan dgn bahan-bahan yg lain. gaul rata dlm satu mangkuk. SIAP!

kredit resepi : Shalimar


NASI ULAM SAYUR KELADI (UTARA)

Resepi Nasi Ulam Sayur Keladi (Utara)
BAHAN-BAHAN UTK NASI ULAM :
  • nasi
  • ikan talang masin - goreng dan mesin halus
  • udang kering - goreng tanpa minyak dan mesin halus
  • kerisik - mesin halus (elok kalau buat sendiri)
  • lengkuas dan serai - mesin halus, tapi mesin asing-asing ye
  • bawang besar - potong nipis
  • bunga kantan - potong nipis
  • ulam-ulaman - gulung kemudian hiris halus.
bubuh nasi dalam bekas besar, masukkan setiap bahan tu sikit-sikit, campur dan gaul semuanya.
SIAP! kalau nak tambah garam / serbuk perasa, boleh.
kalau nak bagi pedas, boleh tambah cabai kecik atau lada hitam. ikut citarasa masing-masing.

CARA-CARA NAK MASAK SAYUR KELADI :

Resepi Nasi Ulam Sayur Keladi (Utara)

  • keladi - rebus, lepas tu buang air
  • ikan temenung - rebus, asing isi dan tulang. mesin (mcm buat laksa)
  • bawang besar, belacan - mesin air
  • cabai kering mesin
  • daun kesom
  • bunga kantan - hiris nipis
  • lada hitam - mesin halus
  • asam keping
  • gula & garam
basuh keladi dan rebus. dah nampak lembut, buang air rebusan tu.
masukkan bahan yang telah dimesin (ikan temenung, bawang besar & belacan) dan cabai kering mesin.
kalau nampak kering, tambah air sikit. biar ia mendidih sikit.
masukkan daun kesom, bunga kantan asam keping, lada hitam, garam dan gula.
ikut kalau nak tambah perasa. SIAP untuk dihidang.

kredit resepi : Ira Dzahir


BUBUR NASI BERLAUK

Resepi Bubur Nasi Berlauk Philips Pressure Cooker

for moi / bubur nasi all u need is beras and water. resepi ni guna Philips Pressure Cooker.
  1. 1 cup of rice grain + 2 cups water, masukkan dlm pressure cooker and then press mode "CONGEE" and then press START.
  2. after 13 minutes you moi / bubur nasi is ready.
Resepi Bubur Nasi Berlauk Philips Pressure Cooker

kalau guna rice cooker biasa pun boleh tapi ambil masa skit la kan untuk nasi tu pecah and jadi moi.
and for the lauk parts, u can cook basically anything u love.

kredit resepi : Alia Farhan


NASI GORENG SOTONG

Resepi Nasi Goreng Sotong
BAHAN-BAHAN :
  • nasi lebihan semalam
  • 2-3 ekor sotong - dipotong
  • 1 ulas bawang merah kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1-2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas)
  • 1 biji telur (ni dibuat telur hancur terlebih dahulu ye)
  • sayuran - sawi & kubis
  • garam
  • minyak
  • daun bawang & bawang goreng
CARA-CARA :
  1. panaskan minya, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. 
  2. masukkan cili kisar dan masak seketika. 
  3. masukkan sotong dan sos tiram. biar hingga sotong masak.
  4. akhir sekali, masukkan nasi, garam, sayuran dan telur hancur. gaul rata.
  5. SIAP! hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.
kredit resepi : Cahaya Hayati


BUBUR NASI KEMBOJA

Resepi Bubur Nasi Kemboja
BAHAN-BAHAN :
  • beras yang telah dibersihkan
  • bawang putih (ditumbuk halus)
  • udang kering (ditumbuk halus)
  • potongan ayam (isinya akan dicarik kemudian)
  • lada hitam (ditumbuk halus)
  • sayuran - sawi dan taugeh
  • daun ketumbar jawa
  • garam
  • minyak utk menumis
CARA-CARA :
  1. tumis bawang putih dan hirisan halia sehingga naik bau. masukkan beras dan goreng beras tu sehingga garing.
  2. di dalam periuk yg berasingan, rebus ayam hingga empuk. bila ayam dah lembut, angkat dan toskan. carik-carikkan isinya. tulang ayam dimasukkan semula ke dlm air rebusan ayam.
  3. beras yang telah digoreng garing tadi, dimasukkan ke dalam air rebusan ayam. masakkan sehingga beras menjadi bubur.
  4. masukkan lobak asin yg bersaiz besar ke dlm bubur.
  5. perisakan dgn garam.
kredit resepi : Siti Rohaida


NASI MINYAK DAGING BERIANI

Resepi Nasi Minyak Daging Beriani
BAHAN-BAHAN :
  • 3 cawan beras basmathi
  • 1/2 cawan marjerin / planta
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 kuntuk bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 helai daun pandan
  • garam
  • 1 kiub stok ayam
  • pewarna kuning
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • bawang goreng
  • daun bawang (dihiris)
CARA-CARA :
  1. tumiskan bahan yang telah dikisar dgn marjerin / planta. masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
  2. masukkan beras yang dah siap dicuci, garam, air, susu cair dan kiub ayam
  3. apabila nasi telah kering, masukkan pewarna kuning. letakkan bercapuk atau setompok-setompok. tutup dan biarkan seketika.
  4. setelah kering, kacau rata. biarkan seketika.
  5. bolehlah dihidangkan. SIAP!
Resepi Nasi Minyak Daging Beriani

CARA-CARA BUAT DAGING BERIANI :
  • 1 kg daging (direbus hingga lembut)
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 cawan air
  • 125g rempah beriani
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • garam
  • 2 biji kentang (dipotong 4)
  • sedikit susu cair
  • 2 sudu cili kisar
  • 7 biji bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 labu bawang besar (dikisar)
  • 1 1/2 cm halia (dikisar)
panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. masukkan rempah beriani dan cili kisar.
masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang.
tambahkan air, garam dan perasa.
masakkan sehingga pekat. hias dgn tomato ceri. SIAP!

kredit resepi : Shuhada Herman


NASI GORENG IKAN MASIN

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin
BAHAN-BAHAN :
  • nasi sejuk
  • ikan tenggiri masin (digoreng separuh masak)
  • bawang putih (ketuk dan cincang)
  • cili padi (ketuk dan cincang)
  • telur
  • kailan 
  • serbuk lada hitam / lada sulah
  • sos tiram
  • gula
CARA-CARA :
  1. tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
  2. masukkan telur dan hancurkan.
  3. masukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan isi ikan tenggiri masin. kacau rata.
  4. masukkan gula dan serbuk lada hitam / lada sulah
  5. masukkan nasi dan kacau rata. SIAP!

kredit resepi : Maria Firdz


NASI AYAM KUKUS HALIA

Resepi Nasi Ayam Kukus Halia
BAHAN-BAHAN :
untuk nasi ayam
  • bawang putih (dihiris)
  • bawang merah (dihiris)
  • halia (dihiris)
  • ayam
  • minyak masak
  • daun pandan (kalau takde, boleh pakai esen daun pandan ye)
  • beras
untuk ayam kukus halia
  • ayam
  • halia (dihiris)
  • garam
  • minyak bijan
  • 4 sudu besar kicap cair
  • kicap manis
  • 3 sudu teh lada hitam
  • daun ketumbar / daun bawang
CARA-CARA :
untuk nasi ayam
  1. panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. kemudian masukkan stok nasi ayam sepeket (tak kira brand apa ye).
  2. beras dibasuh dan ditoskan. ia dimasukkan ke dalam bahan yang telah digoreng tadi, digaul sebati.
  3. selesai digoreng semua tu, masukkan ke dalam rice cooker bersama ayam. ayam mestilah dibasuh dulu.
  4. dimasak dengan air mengikut sukatan beras.
untuk ayam kukus halia
  1. gaulkan semua bahan-bahan bersama ayam dan ia diperapkan di dalam peti ais selama 1 jam.
  2. panaskan ketuhar. kemudian susun ayam yang telah diperap tadi bersama daun ketumbar / daun bawang di dalam kukusan sehingga ayam empuk. lebih kurang masak selama 40 minit.
  3. SIAP!

kredit resepi : Hanny Abdullah


NASI LEMAK KUAH SAMBAL

 Resepi Nasi Lemak Kuah Sambal
BAHAN-BAHAN :
  • telur yang telah direbus
  • timun
  • kacang
  • ikan bilis yang telah digoreng
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 pot beras
  • 3 biji bawang merah sederhana besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar ciliboh
  • 1/2 sudu besar pes asam jawa
  • gula
CARA-CARA :
untuk masak nasi
  1. bilas beras. masukkan 1 pot cawan santan dan 2 pot air.
  2. masukkan halia dan tanak nasi seperti biasa.
untuk masak sambal
  1. kisar bawang merah dan bawang putih.
  2. tumis bahan yang telah dikisar, biarkan kering sikit.
  3. masukkan ciliboh. tumis sampai sambal warna merah gelap.
  4. masukkan asa jawa, kemudian tambah ari satu cawan kecil. tunggu kering sikit.
  5. masukkan gula, gaul sebati.
kredit resepi : Marina Bashah


NASI AYAM MARJERIN

Resepi Nasi Ayam Marjerin
BAHAN-BAHAN :
  • bawang putih (ditumbuk lumat)
  • halia (ditumbuk lumat)
  • ayam
  • 1 jug air
  • kicap
  • sos tiram
  • cili merah
  • lada sulah
  • sup bunjut
  • garam & gula
  • madu
  • kentang (dipotong 7-10 bahagian)
  • lobak merah (dipotong2 selepas potong hiris sedikit tebal)
  • 2 kiub pati ayam
  • cuka
  • marjerin
CARA-CARA :
  1. bahan tumbuk dibahagikan kepada 4 bahagian utk masak nasi, sup, sos cili dan perap ayam.
  2. ambil 1 bahagian utk perap ayam di dalam mangkuk. biarkan selama 5 minit dan rebus ayam tersebut besama 1 kiub pati ayam.
  3. setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk dan perap sekali lagi dgn kicap, sos tiram, garam dan madu. perap selama 10-20 minit.
untuk masak nasi
  1. cairkan marjerin dan masukkan 3 serangkai dan 1 bahagian bahan tumbuk.
  2. apabila sudah kekuningan, masukkan bahan-bahan tesebut ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibersihkan.
  3. masukkan air rebusan ayam, garam, daun pandan dan 1 sudu serbuk kunyit.
  4. masakkan beras tersebut seperti biasa.
untuk masak nasi
setelah 10 - 20 minit ayam diperap, gorengkan ayam tersebut di dalam kuali yang telah diletakkan minyak. tahap garing terpulang kepada masing-masing ye.

untuk masak kuah kicap
  1. masukkan lebihan air kicap hasil perapan ayam ke dalam periuk kecil di atas api.
  2. kemudian, masukkan setengah cawan air rebusan ayam.
  3. tambahkan sedikit garam & kicap.
  4. kacau kuah kicap tersebut sehingga mendidih dan tutup api.
untuk buat sambal cili
  1. masukkan 5-6 biji cilimerah atau hijau ke dalam blender.
  2. kemudaian masukkan cuka, gula, air, sos cili dan 1 bahagian bahan tumbuk.
  3. kisar sehingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk utk dihidang.
untuk masak sup ayam
  1. masukkan air rebusan ke dalam periuk atas api.
  2. masukkan sup bunjut, ayam yang dipotong kecil, garam, kiub pati ayam dan bahan tumbuk.
  3. kemduia masukkan lobak merah dan kentang.
  4. bila lobak merah dan kentang sudah empuk, tutup api. boleh dihidangkan.

kredit resepi : Khalisah Hazrina


NASI DAGANG KELANTAN

Resepi Nasi Dagang Kelantan
BAHAN-BAHAN :
  • 1.5kg beras nasi dagang
  • 8 biji bawang merah dihiris
  • 1 1/2 inci halia dihiris panjang-panjang
  • 1 sudu besar rata halba
  • 2 cawan santan pekat dimasak bersama sedikit garam
  • 2 1/2 cawan santan cair
CARA-CARA :
  1. beras direndam semalaman kira-kira 8 jam.
  2. letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang di tengah supaya wap mudah masuk. kukus kali pertama selama lebih kurang 15 minit.
  3. kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sedikit demi sedikit bersama-sama hirisan bawang merah dan halia. dlm proses itu, masukkan halba sekali sedikit demi sedikit. 
  4. gaul sebati dan kukus selama lebih kurang 15 minit.
  5. akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus dengan pati santan yang telah dimasak. kukus kali ketiga ye. kukus sekejap je dan balik-balikkan.
  6. bila nampak nasi sudah masak dan warnanya dah pucat, dah kira masak la tu.
nota penting
jgn leka ketika mengukus nasi dagang, ditakuti nasi tu jadi pecah sebab dimasak terlalu lama!
sebaiknya, semasa nak angkat kukusan kali pertama, pastikan beras tu bila kita picitkan di antara 2 jari kita, beras tu mudah putus walaupun beras masih belum masak sepenuhnya.
nasi dagang kelantan ni sedap dimakan bersama dgn gulai ikan tongkol dan acar mentah 😋.

kredit resepi : Wani Sukarno



wah, lumayankan perkongsian saya hari ni.
20 resepi berasaskan nasi penambat selera bila berbuka puasa.
setiap hari boleh la mencuba aneka resepi ni.
lain tangan yg memasak, lain caranya dan gerak kerjanya. nampak sama, tapi setiap resepi ada keistimewaan masing-masing 😃.
patut dicuba satu persatu.
jgn lupa share ni dgn org lain ye, moga sama-sama dpt manfaat daripada penulisan ni.

... ok, bye!