assalamualaikum & salam sejahtera 😀...

Mardaani | Filem aksi India - Hindustan wajib tonton


hari ni nak share 2 filem hindustan yg sgt best. recommended 10/10 lah.
Mardaani 1 (2014) dan Mardaani 2 (2019).
berbaloi menonton 2 filem ni bersama-sama keluarga 👍. pada saya, byk teladan yg kita boleh ambil dari filem ni.
kita biasa dah tonton Rani Mukerjee menari-nari di tepi taman, di tepi laut bersama Salman Khan, Rithrik Roshan, Shah Rukh Khan 💙💙💙...
kali ni kita tonton pula Rani Mukerjee 💪 bergasak berguling bertumbuk dgn lelaki. memegang pistol dgn gahnya memberi amaran kepada org salah.

Mardaani | Filem aksi India - Hindustan wajib tonton

Mardaani 1
filem pertama ni berkisar pada seorang pegawai polis wanita, Shivani Shivaji Roy (lakonan Rani Mukerjee) yang sgt berminat menyelesaikan kes seorang remaja perempuan yg diculik, Pyaari.
kes ini telah membawa dia kepada pembongkaran rahsia pemerdaganan manusia oleh mafia India!

Shivani menjalankan tugas secara melampau di mana dia mengambil hal tu secara peribadi. dia bertekad utk menangkap Karan.
😠 Karan memberi amaran keras kepada Shivani untuk mengaku kalah dan jgn terlibat dlm mencari dia.
namun Shivani berdegil!
Karan memastikan bahawa Pyaari didera secara seksual setiap hari. malah, jari Pyaari dipotong dan dikirimkan kepada Shivani sebagai amaran 😟😞.
Shivani masih berdegil.
akhirnya, di dalam usaha mencari Karan dan kumpulannya, akhirnya Shivani tertangkap jua 😟😬😬...

maka, saksikanlah pengakhiran filem part 1 ni hingga ke habis ye. terbaik!!!

Mardaani | Filem aksi India - Hindustan wajib tonton

Mardaani 2
filem kedua ni, berbeza skit plotnya. kes penculikan juga, namun penculikan wanita dewasa oleh seorang psychopath, Sunny. wanita ini dirogol dan dibunuh.
Shivani meneliti kes tersebut. kekejaman pembunuh itu amat mengganggu Shivani sehingga dia bertekan utk menangkap pembunuhnya.

Sunny menonton sidang media di tv di mana Shivani bertekad utk mencari pembunuh wanita itu.
hmmmmm Sunny kan psycho, so dia pecah masuk rumah Shivani dan mencuri sari.
sari tersebut dijadikan senjata utk membunuh seorang wartawan.
dia menyamar jadi penjual teh berdekatan balai polis Shivani bertugas.

oh, geram nyer la tgk kan si Sunny ni. muka dia pun buat kita rasa nak marah aje tau 😡.
dek kerana Sunny ni, Shivani diarahkan bertukar dlm masa 24 jam. mana taknya, seorang kanak-kanak didapati dibunuh semasa di dlm perlindungan polis.
oh oh oh...

pengakhiran Mardaani 2 lebih best. lebih tragik. lebih ganas dan saya puas hati.
kenapa saya puas hati? korang kena la saksikan sendiri.

Mardaani | Filem aksi India - Hindustan wajib tonton

khabarnya, dari pembacaan saya, katakan bakal ada Mardaani 3
wow! 😳   😍 saya yakin ia akan lebih meletops 💥💥💥 . with Rani Mukerjee sebagai teraju utama, again Mardaani 3 akan buat kita tak bosan menonton.

saya menonton filem-filem ni bersama anak-anak. maka, dpt lah secara direct saya terapkan side positive kepada anak-anak dara saya berdua tu, kak Nurin dan Syuhada.
penculik menculik dlm apapun keadaan. tanpa kita sedar. tanpa kita jangka.
jgn sesekali percayakan org yg tidak kita kenal. say no to strangers!!!

teraju utama Mardaani pula adalah perempuan - Rani Mukerjee. anak-anak pun berminat lah nak tgk sebab diorang memang kenal Rani Mukerjee, heroin filem Mujhse Dosti Karoge 😄.
tiada satu pun watak dlm filem-filem ni yg tidak berkesan.
each and everyone ada impaknya yg tersendiri. terbaik 👍.

😊 sekian.