assalamualaikum...
😊 salam sejahtera.

now saya kongsikan menu berbuka saya utk 2 Ramadhan.
nasi daging air asam. first time saya buat menu ni kat rumah.
berharap agar dpt diterima oleh mr.asben dan anak-anak. and yes, Ijat suka 😃 !
selera anak bujang sorang ni memang susah sikit. kalau takde sambal or anything pedas, dia selalunya akan reject.
yg ni, dia bertambah nasi tau. alhamdulillah...

[ baca juga ye Menu Berbuka 1 Ramadhan 👍 ]

Resepi Nasi Daging Air Asam

BAHAN UNTUK RESEPI NASI DAGING AIR ASAM :
  • 500g daging - saya potong kecil dan rebus hingga empuk
  • 3 pot beras basmathi
  • air rebusan daging utk masak nasi - 4.5 pot beras (1 pot beras basmathi : 1.5 pot air)
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang puith - dihiris
  • 1/2 inci halia - dihiris
  • rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, buang lawang, buah pelaga)
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 sudu minyak sapi
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu rempah kurma
  • 1/2 kiub pati ayam Maggi

cara-cara yg mudah (saya guna pressure cooker ye) :
  1. saya tumiskan bahan yg dihiris dgn minyak masak dan minyak sapi. masukkan rempah 4 sekawan. tumis hingga bahan tu semua wangi.
  2. masukkan rempah kurma dan sedikit air. kacau ia sehingga pecah minyak.
  3. masukkan beras dan daun pandan. kacau rata.
  4. masukkan air rebusan daging, daging, susu cair dan kiub pati ayam Maggi.
  5. SIAP. tekan mode RICE di pressure cooker. tunggu nasi daging kita masak ye.


Resepi Nasi Daging Air Asam

BAHAN UNTUK RESEPI AIR ASAM KERISIK :
  • cili merah
  • cili padi
  • belacan
  • garam & gula
ni bahan utk buat sambal belacan ye. utk air asam kerisik ni, saya dah ada readymade sambal belacan dlm peti ais. memang ari tu saya buat stok, byk skit la. PKP kan, terlebih rajin 😅.
so, korang kena la kisar bahan di atas tu semua menjadikan sambal belacan.

selepas tu, sambal belacan tu dicampurkan dgn semua bahan-bahan di bawah ni :
  • 2 biji buah tomato - dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 1 sudu kerisik
  • air asam jawa (ni agak-agak ye kuantitinya)
campur adukkan semua, perisakan lah dgn garam or gula 👌.



settle masak nasi daging air asam dlm jam 6.30 ptg, baru la ada idea utk buat dessert.
pisang ada baki beberapa, menjadik lah pisang bersos kastart 😍.
ni pun saya google resepi ni. mencari cara nak laksanakannya. at the end, saya buat cara saya.

Resepi Pisang Bersos Kastard
pisang yg da siap disalai dgn mentega 😍.

RESEPI PISANG BERSOS KASTARD :

  • 3 pisang (saya belah 2 setiap pisang)
  • sedikit mentega
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil gula castor
cairkan mentega dan salaikan sekejap pisang. ketepikan.
dlm periuk, masukkan susu cair, tepung kastard dan gula castor. kacau hingga ia sedikit memekat.
SIAP. curahkan sos kastard ke atas pisang tadi.


Resepi Pisang Bersos Kastard


alhamdulillah. ringkas je menu berbuka kami.
yg penting tak membazir 👍.