assalamualaikum & salam sejahtera 😊

Ramadhan day 4. PKP day 41. jam sekarang kul 9.50 pagi 😄.
pagi-pagi ni, takde apa nak buat. apa nak masak utk berbuka ptg ni dah tau dah.
kak Nurin & Syuhada masih dlm bilik. ntah hape yg diorang tgh buat.
Izzat lom bangun. dia tidur lepas sahur dan solat subuh pagi tadi. so, biasanya dlm kul 10 gitu-gitu saya kejut dia. tinggal beberapa minit lagi lah...
mr.asben now berada di Family Store, beli brg rumah. rak di dapur dah semakin kosong.

so, nak la update blog dgn menu berbuka hari semlm.
sgt simple. saya masak 1 lauk saje tau 👉 sambal tumis ikan tenggiri.
then petik-petik bayam brazil kat laman rumah utk dijadikan ulam.

Resepi Sambal Tumis Ikan Tenggiri

RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN TENGGIRI :


  • 5-7 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
  • 4 senduk ciliboh
  • ikan tenggiri (digaram kunyitkan dan digoreng terlebih dahulu ye)
  • air asam jawa
  • garam & gula
ketepikan dulu ikan tenggiri yg dah digoreng tu.
tumiskan bawang merah hingga wangi. saya guna bawang merah ni byk tau. sebab nanti sambal akan lebih sedap!
masukkan ciliboh. masak hingga terbit minyak ye.
bila cili dah cukup masak, warna merahnya nak berkilat cantik, masukkan air asam jawa, garam dan gula. ikut la rasa masing-masing.


Menu Berbuka Sate Ayam & Kuah Kacang
sate ayam, ketupat & kuah kacang

ok ok. ni saya tak buat ye. mr.asben order 2 days before.
teringin nak makan sate katanya. nak keluar makan-makan dah tak boleh kan. dah lebih sebulan dah PKP di Malaysia ni.
secucuk 70 sen. ada delivery charge RM2. ok la. alhamdulillah 😍.
puaslah kami sekeluarga makan mlm td.
kami puas makan. peniaga tu dpt la menjana income. sate nya sedap. kuah kacangnya pun tak mengecewakan.


lepas terawih, barulah saya hidangkan kuih talam seri muka. moreh 😌.
saya buat separuh adunan je semlm. kecik molek je. target utk makan 1-2 hari dan habis.

Resepi Mudah Kuih Talam Seri Muka
alhamdulillah. cantik kejadiannya.
saya gunakan loyang berdiameter 8.5".

Resepi Mudah Kuih Talam Seri Muka

RESEPI KUIH TALAM SERI MUKA :

lapisan bawah (pulut)
  • 250 g beras pulut susu
  • 1 kotak santan (200ml)
  • 50ml air
  • 1 sudu teh garam
pulut susu tu mesti direndam dulu ye. at least 20-30 minit.
selepas tu, 4 bahan tu digaul mesra (boleh la rasa ye cukup tak masin lemak santan tu) dan dimasukkan ke dlm loyang dan dikukus selama 20 minit.
bila dah siap kukus, pulut tu dikais dan digaul-gaul agar santan dan pulut sekata.
then, barulah dialihkan ke loyang kedua (loyang nak masak kuih talam seri muka).
rata-ratakan pulut di dalam loyang kedua tu ye agar mampat dan cantik nanti. kukus kali kedua utk tempoh 15 minit.

masa ni terus buat lapisan hijau ye. jgn lengah-lengah.
tips : kena tuang lapisan hijau ke atas pulut waktu kedua-duanya masih panas!

lapisan atas (hijau)
  • 125g gula castor
  • 30g tepung kastard
  • 50 g tepung gandum
  • 1 kotak santan (200ml)
  • 150ml air pandan (saya kisah 5 helai daun pandan bersama 150ml air)
  • 2 biji telur gred A
  • 2-3 titik pewarna hijau
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 sudu teh garam
masakkan dulu gula castor, santan dan air pandan hingga gula tu cair.
then masukkan ke dlm bekas dan satukan dgn semua bahan yg lain. kacau guna whisk je. adunan ni wajib ditapis ye. nanti kejadiannya akan halus-mulus.
tuang adunan tu ke atas pulut yang telah siap dikukus tadi.
kukus semuanya selama 30 minit.

tips (hasil menonton byk video resepi di YouTube, byk la dpt tips 😀) sebelum tuang lapisan hijau tu ke atas pulut, carik-carik dulu pulut tu ye. biar nanti kedua-dua lapisan melekat cantik je.

Resepi Mudah Kuih Talam Seri Muka
bolehlah di makan sekeluarga. menjadik! 
kalau beli di bazar Ramadhan, 5 potong dah RM2.
buat sendiri, semua bahan ada kat rumah. 
boleh makan berulang-ulang. sedap plak tu 👍.


kerana ada kuih talam seri muka tu, maka hari ni tak payah la saya buat apa-apa dessert or kuih.
masih berbaki lagi, time berbuka karang boleh potongkan.

orait. sekian je perkongsian saya pagi ni.
taip punyer taip, dah nak kul 11 pagi dah hi hi hi hi...
ingat senang ke taip content kat blog? sejam jugak tau 😀.

...bye!