assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Sabtu... berkesempatan publish beberapa entri blog hari ni. alhamdulillah.
rehat jap dari keje ofis dan tugasan sekolah anak-anak. blogging lah keje si ibu ni hah.
hari ni pun takde program masak-memasak. sebab dah tempah online 4 bungkus laksa penang utk dinner.
now, jam menunjukkan kul 10.15 mlm, sambil layan movie kat tv ni, jari-jemari pantas menaip entri ni. ntah kul brape la dpt publish ni 😅 hi hi hi hi...

Random Photos | Menu di kala perintah kawalan pergerakan di Malaysia (7 - 10 April 2020)
portion yg byk. time delivery kul 3 ptg tadi, kuahnya masih panas! sedap!

menjana ekonomi para peniaga, kan... RM5 sebungkus. caj delivery adalah RM3 je. ok. berpatutan.
nak buat laksa penang ni kat rumah, agak sukar kerana mr.asben tak makan laksa penang.
maka utk dia, saya gorengkan mee sekuali 😋.

demi nak clearkan space phone, mari la tempek gambar makanan di sini, buat kenangan di hari depan.
sambil-sambil beri idea kepada semua mak-mak yg membaca ni.
saya memang sekali masak, memang byk. sebab bajet agar boleh makan 2 kali hidangan.
contohnya, masak utk lunch, boleh makan sekali utk dinner. jimat.
kalau masak ptg utk dinner, bajet ia boleh dibawa ke lunch esok. hangatkan semua semula 😏. jimat.



SELASA (7 APRIL)
pagi-pagi Selasa tu, risau. brg basah dlm freezer laskopek dah 😱 😰.
maka, ligat la otak ni dok memikirkan 3-4 hari akan dtg nak masak apa.

Sup Kaki Ayam
sup kaki ayam 😋.

Sambal Telur Rebus dan Ikan Kembong Goreng
sambal telur rebus, ikan kembung goreng & sayur kacang panjang dan carrot.

RABU (8 APRIL)
Rabu pepagi tu saya selaku Ketua Keluarga Interim dah ke Mydin beli brg basah.
tak brape byk yg ada di Mydin. tapi yg ada tu, alhamdulillah.
dpt beli ikan pari 3 keping kecil. sotong dlm 900g. ikan keli 8 ekor. drummet ayam. isi ayam. kupang. ikan tenggiri. ikan cencaru. pisang. bayam. cili padi. tembikai.
semua amik skit skit skit. bajet sekali masak semuanya.
sampai rumah, berkemas semua masuk peti ais... teruslah masak 😏 💪

Ikan Keli Berlado dan Bayam Tumis Air
ikan keli goreng berlado, bayam tumis air dan ada skit baki sambal telur rebus semalam...

KHAMIS (9 APRIL)
Paprik Campur - daging dan ayam
paprik campur (ayam & daging) dan isi ayam goreng tepung

JUMAAT (10 APRIL)
semlm hari yg meriah dgn makanan hi hi hi hi...
dari pagi, terlebih rajin dan terlebih idea utk buat makanan seharian sekeluarga.
Roti Tampal Cicah Sardin
sarapan - roti tampal cicah sambal sardin 😋.
Cekodok Pisang
minum petang - cekodok pisang.

ni minum petang merangkap lauk dinner - meatball bersos blackpepper ala ikea.
ada juga tgk tgk kat fb, namanya swedish meatball. resepi sos tu ada di ENTRY NI ye...

Ikan Cencaru Goreng dan Kicap Bawang Cili Padi
dinner - ada baki lagi paprik campur semlm.
tambah ikan cencaru goreng dan kicap bawang cili padi je.


bukan nak menunjuk-nunjuk yg saya ni pandai masak tau.
disclaimer lah ni kekonon. just tempek sini agar one day, terkenang kisah lama time baca balik entri ni.
setiap masakan saya tu ada kisah di sebaliknya. terutama cekodok pisang tu. kerjasama dgn anak-anak lagi. nanti kisahnya saya share di entri berasingan ye.
swedish meatball tu. mujurlah ada baki meatballs dlm freezer. permintaan kak Nurin dan Syuhada.

😌 17 hari lagi PKP di Malaysia...
kalau nak dikira dari esok, hari ke 13 dari esok adalah 1 Ramadhan.
semoga Malaysia sudah pulih sehingga habis PKP fasa ketiga ni. in shaa Allah... aminnn...