assalamualaikum & salam sejahtera...
petang ni saya nak share resepi ohsem - cara masak sos blackpepper ala Ikea.
kenapa nama dia ada 'ala Ikea'? sebab ia bukan sos Ikea tu.
ia lebih kurang mcm sos Ikea. tapi lebih sedap 😋 ha ha ha ha... rugi kalau korang tak cuba.
saya buat stok. simpan dlm freezer.
inilah resepi sos saya yg serbaguna :
- boleh dimakan begitu saje. tuang atas ayam / daging yg dibakar / dipanggang
- boleh dijadikan sos perapan ayam / daging / seafood (ala shell out)
- boleh ditambah susu full cream - jadilah sos ala Ikea.
resepi saya ni olahan dari beberapa resepi yg lain. saya cuba buat berdasarkan bahan-bahan yang sedia ada di rumah dan mudah nak beli di kedai berdekatan 😏.
maklumlah, kalau diikutkan, ada beberapa bahan utk sos ni yg sukar nak diperolehi. so buat keputusan, try buat ikut 75% bahan dlm resepi-resepi tu.
kalau nak resepi standard hotel, korang kena la berguru ye. spend skit duit utk ilmu. samada ke kelas fizikal atau join pjj masakan.
bagi saya, yg ni dah ok. sedap. kurang bahan utama, tapi cukup rasa.
![]() |
perap la antara 3-5 jam. then panggang. 😳 😱 sedap nyer lah!!! sos perap saya lebihkan. nanti terus panggang kesemuanya. |
bahan-bahan (nak maklumkan dulu bahawa kuantiti bahan sebenarnya sesedap rasa tau, boleh berubah ikut tukang masak 😊 ) :
BAHAN A
- 200 g bawang merah (kisar)
- 50 g bawang putih (kisar)
- 100 g ciliboh
- 300 g sos bbq
- 500 g sos blackpepper
- 150 g sos tiram
- 100 g sos plam
- 30 g kicap manis
- 50 g gula pasir
- 1 cawan minyak masak
- 2 sudu kecik rosemary
- 3 sudu kecik paprika
BAHAN B
- 3-4 sudu besar mentega
- 4-5 ulas bawang putih (ketuk je)
- 1 liter susu full cream
![]() |
sos plam ni masam manis, kan. sedap. kalau buat masak sweet sour, boleh letak ni skit. |
cara-cara masak sos blackpepper yang sangat mudah :
PERTAMA : SOS PERAP
bahan A semua dicampurkan. tak perlu dimasak ye. campurkan dan gaul sebati. SIAP!
dpt lebih dari 1.5 kg tau, byk!
👉 ni boleh simpan dlm freezer utk kegunaan akan datang. tapi, kalau nak dijadikan sos blackpepper, kena sambung cara-cara di bawah 👇.
![]() |
masukkan semua bahan 1 hingga 12. campur dan gaulkan sebati. |
![]() |
SOS PERAP 😋 |
KEDUA : SOS BLACKPEPPER ALA IKEA
- cairkan mentega dan tumiskan bawang putih. harum semerbak baunya nanti 😍.
- masukkan hanya 500g sos perap tadi. masakkan untuk beberapa minit ye.
- tuangkan susu full cream ke dalam adunan perlahan-lahan. kacau sebatikan.
![]() |
da masukkan susu full cream. kacau dan kacau dan kacau perlahan-lahan. |
![]() |
tadaaaaaa... siap! nampak pekat, kan? pekat, berlemak dan sedap ya Allah! |
style saya, bila nak dihidangkan, ambil sedikit sos blackpepper ala ikea ni ke dalam mangkuk, cairkan sedikit, agak-agak la ye, dgn air panas.
![]() |
sos Ikea yg menyelaputi meatball Ikea tu 😋. tu la sos yg dimaksudkan. gambar ni dari entri lama saya - last trip ke Ikea last year. |
sos perapan dan sos blackpepper ala Ikea ni memang ada dlm freezer saya.
sebab, sekali buat memang byk dptnya kan. tinggal lagi nak sediakan ayam / daging / meatball / sosej / seafood utk diperap dan dimasak je.
selalu buat tu tak la. sesekali buat menu western baru la syok makan 😋.
![]() |
diperap semalaman dgn sos perapan. dpt perap 2-3 jam pun jadik lah ye... |
![]() |
hah ni... selambak lagi meatball ala ikea ni @ swedish meatballs. 😋 kena gi beli meatballs lagi ni... |
ok. semoga bermanfaat ye.
PKP ada berbaki beberapa hari ni, boleh la mencuba.
nak buat sedikit, sekali makan, aci-aci lah bahan nyer tu semua, bahagi 2 ke bahagi 3 ke.
tapi pada saya, sekali buat je. then simpan dlm freezer.
ketahanan sos? saya simpan dlm freezer, 2-3 bulan masih ok.
pernah terlebih dari tu. saya masak semula 😅. apa yg penting, bahan2 yg saya guna tu, saya make sure expiry dates nyer more than a year.
sos bbq, sos blackpepper, sos tiram, sos plam tu semua lah...
dah cuba, harap dpt la share pendapat di kotak komen 👇.
kalau ada cadangan ke, larangan ke 😄 ,tambahan resepi bagi tambah sedap ke, komen ekk.
sharing is caring uolls...

28 Comments
Ini sih udah perfect..! Bikin gagal diet, hehe..
ReplyDeleteAlahai.. Sdapnya
ReplyDeleteuishh sos untuk meatball tu menggoda, boleh cuba la camni
ReplyDeleteWohh ini sedap Ni Boleh Cuba nanti
ReplyDeletewah sos blackpepper ala2 ikea gtu..lama tk ke ikea mkn menu fav tu...bole la cuba nanti..lpr plak tgk meatball aida tu
ReplyDeleteMakkk aiii kemain sedapnyaa...cecah dengan meastball pun dah sedap ni, nugget ke..walah walah..mengugat betullah...nak kena try laa..sini tak jumpa plak paket kimball sos lada hitam macamtu..ermmmm
ReplyDeletekat melaka ni - famili store / mydin / aeon, ada je pek kimball tu, sis. mudah.
Deletebetul tu. aida match kan sos ni dgn semua.
mash potato. steak, chicken chop :) ohsem!
Boleh la tu nmpk macam ikea meatball kan.. Nak kena buat cranberry sos plak nih baru sama.. Hahhaha
ReplyDeletetu la tu. the cranberry sos tu sebenarnya aida sendiri x minat.
Deletebila makan di ikea, that sos aida cicah skit skit jer :)
but, kalau jumpa resepi nyer, why not try kan.
Sedapnya. Ala ala ikea gitu. Siap dengan gambar bahan2. Mudahlah nak cari nanti. Sos plum tu ruby pernah jumpa. Yang sos bbq tu tak pernah Kak Aida.
ReplyDeleteBuat stok banyak².
Nk guna amik je kan. Bakar dgn kambing grill syok ni . Nyummy
yes. dgn daging / kambing = ohsem.
Deleteperap dulu. later nak makan, curahkan skit sos blackpepper ala ikea.
aduh! best...
nampaknya sangatlah menyelerakan tapi bokeh tahan banyak jugak bahannya haruslah sedap
ReplyDeletebeliuq kita tengok kat sini. haha. ok boleh follow kot buat sos tu. bahan pun mudah nak cari :)
ReplyDeletethanks for sharing.
yes. kalau ikut resepi chef terkenal, ada lagi bahan yg perlu.
Deletebut tu la. nak dptkan tu susah.
and, takut membazir. yg ni pun dah ok sgt.100%! alhamdulillah...
wah sedapnya..nanti nak tengok balik resepi ni dan cuba sendiri.. lebih jimat kalau buat sendiri kan heheh
ReplyDeletewah sedap ni. Btw saya tak pernah lagi rasa yg ikea punya. Maybe sebab jarang jugak pgi ikea, so tak tahulah mcm mana rasanya hehe
ReplyDeleteAduhai... nampak menggiurkan pula bila dah dicurahkan atas meatballs tu. Nampak sedap betul! Oklah sementara banyak masa waktu PKP ni bolehlah cuba nanti. Hihi.
ReplyDeleteWow pandainya awak inprovise dan cipta sos sendiri ala ikea ni. Nampak sedap tu.
ReplyDeleteyes. ni resepi improvise :)
Deletekita bukan chef nak cipta cipta sos kan.
pe yg ada tu, kita ubah-ubah ler ikut senang :)
mommy suka kalau buat apa-apa masakan yang boleh diguna pakai untuk banyak benda.
ReplyDeletebukan buat khas untuk satu resepi sahaja.
tq resepi
Tak pernah terfikir nak buat sos ni. Beli meat ball, buat sos ala ikea ni. Aduhh dah la sedap meatball ikea. Btw pertama kali tahu sos plam. Menarik nak beli lah nanti.
ReplyDeleteAlamak bestnya sis.. tiba tiba rasa rindu lak nak makan makanan dekat ikea.. hahah terima kasih kongsi resepi esok rajin I buat ya.. heee
ReplyDeleteAdudu.. Sedapnya sos black pepper ala ikea sis Aida ni. Nampak pekat likat. Memang sedap makan dengan meatball. Nanti nak tey buat sos ni juga. Boleh makan dengan ayam
ReplyDeleteMeat ball tu fuhhh menggugat jiwa di buatnya. Tengok sedap tapi nak menyediakan tu..mcm2 kena buat ekk..kalau rajin bolehlah cuba nanti
ReplyDeletecun nya, teringin pula nak cuba. bolehlah try resepi ni nanti. thanks share resepi
ReplyDeleteOh yumsss nak buat sos lada hitam tu and simpan dalam peti sejuk boleh tambah chicken ball and makan banyak kali
ReplyDeleteKita tak pernah rasa yang dekat ikea punya. Tapi kita tengok hat ni sedap dan menyelerakan. 😄😄
ReplyDeleteSelalunya yang olah olah resepi ni mesti best rasa dia tu.
sedap betul sos tu.. bahan pula tak cukup..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN : Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Sila berfikir dengan waras sebelum menaip apa-apa komen.
Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan/atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen oleh "unknown profile" juga tidak akan disiarkan.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.