assalamualaikum & salam sejahtera semua 😊
Isnin terakhir sebelum Ramadhan.
😃 ah indahnya, Ramadhan nak dtg dah 😍. ofis dapur dpt ditutup separuh hari.
dan tukang masak ni pun dpt lah berehat lama skit 😅 😆.
bosan ekk asyik la baca content blog tentang makanan time pkp ni? jgn la bosan.
kami yg memasak setiap hari ni pun elak dari merasa bosan tau.
setiap hari berkesperimen kat dapur. setiap pagi berimaginasi kat dapur.
tapi 😆 berulang lauk tu aje ha ha ha ha ha ha...
sedikit maklumat saya nak share hari ni tentang memasak :
- memasak ni pada saya adalah ladang pahala. saya diberi tanggungjawab utk menyediakan makanan utk suami & anak-anak. sediakan pula makanan yg mereka suka 😋. ni dah tentunya membuatkan mereka gembira dan bahagia bila dpt makanan kesukaan mereka. hubungan kekeluargaan dpt diperkukuhkan 💜.
- bila memasak tu, kekadang dlm pada tu kita terus rasa bersyukur. "dpt anak-anak aku makan makanan ni mlm ni...". terkenanglah kita betapa beruntungnya kita masih dpt makan mewah. masih ada insan-insan lain di luar rumah kita yg tak cukup makan, tak dpt makanan yg seimbang dan sedap... aduhai...
- saya ada kak Nurin dan Syuhada. bila time cuti gini, saya ajak mereka berada di dapur sama-sama. beri tugas kat mereka - ambil bahan nak masak dari peti ais, tolong kacau gulai atas dapur, tolong cuci pinggan, tolong susun pinggan mangkuk... ni semestinya dpt eratkan la ikatan keibuan saya dgn mereka. di samping ajar la diorang apa yg harus buat kat dapur. perempuan kan, nak kena dedahkan diorang dari awal gini la. kalau-kalau nanti gi rumah sedara-mara ke, kawan-kawan ke, tau la mereka apa nak buat...
- lastly, dpt jimat duit. makan di rumah ni memang byk jimatnya berbanding kita makan di luar. then, seperti saya sekarang, sekali masak, boleh buat lauk utk 1-2 hari, alhamdulillah... jimat, kan 😊. itu baru dikira jimat kat lauk-pauk. lom lagi dikira kalau la saya but kek, cekodok, roti jala, pulut kuning, rendang, spagetti bolognese, lasagna, swedish meatballs, kuih seri muka, roti manis, roti bun... semua tu kalau buat sendiri, memang jimat berbanding nak beli.
4 faktor ni lah yg buat saya terpaksa rajin memasak tau. terpaksa tapi relaaaaa uolls ha ha ha ha...
dari tak pantas memasak, now ok la.
dari tak sedap rasanya, now ok la.
dari tak pandai nak masak apa, now ok la. idea dah ada setiap kali tgk bahan yg ada 💪.
12 April 2020
Ahad.
hmmmm dah beberapa minggu, setiap hari umpama hari Ahad 😂.
dari pagi hingga ke mlm, bersama keluarga di rumah. anak-anak dgn kerja sekolah. ibu ayah sesekali sibuk dgn laptop, work from home, kan.
asam pedas ikan pari dgn bendi & daun kesum.
sotong goreng kunyit masak sos tiram.
13 April 2020
journey memasak diteruskan.
terpengaruh dgn beberapa blog yg memaparkan nasi 3 budak gemok.
ntah betul ntah tak nama masakan tu 😀. so, saya pun teruslah berhasrat nak buat ayam masak kicap.
tapi, tukar cara yg biasa kepada cara yg baru.
ayam ni kebiasaannya saya garam kunyitkan, kemudian goreng.
namun kali ni, bila idea memasak membara, saya perapkan dgn kicap dan serbuk bawang putih.
kemudian baru goreng. tu la kejadiannya 👆.
kuah kicapnya pun saya ubah cara. follow ala-ala nasi 3 budak gemok.
resepi ikut di Rasa.
... dan taugeh goreng sos tiram.
semlm dah makan ayam, kan.
so the next day tu saya masak la seafood - ikan dan kupang.
agar seimbang la pemakanan keluarga hi hi hi hi...
ikan tenggiri masak asam & sambal kupang 😍.
hanya masak utk sarapan saje.
mee goreng dan juga spageti goreng meatball. bukan utk sarapan je, hingga ke lunch tau.
lauk ikan tenggiri masak asam & sambal kupang masih ada berbaki. brought forward jer utk dinner.
16 April 2020
telur dadar & bayam merah tumis air 😋.
kek pisang 😍.
17 April 2020
kari ayam, sambal belacan & ulam timun jepun.
18 April 2020
sup ayam & sambal cili padi ikan bilis belimbing buluh 😋.
smoothie pisang 😍.
19 April 2020 (hari ni)
sambal kentang & ikan kembong goreng tepung.
cekodok pisang...
😊😊😊 happy bila dpt masak-memasak sebenarnya.
itu la tujuan paparan semua menu kat blog ni. kerana, once saya da masuk keje ni, hmmmmm takkan setiap hari semeriah ni.
kenangan.
terutama tang buat kek pisang, smoothie pisang dan cekodok pisang tu, anak-anak dara menyumbangkan tenaga di situ tu. alang-alang dpt beli byk pisang, abis semua resepi yg ada pisang kami cuba 😆.
lauk-pauk pun biasa-biasa aje. takde yg luar biasa.
maka, gambar jer lah, takde resepi ye hi hi hi...
😉 👌
27 Comments
saya masih lagi belajar kak. menu simple tahulah nak masak, yg tak reti tu google je resepi..hehe
ReplyDelete♕Tiara Sapphire♕
Air tangan ibu..nikmat untuk seisi keluarga.
ReplyDeletesemua sedap2 sis! cekodok pisang kat rumah Aten pun buat. Mudah dan sedap hehehe
ReplyDeleteAlhamduilillah kita dah nak hampiri bulan ramadan. Semoga sempat sampai. Best plak tengok menu masakan tu..
ReplyDeleteSedap2 masakan sis ni.. Boleh la kita cari ilham resipi nnt.
ReplyDeleteWowww semua menu sedap-sedap ni, puashati masak untuk keluarga kan, lagi puas bila kita masak, makanannya licin...Sis seorang bahagia bila nengok orang happy makan hasil masakan kita...
ReplyDeleteAlhamdulillah, meriah menu
ReplyDeletesedapnya! betul mkn msak sendri ni jimat byk!
ReplyDeleteWow.....suami dan anak semakin sayang. Kita niat yang baik2 pun dah dapat pahala Aida. Apatah lagi dari awal kita masak sehinggalah dah siap masak dan akhirnya kita melayan suami dan anak makan. Fuhhhh banyak pahala tu. Walaupun kebaikan kita sebesar zarah sekali pun Allah tahu.
ReplyDeleteHuih macam2 menu kK,tak sangka jumaat ini dah puasa ye...
ReplyDeletemommy dah fenin pala nak fikir masak apa lagi ni. masuk pulak bulan ramadhan yang akan datang ni. bertambah pulak menu sahur mommy nak kena fikir. adududud. tapi semua menu dia sedap-sedap la. ada idea dah ni
ReplyDeleteThis are good food to eat. It’s good you are innovative in food. Keep it up.
ReplyDeletesedap2 menu tu. habis pkp ni boleh buat buku resepi dah. saya pun sejak pkp ni macam2 resepi dah cuba. hehe
ReplyDeletemusim PKP ni dh mcm pre ramadhan sbb mcm2 menu masakan kan..ayam kicap ala2 tiga bdk gemok tu pn mmg sedap masak sdiri sbb yg beli tu die jenis kering
ReplyDeleteWah ada dairy makanan lagi... sekarang lah masa nak tunjuk bakat ya tak agar suami gembira sebab kata org ikat suami melalui perutnya.
ReplyDeletenampak sedapnya masakan sis. memang untung bila diberikan rezeki sebegini. alhamdulillah.
ReplyDeleteMenu PKP ni ada yang berat ada yang ringan..ehhee..aslakn tak berlapar. Memang jimat terutamanya sebab tak makan dekat luar..hehee..melainkan ada order..
ReplyDeleteBetul tu. Bila kita memasak, ia sebenarnya buat kita. Saya pernah dengar ceramah setitis peluh kita mengalir kerana memasak untuk suami dan anak anak, kita dah dapat pahala.
ReplyDeletekadang pening juga nak masak apa kan. balik-balik lauk sama. sesekali kena tukar2 selera
ReplyDeleteWow nampak sedap2 semuanya! Memang bagus sis share menu2 kat blog, baru pembaca terinspirasi, sebab kadang kering idea nak masak apa!
ReplyDeleteHehehe menu menu semua sedap. Luangkan masa ini utk beri yang terbaik kepads kelurga dengan skill masakan. Lepas ni boleh buat artikel resepi-resepi yang dicuba sepanjang PKP.
ReplyDeleteMeriahnya menu waktu PKP ni. Mesti yang paling seronok anak-anak dan suami kan🥰
ReplyDeleteSimple tapi tetap sedap dan menarik kan.. mmg kena banyak bersyukur sepanjang tempoh pkp ini
ReplyDeleteWah, seronok tengok hidangan-hidangan yang Aida masak!
ReplyDeleteMasak sendiri ni memang puas hati kan...kegembiraan dapat sediakan hidangan tu priceless :)
Bila hari-hari memasak memang akan cekap kan Aida.. janji rajin nak buat..
ReplyDeletesedap-sedap menu yang Aida share..
Omg... terliur sis baca entry ni, the sotong goreng kunyit memang menggoda nak cuba tapi takut tak jadi.
ReplyDeleteUntunglah mereka dapat mak rajin masak hihi.... mcm mcm nampaknya menu tu Aida sure happy sepanjang PKP diaorang tu hahaha....
ReplyDeleteAyam goreng tu nampak menggeramkanlah Aida. Selalunya kita buat ayam mcm tu kalau buat nasi ayam
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.