assalamualaikum & salam sejahtera semua 😊

Isnin terakhir sebelum Ramadhan.
😃 ah indahnya, Ramadhan nak dtg dah 😍. ofis dapur dpt ditutup separuh hari.
dan tukang masak ni pun dpt lah berehat lama skit 😅  😆.

bosan ekk asyik la baca content blog tentang makanan time pkp ni? jgn la bosan.
kami yg memasak setiap hari ni pun elak dari merasa bosan tau.
setiap hari berkesperimen kat dapur. setiap pagi berimaginasi kat dapur.
tapi 😆 berulang lauk tu aje ha ha ha ha ha ha...

sedikit maklumat saya nak share hari ni tentang memasak :
  1. memasak ni pada saya adalah ladang pahala. saya diberi tanggungjawab utk menyediakan makanan utk suami & anak-anak. sediakan pula makanan yg mereka suka 😋. ni dah tentunya membuatkan mereka gembira dan bahagia bila dpt makanan kesukaan mereka. hubungan kekeluargaan dpt diperkukuhkan 💜.
  2. bila memasak tu, kekadang dlm pada tu kita terus rasa bersyukur. "dpt anak-anak aku makan makanan ni mlm ni...". terkenanglah kita betapa beruntungnya kita masih dpt makan mewah. masih ada insan-insan lain di luar rumah kita yg tak cukup makan, tak dpt makanan yg seimbang dan sedap... aduhai...
  3. saya ada kak Nurin dan Syuhada. bila time cuti gini, saya ajak mereka berada di dapur sama-sama. beri tugas kat mereka - ambil bahan nak masak dari peti ais, tolong kacau gulai atas dapur, tolong cuci pinggan, tolong susun pinggan mangkuk... ni semestinya dpt eratkan la ikatan keibuan saya dgn mereka. di samping ajar la diorang apa yg harus buat kat dapur. perempuan kan, nak kena dedahkan diorang dari awal gini la. kalau-kalau nanti gi rumah sedara-mara ke, kawan-kawan ke, tau la mereka apa nak buat...
  4. lastly, dpt jimat duit. makan di rumah ni memang byk jimatnya berbanding kita makan di luar. then, seperti saya sekarang, sekali masak, boleh buat lauk utk 1-2 hari, alhamdulillah... jimat, kan 😊. itu baru dikira jimat kat lauk-pauk. lom lagi dikira kalau la saya but kek, cekodok, roti jala, pulut kuning, rendang, spagetti bolognese, lasagna, swedish meatballs, kuih seri muka, roti manis, roti bun... semua tu kalau buat sendiri, memang jimat berbanding nak beli.
4 faktor ni lah yg buat saya terpaksa rajin memasak tau. terpaksa tapi relaaaaa uolls ha ha ha ha...
dari tak pantas memasak, now ok la.
dari tak sedap rasanya, now ok la.
dari tak pandai nak masak apa, now ok la. idea dah ada setiap kali tgk bahan yg ada 💪.




12 April 2020
Ahad.
hmmmm dah beberapa minggu, setiap hari umpama hari Ahad 😂.
dari pagi hingga ke mlm, bersama keluarga di rumah. anak-anak dgn kerja sekolah. ibu ayah sesekali sibuk dgn laptop, work from home, kan.

asam pedas ikan pari dgn bendi dan daun kesum
sotong goreng kunyit masak sos tiram
asam pedas ikan pari dgn bendi & daun kesum.
sotong goreng kunyit masak sos tiram.

13 April 2020
journey memasak diteruskan.
terpengaruh dgn beberapa blog yg memaparkan nasi 3 budak gemok.
ntah betul ntah tak nama masakan tu 😀. so, saya pun teruslah berhasrat nak buat ayam masak kicap.
tapi, tukar cara yg biasa kepada cara yg baru.

ayam goreng kicap
ayam ni kebiasaannya saya garam kunyitkan, kemudian goreng.
namun kali ni, bila idea memasak membara, saya perapkan dgn kicap dan serbuk bawang putih.
kemudian baru goreng. tu la kejadiannya 👆.

ayam masak kicap ala nasi tiga budak gemok
kuah kicapnya pun saya ubah cara. follow ala-ala nasi 3 budak gemok.
resepi ikut di Rasa.

taugeh goreng sos tiram
... dan taugeh goreng sos tiram.

14 April 2020
semlm dah makan ayam, kan.
so the next day tu saya masak la seafood - ikan dan kupang.
agar seimbang la pemakanan keluarga hi hi hi hi...

ikan tenggiri masak asam
sambal kupang
ikan tenggiri masak asam & sambal kupang 😍.

15 April 2020
hanya masak utk sarapan saje.
mee goreng dan juga spageti goreng meatball. bukan utk sarapan je, hingga ke lunch tau.
lauk ikan tenggiri masak asam & sambal kupang masih ada berbaki. brought forward jer utk dinner.

mee goreng
spagetti goreng meatball

16 April 2020

bayam merah tumis air
telur dadar
telur dadar & bayam merah tumis air 😋.

kek pisang 😍.


17 April 2020

kari ayam
kari ayam, sambal belacan & ulam timun jepun.

18 April 2020

sup ayam dan sambal cili padi ikan bilis belimbing buluh
sup ayam & sambal cili padi ikan bilis belimbing buluh 😋.

smoothie pisang 😍.

19 April 2020 (hari ni)

sambal kentang
sambal kentang & ikan kembong goreng tepung.

cekodok pisang...




😊😊😊 happy bila dpt masak-memasak sebenarnya. 
itu la tujuan paparan semua menu kat blog ni. kerana, once saya da masuk keje ni, hmmmmm takkan setiap hari semeriah ni.
kenangan.
terutama tang buat kek pisang, smoothie pisang dan cekodok pisang tu, anak-anak dara menyumbangkan tenaga di situ tu. alang-alang dpt beli byk pisang, abis semua resepi yg ada pisang kami cuba 😆.

lauk-pauk pun biasa-biasa aje. takde yg luar biasa.
maka, gambar jer lah, takde resepi ye hi hi hi...

😉  👌