pagi ni cuaca di Melaka sungguh indah. langit cerah.
semlm mendung. hujan renyai. alhamdulillah...
masak apa utk sarapan pagi ni? 😄hari ni hari ke-18 PKP di Malaysia. memang dilemma kita ni la, para ibu, nak masak apa la tiap kali nak sarapan, makan tghari dan makan malam.
😅 saya tak nak la involve kan minum pagi, minum petang dan supper.
yg pastinya, timeline fb saya tiap waktu penuh dgn menu-menu ohsem oleh kawan-kawan seMalaya.
menjadi idea la utk saya nak projekkan apa di dapur.
tapi tu la, masak ni mudah bila kita ada 3 bahan kisar yg utama ni.
3 bahan kisar yang wajib ada dlm peti ais adalah tak lain tak bukan - cili kering (ciliboh), bawng putih dan bawang merah.
bila 3 bahan kisar ni ada dlm peti ais saya, saya boleh fikirkan apapun masakan.
dan yg paling utama, proses nak masak tu jadik senang dan cepat.
berbaris dari kiri - cili kering (ciliboh), bawang putih dan bawang merah. |
bawang putih dan bawang merah tu saya kisar ia saje, tanpa air walaupun sedikit.
stok tu, 3 - 5 minggu pun masih bertahan baik. tak jejas rasa dan strukturnya.
tapi, now, pagi petang masak, bwg merah tu 2 minggu da abis!
kebiasaannya, saya akan kopek 1kg bawang putih dan 1kg bawang merah. buat stok bahan kisar gini la.
mudahnya masak bila 3 bahan kisar ni ada. legaaaaaa...
halia dan kunyit saya tak kisar. normally bila nak guna 2 bahan ni, saya akan tumbuk guna batu lesung.
kecik jer. dulu kala beli lepas kawin. usia lesung batu ni lebih tua dari kak Nurin. legend!!! |
bahan lain yang ada readymade dlm peti ais - sambal belacan, sos bolognese meatball & sos blackpepper (utk perap ayam / daging) |
hari ni in shaa Allah nak buat sambal ikan bilis belimbing buluh.
kebetulan kelmarin mr.asben ke kedai beli brg dapur, dibelikan juga 2 plastik kecil belimbing buluh.
bertambahlah deretan tupperware di dlm peti ais 😅. yg penting, bila nak makan, makanan ada.
contohnya pagi ni, buat la 2 makanan utk sarapan sekeluarga.
less than 30 minit, dah siap utk dihidangkan.
nasi goreng. rencah ikan bilis dan telur saje. saya tak suka letak sayur kalau goreng nasi. nasi semalam ada berbaki, sayang nyer la nak buang, kan. tu yg kerap rumah saya ni sarapan nasi goreng 😅. |
mee goreng. rencah ni plak udang kering, telur, ada la skit taugeh dan daun sup. kebiasaannya mesti nak letak fishball. 😔 malangnya takde stok kat rumah. |
now, saya da start berjimat gunakan bahan dapur.
masak pun simple simple saje. sebab, kita takkan tahukan bila PKP ni bakal berakhir.
nak beli barang dapur tak mudah dgn wujudnya wabak jangkitan covid19 ni.
angka kematian semakin naik.
angka yg positif juga semakin meninggi bilangannya.
ada zon dah di declarekan zon merah dan zon oren 😒. menakutkan!
so, korang-korang, #StayAtHome ye. kita mampu mengubah keadaan ni.
in shaa Allah.
32 Comments
Buat stok pes siap-siap senang kan Kak Aida 😃 nak masak, campak2 aje.. simple kerja kita pun senang 😁😊 Betul setuju bab jimat coz kita tak tau kan bila nak berakhir PKP ni. Even kalau berakhir pun still need caution at least for a year untuk everything back to normal :)
ReplyDeleteBetull..3 bahan asas tu ada,in sha Allah jadi la apa masakan pun.yg simple tp tto sedap.hehe
ReplyDeleteRed Linda https://anakperak.com
X pernah lagi buat stok bawang merah kisar & bawang putih kisar. Maybe lepas ini boleh try buat :)
ReplyDeletetak pernah nak blend semua..sllu masak kupas sbb sllu mmg potong nipis..jarang nak blend
ReplyDeleteMemang kalau dah siap blend mcm ni senang nak masak. Petua atuk cina Sis dulu, masa nak bender masukkan minyak masak sikit, supaya bawang yang dh blend tak lebam colornya...sama juga dengan cili kering..lebih tahan lama katanya..
ReplyDeletewa, dah siap kisar semua. haha. itu lah bahan utama kan sis. terus automatik ada idea tu nak masak apa. haha. yup, kena berjimat lah. moga PKP cepat berlalu :(
ReplyDeletestok cili kisar tu wajib ada tapi nak buat la malas..hehe
ReplyDeleteokay saya yg bujang ni baru tau kena ada tiga benda ni. Bolehlah nanti saya prepare siap2
ReplyDeleteMudah la buat macam ni. Nak masak tak payah nak potong2 dah.. Campak2 je dah siap hehe
ReplyDeleteMemang kene ada bekalan tu kan kak..
ReplyDeleteMemudahkan kerja kita
mudah kerja memasak kalau 3 bahan ni dah siap2 kisar sebab semua masakan pun kebanyakkan una 3 bahan kisar ni. terbaik
ReplyDeleteMemang bahan asas cili kisar di rumah saya.
ReplyDeleteBenda wajib kena ada memang bawang putih merah cili boh, kalau tak ada benda ini masak pun jadi tak ada mood.
ReplyDeleteYa jika ada tiga bahan utama utu memang mudah dan cepat nak masak apa pun. Bagus juga idea kisar semua bahan utama tu cuma kdg bila dah ada yg kisar tu asyik nak masak je la pulak haha...
ReplyDeleteMemudahkan.Cepat.Memang sentiasa ada stok bahan yang sudah dikisar ni dalam peti ais.
ReplyDeleteSenang kalau ada tiga bahan tu Aida...
ReplyDeleteSama saya pun sentiasa siap-siapkan dekat dalam fridge nak masak senang keluarkan sahaja.
ReplyDeletesenang sangat nak masak dah ni aida :) m
ReplyDeletewah rajinnya..buat banyak2..iena bila nak masak baru lah terhegeh-hegeh nak kisar cili la bawang la :D
ReplyDeletemudah juga buat mcm ni kn :)
Sis buat jugak siap2 halia, bawang putih n cili. Bila terlebih rajin pes masak lemak cili api, masak green curry semua sis buat lebih, menyenangkan bila teringin nak masak..ambik je. Senang kan..hehehe
ReplyDeleteSamaaaaa. Suka blend dan simpan dalam peti 🙋🏻
ReplyDeleteMemang bahan wajib siap kisar ni..sennag nak amsak, keluarkan je..takyah dah kupas2..ehhee..memng tahan lama
ReplyDeletesenang kan sis bila dah siap2 blend kan bahan2 asas utk memasak ni.. jimat masa dan bahan pun tak la cepat rosak ....
ReplyDeleteBetul tu. Tiga bahan ni kalau kisar siap siap memang mudahkan kerja kita. Macam saya ikut mood. Kalau rajin memang buat macam ni kalau, buat yang cili tuh jela. Sebab selalunya kalau memasak saya lebih suka bawang ditumbuk guna lesung. Agak leceh sikit lah tapi itu yang suka.
ReplyDeleteBagus sediakan bahan macam ni awal-awal. Mak Ruby dan mak mentua ruby sentiasa ada bahan camni. So belajar dari mereka memang pantas sediakan masakan. Tambahan kita sibuk bekerja.
ReplyDeleteSelalu mau buat macam ini, tapi sampai sekarng tak buat-buat. hahha
ReplyDeleteSha kalau cili kisar tu memang wajib ada.. bawang tu tak pernah buat..
ReplyDeletebetul kan.. ada paste2 ni senang nak masak. x adalah time nak masak tu baru nak blend. mudah..
ReplyDeletekak, nak tanya lah... bawang tu kalau dikisar mcm tu ok ke buat stok? ada orang bagaitau bawang ni memerangkap bakteria bila dah dipotong... saya pun konfius laa.. saya kalau nak masak baru amik bawang hiris2.. tapi mmg leceh laa. hehehe... thank sharing kak. buat jadi inspirasi.
ReplyDeletesebab tu bila dah kopek / blend, kita kena letak ia dlm bekas tertutup dalam peti ais.
Deletejgn dibiarkan terbuka.
sebab tu, kalau la anak kita demam, kita potong bawang besar sebiji, letak la kat hujung bilik. therafter, dikatakan, ni bukan secara saintifik la kan, kuman tu akan melekat kat bawang tu.
walaupun dlm peti ais, mesti letak dlm bekas bertutup agar freshness of the bawang dpt dikekalkan.
Sedapnyaaa nasi goreng
ReplyDeletePraktis memang kalau sudah ada bumbu jadi macam ni.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.