assalamualaikum 😉
semlm da share resepi cekodok pisang, now turn cekodok bawang pulak.
cekodok ni lagi legend.
sarapan boleh. minum petang boleh. kalau nak makan cekodok bawang time supper pun onzz uolls.
pendek kata, anytime lah...
Ramadhan.
apa lagi, buat la semangkuk. buat makan panas-panas anak-beranak time moreh tu hah, depan tv.
memang double triple onzzz 👌 😄😄.
BAHAN-BAHAN :
- 3 cawan tepung gandum
- 4 cawan air
- 1 biji telur gred A
- 1 labu bawang holland (size besar) - potong dadu
- segenggam ikan bilis - saya kisar kasar
- daun bawang - hiris halus
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
CARA-CARA :
- campur semua bahan. gaul rata sebati.
- saya perap 20-30 minit adunan dlm peti ais.
- goreng 😅.
saya sukat guna senduk kecik ni.
masuk dlm kuali, nah, kembang setaman 😀. saya suka gini. puas makan!
boleh juga add in bahan-bahan lain tau. contohnya, kentang (potong dadu) atau udang segar (potong kecik-kecik).
aduhai. sedap nyer lah.
kami cicah sos cili je petang tu. kalau la ada kari ayam ke, asam pedas ikan pari, sambal tumis atau sambal sardin... wow!!!
orait. settle up kan resepi mudah cekodok bawang.
sharing is caring, kan.
bye!
3 Comments
fav ni. suka letak sayur banyak2..best!
ReplyDeleteKegemaran saya ni. Cicah dengan cili kicap dan sos, minum pula kopi panas :)
ReplyDeleteSedappnyaa cekodok
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.