assalamualaikum...
salam sejahtera 😊.

sungguh teruja nak kongsi resepi mudah kek pisang yg sgt moist ni, guna blender saje ye.
bau kek ni harum teramat.
tips paling utama, mesti guna pisang yg masak ranum ye. harum. sedap. terbaik 👍.

alhamdulillah, menjadik kek pisang saya.
boleh la ni utk yg bukan pakar mcm saya 😃.



BAHAN-BAHAN :
  • 300 g pisang (tanpa kulit ye)
  • 250g tepung naik sendiri
  • 3 biji telur gred A
  • 230g gula castor
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 230 g minyak masak

CARA-CARA YANG MUDAH :
  1. tepung naik sendiri diayak terlebih dahulu ke dlm satu mangkuk. ketepikan.
  2. masukkan pisang, telur, gula castor dan minyak masak ke dalam blender. kisah sehingga nampak cantiks sebati.
  3. tuangkan ia ke dalam satu bekas. masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit ke dalamnya.
  4. lastly, ni optional ye, masukkan 2-3 sudu besar air masak. agar struktur kek tak kering (moist) lepas di bakar. gaul sebati. ni tips saya dpt dari blog kawan-kawan bakers jugak.
  5. adunan dah siap. masukkanlah ke dalam loyang ataupun apa-apa bekas utk bakar kek pisang tu.
  6. bakar pada suhu 170'c lebih kurang 45 minit - 60 minit. ni bergantung kepada oven masing-masing ye. lain oven, lain kaedahnya 😃. 

Resepi Mudah Gerenti Jadi | Kek Pisang Moist
adunan tu dpt la 3 bekas ni. 
atas tu saya hiaskan dgn hirisan pisang 💙.

Resepi Mudah Gerenti Jadi | Kek Pisang Moist

Resepi Mudah Gerenti Jadi | Kek Pisang Moist
bahagian atas kek pisang tu saya gliskan dgn mentega yang dah dicairkan dulu.
then, bakar semua kejap 3-5 minit.
ni optional ye 👌.

Resepi Mudah Gerenti Jadi | Kek Pisang Moist
dlm pek gini, mudah la simpan.


kaedah penyimpanan, setakat 3-4 hari, tak perlu masukkan dlm peti ais.
letak atas meja je, suhu bilik. masih bertahan. maintain moist!
mudah, kan?
tak payah dah saya nak guna resepi lain. resepi mudah kek pisang moist pun dah cukup buat mr.asben mengukir senyuman. menjadik....
yahoooooo!!!! 😄

💙