assalamualaikum & salam sejahtera 😊.
terus-terang, sgt lama dulu saya buat puding karamel - 2012 😄.
lepas-lepas tu buat kat rumah mak je. kat rumah sendiri, tak pernah buat dah.
until semlm ptg hi hi hi hi...
tu pun permintaan mr.asben. dia memang sejenis yg suka makan dessert manis-manis.
aura Ramadhan sgt kan 💜.
klik klik youtube. amik aura para baker terkenal, Malaysian dan luar negara.
resepi lebih kurang je semua.
aneka cara, pelbagai tips... saya copy & paste dan buat versi saya 👇.
BAHAN-BAHAN :
- 1/3 gula pasir
- 2 sudu besar air
- 2 keping roti gardenia
- 3 biji telur gred A
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan air
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA-CARA :
- gula pasir dan air dimasak sehingga menjadi karamel. masukkan dlm loyang dan ketepikan.
- bahan-bahan lain kesemuanya dimasukkan ke dalam blender. kisar halus.
- tapiskan bahan yg telah dikisah halus dan masukkan ke dlm loyang tadi.
- kukus selama lebih kurang 40 minit. SIAP!
lebih mudah bila ibu dan anak dara bekerjasama di dapur, kan.
saya ajak kak Nurin and Syuhada buat sama-sama.
diorang berdua yg buat gula karamel. diorang yg kisar bahan-bahan.
then dgn tabah menunggu ia dikukus dan siap dimakan 😍.
seronok la bila lepak-lepak dapur dgn anak-anak. kadang-kadang Izzat pun join buat kecoh.
then, time kukus tu, memasing dok tanya, "da siap ke, Bu?".
apa lagi, Izzat la jadik mangsa keadaan tolong tgk kan timer kat pengukus tu.
dan dok tunggu bila pengukus tu berbunyi "ting'.
puding karamel ni saya memang buat sikit je, sekali hidang terus habis makan.
ia da tak sedap kalau disimpan-simpan kan.
😉 😀
... bye!
20 Comments
Nampak sedap puding karamel tu kak.. sejak pkp nie sy kerap juga memasak dgn adik2 dan cuba resepi baru
ReplyDeleteelok bersinar puding karamel mesti sedap ni :)
ReplyDeleteNi puding roti caramel.. Xpernh buat yg ltk roti ni... Lama xwat puding caramel yummy
ReplyDeletekalo puding caramel ni
ReplyDeletesuka sangat cedok caramel dia.. hehe..
cantik kejadiannya.. bila ada anak dara memang seronok main masak-masak..
ReplyDeleteSedapnye. Noleh buat as manisan menu berbuka karang ni. Letak dlm peti ais dlu, then makan sejuk2 masa iftar. Yummy 😁😁
ReplyDeleteSangat betul kerjasama ibu dan anak. Mempercepatkan proses memasak dan membasuh alatan yang digunakan. Hehe. Alahai nak buat la nanti puding karamel ni.
ReplyDeleteNampak cantik kejadian..seronok klu ada teman sama2 di dapur..terasa nak buat untuk berbuka pulak
ReplyDeletesedapnya kalau dapat untuk berbuka kang hehe. kalau ada bazar biasanya beli je, nak buat kang tak abis sebab sorang2 ja
ReplyDeleteYum! Sedap nyer pudding caramel. Best nie Kalo dapat makan time berbuka. Thank you for sharing your recipe.
ReplyDeleteBaru petang tadi,adik ipar share gambar buat puding Karamel ini.
ReplyDeleteNampak sedap sangat
Sedapnya tgk dessert ti. Mmg best bila anak dan ibu bekerjasama di dapur
ReplyDeleteKita dari dulu lagi tengok resipi puding caramel ni tak pernah nak buat lagi hehehe mudah dan senang tengok orang buat kita takut kita buat tak jadi lak wakakakak... Bestnya sedapnya...
ReplyDeleteSenangnya buat. Kejadian puding phn cantik. Ni nak buat juga ni tapi kena beli roti dan esen dulu. Dua benda nibdah habis stok plak kat rumah
ReplyDeleteSedapnya puding karamel. Nnt nak cuba buat lah memandang kan pkp xleh kuar beli..hihi
ReplyDeleteCantik kejadiannya Puding Karamel ni... teringin nakcuba buat! sebab tak pernah buat takut tak jadi.. bila tgk resepi nih macam senang jer nak buat.. tq resepi nih
ReplyDeleteoo menarik gak ni gunakan roti ya. cantik pun kejadiannya tu
ReplyDeleteDalam bulan puasa ni memang tengah tunggu je bila nak buat puding karamel ni..makan sejuk-sejuk kann, sedapnyaaa...
ReplyDeleteSebenarnya mudah jer buatnya, kak pernah buat klu nak mkn tp manis anaj2 xbrpa gemar sgt
ReplyDeleteI did this before and they are surely yummy! My family loves them too!
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.