assalamualaikum & salam sejahtera 😊.

terus-terang, sgt lama dulu saya buat puding karamel - 2012 😄.
lepas-lepas tu buat kat rumah mak je. kat rumah sendiri, tak pernah buat dah.
until semlm ptg hi hi hi hi...
tu pun permintaan mr.asben. dia memang sejenis yg suka makan dessert manis-manis.
aura Ramadhan sgt kan 💜.

klik klik youtube. amik aura para baker terkenal, Malaysian dan luar negara.
resepi lebih kurang je semua.
aneka cara, pelbagai tips... saya copy & paste dan buat versi saya 👇.

Resepi Mudah Puding Karamel | Lebih mudah bila ibu dan anak dara bekerjasama di dapur

Resepi Mudah Puding Karamel | Lebih mudah bila ibu dan anak dara bekerjasama di dapur

BAHAN-BAHAN :
  • 1/3 gula pasir
  • 2 sudu besar air
  • 2 keping roti gardenia
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanilla

CARA-CARA :
  1. gula pasir dan air dimasak sehingga menjadi karamel. masukkan dlm loyang dan ketepikan.
  2. bahan-bahan lain kesemuanya dimasukkan ke dalam blender. kisar halus.
  3. tapiskan bahan yg telah dikisah halus dan masukkan ke dlm loyang tadi.
  4. kukus selama lebih kurang 40 minit. SIAP!


Resepi Mudah Puding Karamel | Lebih mudah bila ibu dan anak dara bekerjasama di dapur

lebih mudah bila ibu dan anak dara bekerjasama di dapur, kan.
saya ajak kak Nurin and Syuhada buat sama-sama.
diorang berdua yg buat gula karamel. diorang yg kisar bahan-bahan.
then dgn tabah menunggu ia dikukus dan siap dimakan 😍.
seronok la bila lepak-lepak dapur dgn anak-anak. kadang-kadang Izzat pun join buat kecoh.
then, time kukus tu, memasing dok tanya, "da siap ke, Bu?".
apa lagi, Izzat la jadik mangsa keadaan tolong tgk kan timer kat pengukus tu.
dan dok tunggu bila pengukus tu berbunyi "ting'.

puding karamel ni saya memang buat sikit je, sekali hidang terus habis makan.
ia da tak sedap kalau disimpan-simpan kan.

😉   😀
... bye!