assalamualaikum & salam sejahtera...

petang ni saya nak share resepi ohsem - cara masak sos blackpepper. inilah resepi saya yg serbaguna :
  • boleh dimakan begitu saje. tuang atas ayam / daging yg dibakar / dipanggang
  • boleh dijadikan sos perap ayam / daging / seafood (ala shell out)
  • boleh ditambah susu full cream - jadilah sos ala Ikea. 

perap la antara 3-5 jam. then panggang. 😳  😱 sedap nyer lah!!!
sos perap saya lebihkan. nanti terus panggang kesemuanya. 

so now saya nak share resepi mudah sos perapan untuk barbeku (bbq).  campur-campur je semua bahan. resepi improvise dari DariDapur.Com. resepinya untuk kuantiti yang sedikit, saya da cuba. tapi saya lebih suka buat byk. sebab bahan yang sama juga saya guna untuk masak lauk daging / ayam black pepper. 

bahan-bahan (nak maklumkan dulu bahawa kuantiti bahan sebenarnya sesedap rasa tau, boleh berubah ikut tukang masak 😊 ) :

     BAHAN  A (sos perap bbq terbaik)
  • 10 biji bawang merah (kisar)
  • 10 ulas bawang putih (kisar)
  • 100 g ciliboh
  • 300 g sos bbq
  • 500 g sos blackpepper
  • 150 g sos tiram
  • 30 g kicap manis
  • 50 g gula pasir
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 sudu kecik rosemary

     BAHAN  B  (untuk menjadikan sos blackpepper)
  • 3 sudu besar mentega
  • 5 ulas bawang putih (ketuk je)
  • 1 liter susu full cream (ni la rahsia kejadian sos ala ikea yg milky 😍)


Resepi Mudah | Sos Blackpepper Ala Ikea


cara-cara masak sos blackpepper yang sangat mudah :

Resepi Mudah | Sos Blackpepper Ala Ikea

Resepi Mudah | Sos Blackpepper Ala Ikea

bahan A semua dicampurkan. tak perlu dimasak ye. campurkan dan gaul sebati. SIAP sos perapan terbaik bbq!

dpt lebih dari 1.5 kg tau, byk! ni boleh simpan dlm freezer utk kegunaan akan datang. tapi, kalau nak dijadikan sos blackpepper, kena sambung cara-cara di bawah 👇.


KEDUA : SOS BLACKPEPPER
  1. cairkan mentega dan tumiskan bawang putih. harum semerbak baunya nanti 😍.
  2. masukkan hanya 500g sos perap tadi. masakkan untuk beberapa minit ye. 
  3. tuangkan susu full cream ke dalam adunan perlahan-lahan. kacau sebatikan. 

Resepi Mudah | Sos Blackpepper Ala Ikea
da masukkan susu full cream. kacau dan kacau dan kacau perlahan-lahan.

Resepi Mudah | Sos Blackpepper Ala Ikea
tadaaaaaa... siap!
nampak pekat, kan? pekat, berlemak dan sedap!

style saya, bila nak dihidangkan, ambil sedikit sos blackpepper ala ikea ni ke dalam mangkuk, cairkan sedikit, agak-agak la ye, dgn air panas.

Resepi Mudah | Sos Blackpepper Ala Ikea
diperap semalaman dgn sos perapan.
dpt perap 2-3 jam pun jadik lah ye...

Resepi Mudah | Sos Blackpepper Ala Ikea
kebetulan, pagi semlm buat meatball ala ikea ni hah...
pepagi semlm, goreng je. nak makan, curahkan sedikit sos blackpepper di atasnya 😋.
kak Nurin dan Syuhada siap order nak lagi ha ha ah ha...

hah ni... selambak lagi meatball ala ikea ni @ swedish meatballs.
😋  kena gi beli meatballs lagi ni... 

ok. semoga bermanfaat ye. PKP ada berbaki beberapa hari ni, boleh la mencuba. nak buat sedikit, sekali makan, aci-aci lah bahan nyer tu semua, bahagi 2 ke bahagi 3 ke. tapi pada saya, sekali buat je. then simpan dlm freezer. tahan la dalam 3 bulan.

...selamat mencuba! 😋