assalamualaikum & salam sejahtera 😊
bermula 18.3.2020 segala kawalan ketat, hari ni adalah hari terakhir...
84 hari kita-kita semua berada di dalam tempoh masa PKP yg ketat.
kini, masih PKP, namun di dalam tempoh pemulihan. PKPP.
yang mana :
- hampir kesemua sektor ekonomi telah dibenarkan beroperasi
- rentas negeri
...namun perlulah ikut SOP yg telah digariskan oleh MKN. perlulah masih menjaga diri agar tidak terlebih dan berlebih-lebihan.
bermula esok pagi juga, saya akan mula bekerja di pejabat semula.
meninggalkan anak-anak bertiga yg masih belum mula bersekolah. masih lagi bersekolah dari rumah.
masing-masing dah pun dapat jadual persekolahan yg beroperasi dari rumah.
pemantauan saya akan tetap dilakukan secara ketat, bezanya saya pantau dari pejabat dan mereka di rumah.
takpe.
video call.
in shaa Allah, ia dipermudahkan.
mr.asben memang dah lama bekerja setiap hari, bermula PKPB hari tu.
kini, bumi yg berehat selama 84 hari bakal dikejutkan semula.
manusia kembali aktif bergerak ke sana ke mari.
aktiviti yg direhatkan selama 84 hari, bakal bermula semula dgn pesat.
[ gambar-gambar adalah perkongsian dari SINI ]
sesuatu yg tidak akan kita semua lupakan!
terselit di dalam lipatan sejarah.
2020 yg saya jangka sejak dulu bakal berubah menjadi sgt maju dan lain dari yg lain, rupanya begini ketentuan Allah.
sesungguhnya, ia tidak kita jangka kan. dan ia telah berlaku.
... berakhir, namun kena ingat ye, COVID-19 belum lagi 'balik kampung'.
ia masih lagi berlegar-legar di sekitar kita tanpa kita nampak dan sedar. ia masih ada ye.
sehari demi sehari, kes positif yg disahkan KKM masih wujud ye. walaupun seorang, kenalah kita berhati-hati.
😄😄😄 ramai yg nak melepaskan stress dgn bercuti ke Langkawi nampaknya.
tapi kena la kita-kita melihat ia dgn positif. hanya sekadar tempahan yg mana tarikhnya ntah bila, kan.
bukannya weekend ni or weekend depan kot.
diri saya sendiri, bukan thn ni la utk bawa anak-anak holiday merata.
tahun depan, yes. 2 tempat yg saya memang akan pergi ialah Langkawi dan Cameron Highlands. 2 tempat ni memang seronok dan best, semua org tahu la kan.
lokasi yg saya nak tuju bila rentas negeri dah dibenarkan ni ialah Seremban (emak mertua) dan Bangi (abah & emak). dah pun diatur bila utk adik-beradik berkumpul 👌.
2 lokasi penting ni wajib saya jejak sebelum menjejaki lain-lain lokasi.
orait.
takat tu je update saya pagi ni.
hari ni ada beberapa hal nak diuruskan sebelum esok masuk pejabat.
...bye!
20 Comments
diganti dgn PKPP. maka, bermula kembali kesesakan manusia d mn2. kesesakan jln raya... makin lama makin lupa tntg virus 😱
ReplyDeleteSemua tak sabar balik kampung.
ReplyDeleteSelamat bekerja di pejabat semula.
Moga nikmat ini kita manfaatkan sebaik-baiknya.Terus jaga diri dan berhati-hati di mana pun berada.
ReplyDeleteBesok bolehlah sambut raya sekali lagi.
ReplyDeleteAlhamdulillah...berjaya kita lalui pkp dan pkpb dan semoga kita teruskan sop semasa pkpp ni kan, saya pun takde merancang untuk bercuti lagi,balik kampung tu inshaaAllah walaupun bukan dalam waktu terdekat. saya sejak 1 jun dah mula bekerja penuh. selamat bekerja aida
ReplyDeleteSelamat bekerja semula! Jaga diri selalu...! Amalkan self-hygiene dan jangan lupa penjarakkan sosial. #Staysafe always ya!
ReplyDeleteTak sangka kita boleh bertahan selama 84 hari. Quite good achievement actually 😊. Semoga yg pulang ke kampung & berhari raya dilindungi dari bahaya.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya! 😉
mama pun taknak pergi jenjalan lagi takut.. tapi ingat nak balik kampung je nanti
ReplyDeleteBetul tu Aida.... nak melawat tempat lain kena melawat emak ayah dululah kan baru hati tu senang....wah dah ada plan ye nak kemana...Alahhh rindunya CH, terbayang bayang jemput jemput keledek
ReplyDeletehi info menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
take care, kami pun dah balik kampung last week, melepas rindu pada mak tersayang
ReplyDeletesemoga lepas ni ada berita baik covid dah terhapus sepenuhnya.
ReplyDeleteSemoga rakyat Malysia terus patuh SOP.
ReplyDeleteMemang sesuatu yang tak mungkin Mrs. A lupakan terlalu banyak pengajaran dan hikmah.
Alhamdulillah...tapi mula sesak semula
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah kepada kita semua dapat melalui pkpp dengan baik. Keadaan pun dah kembali sibuk cuma kena amalkan norma baharu. Insha allah kita akan berjaya melaluinya
ReplyDeleteSha pula nak ke Melaka jumpa abang sulong tapi belum ada tarikh yang pasti.. huhuhu
ReplyDeleteseronok bila semua da okay balik tapi kita mesti kena berjaga2 jua.. musuh kali ni musuh tak nampak. semoga semua baik2 saja. take care =)
ReplyDeletestay at home and take care okey sis.
ReplyDeleteHarap PKPB ni berakhir pada tahun ni.
InsyaAllah
Semoga virus covid 19 ni hilang .
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteFasa PKPP pun akan berakhir tak lama lagi. harap kes tak terus menular dan covid-19 segera pupus.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.