assalamualaikum & salam sejahtera 😊

bermula 18.3.2020 segala kawalan ketat, hari ni adalah hari terakhir...
84 hari kita-kita semua berada di dalam tempoh masa PKP yg ketat.
kini, masih PKP, namun di dalam tempoh pemulihan. PKPP.
yang mana :
  1. hampir kesemua sektor ekonomi telah dibenarkan beroperasi
  2. rentas negeri
...namun perlulah ikut SOP yg telah digariskan oleh MKN. perlulah masih menjaga diri agar tidak terlebih dan berlebih-lebihan.

bermula esok pagi juga, saya akan mula bekerja di pejabat semula.
meninggalkan anak-anak bertiga yg masih belum mula bersekolah. masih lagi bersekolah dari rumah.
masing-masing dah pun dapat jadual persekolahan yg beroperasi dari rumah.
pemantauan saya akan tetap dilakukan secara ketat, bezanya saya pantau dari pejabat dan mereka di rumah.

takpe.
video call.
in shaa Allah, ia dipermudahkan.
mr.asben memang dah lama bekerja setiap hari, bermula PKPB hari tu.


kini, bumi yg berehat selama 84 hari bakal dikejutkan semula.
manusia kembali aktif bergerak ke sana ke mari.
aktiviti yg direhatkan selama 84 hari, bakal bermula semula dgn pesat.













[ gambar-gambar adalah perkongsian dari SINI ]

sesuatu yg tidak akan kita semua lupakan!
terselit di dalam lipatan sejarah.
2020 yg saya jangka sejak dulu bakal berubah menjadi sgt maju dan lain dari yg lain, rupanya begini ketentuan Allah.
sesungguhnya, ia tidak kita jangka kan. dan ia telah berlaku.

... berakhir, namun kena ingat ye, COVID-19 belum lagi 'balik kampung'.
ia masih lagi berlegar-legar di sekitar kita tanpa kita nampak dan sedar. ia masih ada ye.
sehari demi sehari, kes positif yg disahkan KKM masih wujud ye. walaupun seorang, kenalah kita berhati-hati.


😄😄😄 ramai yg nak melepaskan stress dgn bercuti ke Langkawi nampaknya.
tapi kena la kita-kita melihat ia dgn positif. hanya sekadar tempahan yg mana tarikhnya ntah bila, kan.
bukannya weekend ni or weekend depan kot.
diri saya sendiri, bukan thn ni la utk bawa anak-anak holiday merata.
tahun depan, yes. 2 tempat yg saya memang akan pergi ialah Langkawi dan Cameron Highlands. 2 tempat ni memang seronok dan best, semua org tahu la kan.

lokasi yg saya nak tuju bila rentas negeri dah dibenarkan ni ialah Seremban (emak mertua) dan Bangi (abah & emak). dah pun diatur bila utk adik-beradik berkumpul 👌.
2 lokasi penting ni wajib saya jejak sebelum menjejaki lain-lain lokasi.

orait.
takat tu je update saya pagi ni.
hari ni ada beberapa hal nak diuruskan sebelum esok masuk pejabat.

...bye!