assalamualaikum & salam sejahtera 😊
kedah. sabah.
kini, selangor pula sedang tenat. PKPB mulai esok in shaa Allah. mujurlah last weekend saya dan anak-anak sempat naik ke Bangi, ziarah abah dan emak. minggu sebelum tu, ziarah mak mertua di Seremban. maka, 1-2 weekend akan datang, sementara penularan covid-19 reda, kami nak rehat-rehat di Melaka aje.
kebetulan, Izzat masih belum begitu pulih dari demam selsema. sepanjang minggu lepas, Izzat dapat MC, maka, terpaksalah di bawa ke ofis. sememangnya saya request MC yang panjang agar Izzat dapat kembali bersekolah dengan sihat walafiat. kawan-kawan pun tidaklah dapat jangkitan demam selsema, kan.
#kitajagakita, kan 😉.
hari pertama, demam panas dan selsema 😢.
sejak awal tahun, inilah kali pertama Izzat demam. aduhai... risaunya hati ni. lebih merisaukan dengan keadaan pandemik covid-19 ni. double triple risau. itu yang saya request dgn doktor agar beri MC yang panjang untuk saya kuarantinkan Izzat dari kawan-kawan di sekolah. saya pantau dia 24 jam. beri ubat tepat pada masa. makan tepat pada masa. tidur yang cukup. rehat yang sewajarnya.
kenapa di pejabat?
pertama, mana kan boleh saya or mr.asben cuti lama. kerja hakiki harus diutamakan. dan kedua, saya tidak berhubung secara langsung dengan org awam. tidaklah melibatkan perkhidmatan dengan pelanggan jabatan. kami-kami sahaja. bilik saya pada hampir semua masa hanya saya seorang saje di dalamnya. maka, dengan izin penyelia (bosses), saya bawa Izzat ke tempat kerja yang selamat untuk dia serta selesa 👍.
anak terjaga. kerja hakiki pun semua selesai. yg penting, anak kita tak la meragam, tu memang tak mesra alam utk kita dok di ofis, better di rumah. kita tak boleh buat kerja. anak pun takkan sihat. suasana ofis pun terganggu! not good 👎.
tikar memang sediada di ofis. utk saya solat dan kekadang 'melurus'kan badan time lunch break. bantal kecil putih dan kuning tu pun da sediada di ofis untuk tambah keselesaan 😃. maka, bawak selimut, bantal kepala dan bantal peluk Izzat. alhamdulillah, selesa.
amboi amboi amboi 😂
hari keempat (Khamis), da takde demam dah 😄.
sama-samalah kita menadah tangan, berdoa memohon Allah angkatkan si jahat covid-19 ni dari muka bumi. agar semua kita sihat dan kembali bebas fizikal dan minda. aminnnn...


14 Comments
Semoga anak akak cepat baik.. sekarang musim hujan sama.. :) stay safe
ReplyDeleteBest ny ofis bkleh bawak anak..
ReplyDeleteget well soon izzat.. kesian dia :(
ReplyDeleteMudah2an izzat dah sembuh.
ReplyDeleteMoga cepat sihat Izzat. Memang risau kalu anak demam dan tak sihat nie :)
ReplyDeleteget well soon
ReplyDeletesekarang batuk atau selesema sedikit pun sangat perlu berhati-hati dan jaga diri.
ReplyDeleteGood to hear from you Aida. Lama nau menyepi :)
ReplyDeleteGet well soon izzat!
Allahu, moga cepat sembuh ya. Kesian dia. Moga dipermudahkan urusan juga. Aminn
ReplyDeleteAlhamdulillah dah sihat semuanya :)
ReplyDeleteStay safe kak dan keluarga. Get well soon juga buat izzat
ReplyDeletemacam dah selesa sgt tu..haha
ReplyDeletesemoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan kak aida sekeluarga :)
OKay tu dapat MC lama dan ada masa lebih untuk Izzat rehat. Alhamdulillah elok dah dia. Dalam situasi sekarang ni bersyukur semua urusan ada pertimbangan yang boleh dibawa bincang. Kalau tidak, susah juga nak memikirnya hal kerja dengan kesihatan anak.
ReplyDeleteget well soon ye izzat.. nasib baik tempat kerja ok untuk bawa anak. kalau tak pening juga kan nak fikir pasal anak
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.