assalamualaikum & salam sejahtera 😊

kedah. sabah.
kini, selangor pula sedang tenat. PKPB mulai esok in shaa Allah. mujurlah last weekend saya dan anak-anak sempat naik ke Bangi, ziarah abah dan emak. minggu sebelum tu, ziarah mak mertua di Seremban. maka, 1-2 weekend akan datang, sementara penularan covid-19 reda, kami nak rehat-rehat di Melaka aje.

kebetulan, Izzat masih belum begitu pulih dari demam selsema. sepanjang minggu lepas, Izzat dapat MC, maka, terpaksalah di bawa ke ofis. sememangnya saya request MC yang panjang agar Izzat dapat kembali bersekolah dengan sihat walafiat. kawan-kawan pun tidaklah dapat jangkitan demam selsema, kan.

#kitajagakita, kan 😉.

Anak Demam | Kuarantin di pejabat
hari pertama, demam panas dan selsema 😢.

sejak awal tahun, inilah kali pertama Izzat demam. aduhai... risaunya hati ni. lebih merisaukan dengan keadaan pandemik covid-19 ni. double triple risau. itu yang saya request dgn doktor agar beri MC yang panjang untuk saya kuarantinkan Izzat dari kawan-kawan di sekolah. saya pantau dia 24 jam. beri ubat tepat pada masa. makan tepat pada masa. tidur yang cukup. rehat yang sewajarnya.

kenapa di pejabat?
pertama, mana kan boleh saya or mr.asben cuti lama. kerja hakiki harus diutamakan. dan kedua, saya tidak berhubung secara langsung dengan org awam. tidaklah melibatkan perkhidmatan dengan pelanggan jabatan. kami-kami sahaja. bilik saya pada hampir semua masa hanya saya seorang saje di dalamnya. maka, dengan izin penyelia (bosses), saya bawa Izzat ke tempat kerja yang selamat untuk dia serta selesa 👍.

anak terjaga. kerja hakiki pun semua selesai. yg penting, anak kita tak la meragam, tu memang tak mesra alam utk kita dok di ofis, better di rumah. kita tak boleh buat kerja. anak pun takkan sihat. suasana ofis pun terganggu! not good 👎.

tikar memang sediada di ofis. utk saya solat dan kekadang 'melurus'kan badan time lunch break. bantal kecil putih dan kuning tu pun da sediada di ofis untuk tambah keselesaan 😃. maka, bawak selimut, bantal kepala dan bantal peluk Izzat. alhamdulillah, selesa.

Anak Demam | Kuarantin di pejabat
hari ketiga, dah sihat.
namun di petang hari, saya paksa dia untuk tidur. rehat!

Anak Demam | Kuarantin di pejabat
amboi amboi amboi 😂

Anak Demam | Kuarantin di pejabat
hari keempat (Khamis), da takde demam dah 😄.

dalam pada kita melawan covid-19, kena juga jaga kesihatan dari penyakit lain-lain. doktor ada maklumkan, bila demam kena cepat-cepat ke klinik terutama kanak-kanak. ditakuti demam denggi! sekarang pun denggi sememangnya trending, tapi ditutupi oleh numbers positif covid-19. jgn dilupa yg demam denggi juga membawa maut!

sama-samalah kita menadah tangan, berdoa memohon Allah angkatkan si jahat covid-19 ni dari muka bumi. agar semua kita sihat dan kembali bebas fizikal dan minda. aminnnn...