assalamualaikum & salam sejahtera 😊
hari Ahad nan indah. banyak plan weekend ni berjalan dgn sempurna, semua berkaitan dgn rumah. kebetulan awning tepi rumah baru saje siap Rabu lepas. then pokok-pokok da lama tak dibelai, dikembur-kembur tanahnya dan dibuang rumput liar. susunatur laman da plan semula 😏. replant bayam brazil 3 pasu. kini, bersiaran dari Seremban, rumah mak mertua 😉.
nak berkongsi salah satu resipi yang sempat saya cuba waktu PKP ari tu. tak berpeluang nak coretkan di blog ni. kebetulan nak clearkan image di gallery phone, baru teringat. ada la cerita baru di blog ni hari ni. cerita kisah dapur la, masak-memasak.
versi kukus dan menggunakan kulit dumpling.
versi digoreng rangup menggunakan kulit wantan.
banyak masa terluang.
negera dilanda pandemik covid-19 masa tu. seluruh negara diperintahkan duduk rumah dan bekerja dari rumah. maka, semua ibu-ibu sedunia ambil peluang utk asah skill masak-memasak. apa-apa yang sebelumnya hanya impian, waktu PKP tu la semua keluarkan resipi terpendam. oleh kerana byk masa, saya memang beli 2 jenis kulit - kulit dumpling dan kulit wantan. ternyata guna kulit wantan lebih ok dari kulit dumpling. mudah. cepat. kemas.
resepi inti wantan / dumpling ayam saya sama.
saya ni sejenis yang nak mudah. satu inti boleh dipelbagaikan.tak rugi bahan, kan 😅. kebanyakan resipi menggunakan udang. 😒 memandangkan saya dan mr.asben tak boleh makan udang, saya gantikan dengan isi ketam. rata-rata resipi inti ni sama aje. semua bahan gaul-gaulkan aje.
- ayam cincang - 200g
- isi ketam - 1 paket kecil (hiris halus)
- bawang putih - 2-3 ulas (tumbuk halus)
- carrot - 1/2 batang (potong dadu)
- daun bawang - hiris halus
- tepung jagung - 2 sudu besar
- sos tiram - 1 sudu besar
- 1 kiub ayam
- minyak bijan - renjis-renjis aje skit
gaul rata-rata.
aroma minyak bijan tu nyaman sekali 😍.
cuba buat pattern siput ni, follow YouTube.
menjadi pula. gunakan air je sebagai pelekat.
goreng dengan minyak yg panas. hasilnya ohsem 👍.
inti dah siap. lepak la depan tv menyimpul wantan goreng tu. lama membuatnya tapi tak perasan masa berlalu begitu saje. santai-santai depan tv kan... goreng sedikit, selebihnya masukkan dlm tupperware, simpan dalam peti ais. kemudian bila nak makan, goreng lagi panas-panas. baru best cicah dengan sos thai.
then, buat sup kosong, jadikan sup wantan 😍.
sedang menaip kisah wantan / dumpling ayam ni, terliur plak hi hi hi hi... bahan-bahan mudah aje tu. best jugak kalau repeat weekend akan datang nanti 👌. ada juga save resipi sup wantan, nanti boleh tiruvasi 😀. pasti syok.
sudi la kongsi di kotak komen, kalau-kalau la ada tips utk tambah sedap makan wantan / dumpling ni. apa yg saya kongsi di sini, cara biasa yang agak standard perkongsian netizen di pelbagai grup masakan. ni pun da sedap, intinya cukup rasa. makan 3-4 biji pun dah kenyang, alhamdulillah 😌.
22 Comments
Sedapnya.Kalau tak silap PC baru makan sekali wantan ni.Boleh cuba buat ni.
ReplyDeletesaya peminat wantan juga tapi kurang rajin nak membuat jadi membeli di kedai Cina Muslim..hehe
ReplyDelete1st time buat ni. teringin! :)
Deletesuka-suka. kat melaka kurang kedai makan cina muslim.
ada tu ada. tapi prefer kedai di Bangi. dah biasa makan di sana.
favorite sangat. Nak buat tu yng tak rajin. Haha
ReplyDeleteSedapnya lahai....nanti boleh try buat juga ni, boleh buat banyak-banyak lepas tu simpan dalam freezer 😋
ReplyDeletebetul tu.
Deleteaida pun ari tu buat byk.
sekali makan takkan abis!
frozen kan.
2-3 round la dpt makan.
sedapnya wat sndiri..suka tp mkn kt restoran je
ReplyDeletesuka makan wantan tu sbb raput! thank you sharing resepi :) nak cuba nanti
ReplyDeleteyes betul.
Deletekrup krap krup krap.
nice!
dapnye. leh try ni. tq for sharing the recipe...
ReplyDeleteadudududu sedapnya!!
ReplyDeletewow rajinnya aida buat wantan. mama beli yg frozen aje. boleh la cuba nanti
ReplyDeleteni sebab terlebih masa time pkp :)
Deletepepaham jer la kan. 1st time ever cuti begitu lama.
tak boleh keluar rumah plak tu.
itu yg buat ni :) hi hi hi hi...
Uihhhhh sodapnya kak oi... rajin akak
ReplyDeleteAkak jgn lupa bg alamat kat dana ye
norhidana@gmail.com
dahlah sedap, mudah lak tu.. memang best
ReplyDeletetu la.
Deletetak cuba tak tau yg senang aje rupanya, sha.
tapi tu la. senang senang tu, kerajinan plak jarang jarang sampai :) ha ha ha ha...
Masy kito.jd rajin sojak pkp alhamdulillah
ReplyDeleteTrus istiqomah sisters
Wah rajinnya kak aida buat!! Sedap wantan dan dumpling ni.. nampak mudah nak buat.. menarik juga!!
ReplyDeletenampak sedap dumpling ni, versi kukus.. boleh cuba buat nanti... selalu buat mesti berkuah atau sup letak kuah kicap sedap!
ReplyDeleteSedapnya. suka makan dumpling. tapi tak rajin nak buat sendiri. Tapi kalau rajin memang menjadi. Buat sendiri lagi puas hati boleh letak inti banyak dan sedap sedap.
ReplyDeleteBab kerajinan tu memang jenuh nak panggil.. hehehe..
ReplyDeleteTeringinnya nak buat tapi penyakit malas tu lagi banyak. Apo la.. Nak try la nanti. Nampak macam mudah je..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.