assalamualaikum & salam sejahtera 😊

hari Ahad nan indah. banyak plan weekend ni berjalan dgn sempurna, semua berkaitan dgn rumah. kebetulan awning tepi rumah baru saje siap Rabu lepas. then pokok-pokok da lama tak dibelai, dikembur-kembur tanahnya dan dibuang rumput liar. susunatur laman da plan semula 😏. replant bayam brazil 3 pasu. kini, bersiaran dari Seremban, rumah mak mertua 😉. 

nak berkongsi salah satu resipi yang sempat saya cuba waktu PKP ari tu. tak berpeluang nak coretkan di blog ni. kebetulan nak clearkan image di gallery phone, baru teringat. ada la cerita baru di blog ni hari ni. cerita kisah dapur la, masak-memasak.

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai
versi kukus dan menggunakan kulit dumpling.

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai
versi digoreng rangup menggunakan kulit wantan.

banyak masa terluang. 
negera dilanda pandemik covid-19 masa tu. seluruh negara diperintahkan duduk rumah dan bekerja dari rumah. maka, semua ibu-ibu sedunia ambil peluang utk asah skill masak-memasak. apa-apa yang sebelumnya hanya impian, waktu PKP tu la semua keluarkan resipi terpendam. oleh kerana byk masa, saya memang beli 2 jenis kulit - kulit dumpling dan kulit wantan. ternyata guna kulit wantan lebih ok dari kulit dumpling. mudah. cepat. kemas.

resepi inti wantan / dumpling ayam saya sama. 
saya ni sejenis yang nak mudah. satu inti boleh dipelbagaikan.tak rugi bahan, kan 😅. kebanyakan resipi menggunakan udang. 😒 memandangkan saya dan mr.asben tak boleh makan udang, saya gantikan dengan isi ketam. rata-rata resipi inti ni sama aje. semua bahan gaul-gaulkan aje.
  1. ayam cincang - 200g
  2. isi ketam - 1 paket kecil (hiris halus)
  3. bawang putih - 2-3 ulas (tumbuk halus)
  4. carrot - 1/2 batang (potong dadu)
  5. daun bawang - hiris halus
  6. tepung jagung - 2 sudu besar
  7. sos tiram - 1 sudu besar
  8. 1 kiub ayam
  9. minyak bijan - renjis-renjis aje skit
Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai
gaul rata-rata.
aroma minyak bijan tu nyaman sekali 😍.

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai
cuba buat pattern siput ni, follow YouTube.
menjadi pula. gunakan air je sebagai pelekat.
goreng dengan minyak yg panas. hasilnya ohsem 👍.

inti dah siap. lepak la depan tv menyimpul wantan goreng tu. lama membuatnya tapi tak perasan masa berlalu begitu saje. santai-santai depan tv kan... goreng sedikit, selebihnya masukkan dlm tupperware, simpan dalam peti ais. kemudian bila nak makan, goreng lagi panas-panas. baru best cicah dengan sos thai.

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai

kebetulan, few days sebelum PKP mac yg lepas, saya baru je beli pengukus Trio yg ohsem. apa lagi, memang bergasak la test mengukus pelbagai makanan. salah satunya ialah dumpling ayam tu. kukus selama 7-10 minit, siap. boleh dimakan begitu saje.

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai
then, buat sup kosong, jadikan sup wantan 😍.

sedang menaip kisah wantan / dumpling ayam ni, terliur plak hi hi hi hi... bahan-bahan mudah aje tu. best jugak kalau repeat weekend akan datang nanti 👌. ada juga save resipi sup wantan, nanti boleh tiruvasi 😀. pasti syok.

sudi la kongsi di kotak komen, kalau-kalau la ada tips utk tambah sedap makan wantan / dumpling ni. apa yg saya kongsi di sini, cara biasa yang agak standard perkongsian netizen di pelbagai grup masakan. ni pun da sedap, intinya cukup rasa. makan 3-4 biji pun dah kenyang, alhamdulillah 😌.