assalamualaikum & salam sejahtera...
rindunya nak balik kampung 💗.
bila orang tua kita uzur, memang wajib dok dgn anak-anak.
dah kerap kongsi cerita di blog ni, rumah abah emak saya dekat dengan pantai, nun area Pengkalan Balak sana tu. rumah mak-mak sedara sebelah abah memang tepi pantai je. tapi rumah abah emak kosong, diorang memang da tetap dok dengan kakak di Bangi. sebulan sekali, dulu la, abah emak balik la kampung, tgk rumah.
cuma sekarang, da semakin jarang abah emak balik rumah kampung. dgn PKPnya. adik lelaki bongsu pun da masuk belajar semula, takde siapa yg boleh jadi driver abah emak. yang lain semua bekerja, sukar la abah emak nak balik kampung lama-lama. ni ntah bila la rumah abah emak kembali meriah... rinduuuuunya! anak-anak la paling gembira kalau kita inform diorang, "jom balik rumah Atok Uwan". diorang tertunggu-tunggu bila saatnya balik rumah Atok Uwan.
holiday sepetang di tepi laut 😊.
so kalau kami adik-beradik balik rumah abah emak ramai-ramai, mesti plan satu slot untuk lepak tepi laut. terutama Izzat dan Ain, anak saudara saya. kakak-kakak tak la excited nak mandi laut, diorang just suka lepak borak-borak tepi pantai, usik-usik pasir dan sesekali celup kaki hingga ke lutut kat ombak yang hempas pantai...
kak Nurin dengan tikarnya 😄
Izzat, Ain dan Amrina je la yang lencun habis mandi laut!
bukan setakat bergelumang lencun dgn air laut, habis berguling disaluti pasir!
Izzat sungguh gembira la dpt berguling atas pasir dengan bebas 😆
kini, Bangi sedang PKPB. kami tak boleh naik sana, diorang pun tak boleh nak balik kampung. lama la kosong rumah abah emak tu. moga cepatlah reda penularan covid-19 ni. dapat diorang balik kampung and kami gegak-gempitakan rumah abah emak sekali lagi.
kalau anak-anak di tepi pantai, main pasir main ombak... kami mak-mak di bahagian atas skit la. takde plak gambar nak dikongsikan. lepak kat bawah pokok, dok atas tikar. order la dari kedai berdekatan kepok lekor goreng, pisang goreng, coconut shake, teh tarik dan lain-lain 😄. memang amat terkenal pantai Pengkalan Balak ni, tak pernah tak ramai. terutama musim cuti sekolah. kedai makan pun banyak sepanjang jalan, sediakan je duit utk membayar. mcm-mcm makanan ada dijual 😋.
mesti berborak la kami mak-mak hal-hal berkaitan sambil tgk-tgk kan anak-anak. releks kan minda tgk laut nan luas. kadang-kadang berangin sepoi-sepoi bahasa, best la. ada time nya, langsung takde angin yg bertiup, panas la jugak! hinggalah saat matahari hampir terbenam di hujung nun sana. barulah masing-masing turun ke pantai dan kerah anak-anak naik ke darat.
rindu!
boleh aje kami balik kampung sekeluarga berlima. namun, jejak sana nanti terus rasa rinduuuuu dgn abah emak dan famili yang lain hu hu hu hu hu 😞.
bertabahlah...
23 Comments
PC pun rindu nak balik kampung. Rindu nak pusing-pusing kampung naik motor petang-petang.
ReplyDeletelepak pantai mmg best, angin dan bunyi ombak tenang jer rasa
ReplyDeleteseronok kampung dkt ngan pantai
ReplyDeletebest juga sekali sekala bawa family pergi berkelah main tepi pantai :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteseronoklah dalam bersantai-santai tepi pantai mcam ni, Sy rindukan suasana macam nih... bila PKPB nak berakhir dan covid ni nak hilang dimuka bumi... tak sabar nak main air laut
ReplyDeleteHai orang Kampung Senegeri Melaka. Hehehe sungguhkan bila balik kampung juga tempat yang best dan tenang.
ReplyDeleteSeronok dapat ambil angin pantai. Suka sangat. Apa keadaan pon, mak ayah adlaah yg utama kita fokuskan.
Rawlins lagi sedih dan rindu tak dapat nak balik Sarawak nie. Cepat la selesai masalah pandemik nie. Rindu nak makan dengan semua ahli keluarga.
ReplyDeleteMoga dipermudahkan semua urusan kita
Oh you made me miss the beach so much now. I wish CMCO lifted soon so we can all travel again
ReplyDeleteSeronoknya dapat balik kampung main kat pantai. Sisyat jauh dari pantai. Kalo nak rasa mandi pantai, selalu g belah2 cherating sana.
ReplyDeleteMoga cepat la hilang covid dr dunia ni..
Rasanya saya dah dekat setahun tak pegi pantai. Ni semua salah covid 😆
ReplyDeletesejak pkp.. sy pun lama dah tak balik kampung di sarawak sudah hampir setahun.. maklumlah sabah tengah merah semua tempat.. nak keluar masuk pasti kena kuarantin.. harap pandemik ni segera berakhir dan kita boleh menjalani kehidupan seperti sediakala...
ReplyDeleteKak nina takde kampung. Jelesnya orang ada kampung. Best lagi ada pantai. Suka pi pantai, laht, sungai. Rasa tenang, damai jer.. Habis PKPB nanti nak bercuti ke pantai, bawak anak-anak nikmati udara laut.
ReplyDeleteI pun nak balik kampung, dah rindu sangat mak ayah kat kampung tak tau lah dia orang macam mana.
ReplyDeleteI miss my home town too.. miss the vitamin sea so much and hoping for cmco to be lifted soon
ReplyDeleteBestnya lahaii kampung ada pantai dan laut.. kalau sis memang ke kampung aje laa, tenang ajee.. kat bandar ni, nak cari pantai kenalah staycation bercuti sekali hahahahaa
ReplyDeleteStay safe korang yang tengah pkpb. Sedih juga kan tak dapat balik kampung. Feel you. Semoga dilindungi semua daripada wabak ni
ReplyDeleteBestnye kampung ada pantai. Rindu jugak nak balik kampung. Tahun ni baru dapat balik sekali je. Suami frontliner tak boleh keluar daerah. Hmm.
ReplyDeleteBestnya tengok piknik tepi laut...Marsha pun suka laut. Dah pkpb balik ni kat perak. Harap semua ok lepas ni
ReplyDeleteSeronok betul dapat lepak lepak tepi pantai. Haih. bila la gamaknya ni dapat keluar jenjalan mcm biasa. duduk rumah je huu tapi sebab keadaan pun tak mengizinkan. takpe la next time je huu
ReplyDeletesaya pun dah lama x main pantai.. sekarang kalau di pantai timur dah mula tengkujuh. dengan masalah covid lagi kan. xselesa nak jalan2
ReplyDeleteRindu nak balik kampung juga. Dapat berapa kali je balik kampung sebelum ni. Kita sabar ye kak. semoga cepatlah semua ni berakhir.
ReplyDeletePart berguling dekat pasir tu memang best.. Bukan untuk anak je, mak pun boleh release tension.. hehehe..
ReplyDeleteBila dalam PKPB ini tak boleh rentas daerah, memang merindu dari jauh jelah..
Shida pun lama sgt xbalik kg belah suami..tgk posting ni tetba rindu mertua!
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.