assalamualaikum & salam sejahtera 😃
petang-petang Jumaat ni, bekerja dari rumah = work from home (WFH) plak tu, aduhai mata ni mengantuk naw naw naw 😞😞😞. ikutkan hati, nak aje 😴 hu hu hu...
tapi tu la. rugi plak rasanya kalau tido. anak-anak ada ni hah sama-sama depan tv. on YouTube and layan telefilem-telefilem melayu lama-lama. al-maklumlah, jarang sgt hari-hari biasa dpt nonton tv tgk drama. hmmm sesama la kami petang Jumaat ni nonton semua telefilem. throwback gitew...
marilah update blog.
nak kongsi pasal Baker's Cottage ni. al-kisahnya, Jumaat 2 lepas sempat singgah ke Baker's Cottage, Taman Duyong Bestari yang baru je dibuka. kebetulan, on the way nak amik kak Nurin dari sekolah, memang lalu je are Duyong tu. rezeki anak-anak, ada plak offer Kombo Hebat ni.
ayam panggang sekor. nasi ayam 2 pek.
tat telur 4 ketul. paf (inti kaya, ayam & sardin).
coca cola 1 botol besar.
semua ni RM29.90.
jimat lah dlm RM4-RM6. alhamdulillah...
tat telur Portugis yang sedap 👍.
sempatlah snap menu ni kat meja kaunter.
ok sgt la kan - kek 2 potong RM9.90.
besar juga potongan keknya 😍.
alhamdulillah. saya da jatuh cinta dengan ayam panggang Baker's Cottage ni. harga yang murah. kalau beli dia aje, hanya RM11.90. ok la kan. tempat lain, ayam panggang gini dah berharga RM20+ 😣. baik perisa bbq ni, atau blackpepper, dedua sedap. ayam panggangnya tak kering. esok lusa pun plan nak beli sekor.
best la sebab kalau bekerja saya akan ke Baker's Cottage Duyong. tapi, bila WFH ni, dok rumah, tak boleh la ke Duyong yg jauh tu. kena la gi ke Baker's Cottage Alor Gajah. tak la kempunan nak makan ayam panggang sedap ni 😍.
lokasi di Taman Duyong Bestari, Duyong.
ni plak lokasi kat Alor Gajah 👌.
benda baik, memang le wajib kongsi 👍 😌.
esok Sabtu, then Ahad. anak-anak bebas dari task sekolah online. saya dan mr.asben bebas dari kerja pejabat. yeszaaaaa... bebas! 😄
selamat berhujung minggu utk semua. stay home! jgn plak plan nak berjalan ke sana ke mari. si covid-19 tu ada di mana-mana tau. bahaya!

26 Comments
Hari itu ada pergi Baker's Cottage area MITC tidak nampak pula ayam panggang.
ReplyDeleteOk nanti hendak jenguk sekali lagi.
murah gila lah kak rm29 dapat semua tu, lengkap siap pencuci mulut dan air lagi
ReplyDeleteYa Allah murahnya. Nampak sedap plak tu
ReplyDeleteselamat berhujung minggu!
ReplyDeletedah lama tak pergi bakers cottage.. so far ekin suka kek and tart telur dia.. sumpahhhh sedap sangatttt kan.... nyummyyy...
ReplyDeleteomg that tart!!! so tempting huhuhu
ReplyDeleteomg terliur terus tgok ayam :(
ReplyDeleteNampak menggoda sangat ayam panggang tu. Harga pakej pun sangat berbaloi.
ReplyDeleteSedapnya tart tu..
ReplyDeletesedapnyaaa lahai aniez :)
ReplyDeleteMemang suka beli ayam bakers cottage! Lepas ni boleh try set combo tu pulak jee tq for sharing
ReplyDeletememang murah ni aida, dengan rm29.90 dapat sekor ayam, air, nasi dan pencuci mulut. nasib baik ada cawangan dekat dengan rumah ni, wajib terjah!!
ReplyDeleteAyam Baker's Cottage ni boleh tahan sedap. Selalu juga dorang buat sale promo kan. cheese tart dia pun sedap.
ReplyDeleteserius ayam seketul ala carte rm11 je? murah kot. Saya plak memang suka ayam bakar ni. Bestnyaaa
ReplyDeleteEh! patut macam familiar je nama bakers cottage ni. dekat duyong rupanya. hahah. situ nama dia duyong bestari eh? hahaha! cx tau dia duyong baru sebelah family store je. haha. sis stay duyong ke? dekatlah kita. boleh jumpa. selalu ke fs tu. hehe. nanti nak try la ke bakers cottage tu. selalu tengok usha jauh je tapi tak pernah masuk lagi.
ReplyDeleteMy area also have Baker cottage but I have try their grill chicken. Is a fast selling at my area. Will try these weekend. Price is reasonable.
ReplyDeleteOK sangat harga tu. Amat berpatutan👍
ReplyDeleteKalau dekat kita pun nak order gini jer, terliur tengok egg Portuguese tart tu. Favorite kita!
Murahnya! Biar betul boleh dapat semua tu dgn harga rm29.9 je? Siap dgn dessert dan air lagi. Tat telur tu mmg nmpk sedap.
ReplyDeleteaduh !! wrong time terok tertengok entri ni.. hahahaha~ btw !! ayam dia memang win.. murah dan sedap.. apa lah agaknya resepi dorang kan..
ReplyDeleteWahhh nampak my favorite tart tue.. Next time ke sana boleh try this bah... Nak usha tengok kat area Kitkat ada tak Baker's Cottage ni...
ReplyDeleteAlamak ni yang terliur ni, sebab kat Johor takde huhuhu... nampak mengiurkan sekor ayam tu laaa..adeiii..
ReplyDeleteayam tu dah biasa beli. tat portugis memang forever favourite lah. sedappp sangat
ReplyDeleteBaker's Cottage ni egg tart dia marveles betoi..
ReplyDeletex cukup makan 1.. kadang2 beli gak ayam panggang dia..
Murah dan berbaloi. Ayu mmg dah beli banyak kali sbb rasanya pun not bad
ReplyDeleteWow best sangat kombo ini, boleh order satu set and buat picnic lagi senang tak payah masak.
ReplyDeleteMmg berbaloi. Za suka beli roast chicken dia selain ayamas. Portugese egg tart dia pun sedap juga
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.