assalamualaikum & salam sejahtera 😃

petang-petang Jumaat ni, bekerja dari rumah = work from home (WFH) plak tu, aduhai mata ni mengantuk naw naw naw 😞😞😞. ikutkan hati, nak aje 😴 hu hu hu...

tapi tu la. rugi plak rasanya kalau tido. anak-anak ada ni hah sama-sama depan tv. on YouTube and layan telefilem-telefilem melayu lama-lama. al-maklumlah, jarang sgt hari-hari biasa dpt nonton tv tgk drama. hmmm sesama la kami petang Jumaat ni nonton semua telefilem. throwback gitew...

marilah update blog.

Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90
ayam panggang Baker's Cottage perisa bbq.
sedap 👍.

nak kongsi pasal Baker's Cottage ni. al-kisahnya, Jumaat 2 lepas sempat singgah ke Baker's Cottage, Taman Duyong Bestari yang baru je dibuka. kebetulan, on the way nak amik kak Nurin dari sekolah, memang lalu je are Duyong tu. rezeki anak-anak, ada plak offer Kombo Hebat ni. 

Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90
ayam panggang sekor. nasi ayam 2 pek.
tat telur 4 ketul. paf (inti kaya, ayam & sardin).
coca cola 1 botol besar.

Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90
semua ni RM29.90.
jimat lah dlm RM4-RM6. alhamdulillah...

Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90
tat telur Portugis yang sedap 👍.

Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90
sempatlah snap menu ni kat meja kaunter.
ok sgt la kan - kek 2 potong RM9.90.
besar juga potongan keknya 😍.

alhamdulillah. saya da jatuh cinta dengan ayam panggang Baker's Cottage ni. harga yang murah. kalau beli dia aje, hanya RM11.90. ok la kan. tempat lain, ayam panggang gini dah berharga RM20+ 😣. baik perisa bbq ni, atau blackpepper, dedua sedap. ayam panggangnya tak kering. esok lusa pun plan nak beli sekor.

best la sebab kalau bekerja saya akan ke Baker's Cottage Duyong. tapi, bila WFH ni, dok rumah, tak boleh la ke Duyong yg jauh tu. kena la gi ke Baker's Cottage Alor Gajah. tak la kempunan nak makan ayam panggang sedap ni 😍.
Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90
lokasi di Taman Duyong Bestari, Duyong.

Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90
ni plak lokasi kat Alor Gajah 👌.

benda baik, memang le wajib kongsi 👍  😌.

esok Sabtu, then Ahad. anak-anak bebas dari task sekolah online. saya dan mr.asben bebas dari kerja pejabat. yeszaaaaa... bebas! 😄

selamat berhujung minggu utk semua. stay home! jgn plak plan nak berjalan ke sana ke mari. si covid-19 tu ada di mana-mana tau. bahaya!