assalamualaikum & salam sejahtera 😃

hujan yang amat lebat pagi ni di Melaka. driving ke sekolah anak-anak, suasana sungguh gelap berbanding hari-hari lain. kilat dan guruh silih berganti. Izzat mengulang surah Al-Fatihah 3-4 kali bila  dia terkejut time kilat dan guruh berdentum di langit 😆. aduhai anak soleh hi hi hi...

26.10.2020 ari tu, saya MC. hu hu hu bacaan tekanan darah amatlah tak bagus. doktor pun terkejut sebab rekod saya sebelum ni kat klinik tu amat bagus. doktor terkejut, saya jadi speechless.

saya : saya ni kena makan ubat darah tinggi ke?
doktor : hmmmm... (dia tgk komputer)... tak payah ni. tgk umur, muda lagi ni (😀😀😀 muda la sgt!). berat badan pun ok. puan kerja mana ye, stress ke?
saya : dekat sini je, kastam. takde stress pun. ok ok je. cuma sekarang saya uzur, so badan memang sakit-sakit.
doktor : oh mungkin sebab tu la kot...

dipendekkan cerita, doktor kasi saya ponstan je agar lega sakit kepala. siap berpesan, jaga makan, amik vitamin yang sesuai dan byk kan bersenam. disuruhnya saya beli mesin ukur tekanan darah tu agar boleh pantau tekanan darah sendiri di rumah, lebih baik katanya.

itu la hari ni nak kongsi tentang barang yg saya baru beli last week. a set of makanan sunnah dari Olive House iaitu minyak zaitun (olive oil), cuka tin, pati delima dan jus delima. saya tak menjual ye. saya tukang beli aje. ni saya nak kongsi pengalaman after 4 days consume dari segi rasa. efek nyer definitely la lom nampak kan, baru 4 hari. and nak citer la kenapa saya pilih 4 produk ni berbanding byk produk makanan kesihatan yang lain. moga beri manfaat la kat semua yg membaca.

Makanan Sunnah Dari Olive House | Terbaik untuk diamalkan agar kekal sihat, cantik dan gembira selalu

Makanan Sunnah Dari Olive House | Terbaik untuk diamalkan agar kekal sihat, cantik dan gembira selalu
makanan untuk kesihatan yang baru landing di rumah saya Isnin lepas.

reward diri sempena birthday diri sendiri.
beli dari kawan sama-sama belajar di UIA dulu kala. bergerak aktif sebagai ejen Olive House sejak 2 - 3 tahun lepas. so, memang sgt familiar dgn produk Olive House ni. cuma, now baru tergerak hati nak mengamalkannya. ini berpunca dari badan yang semakin menunjukkan ke arah tak sihat. cepat letih. cepat mengantuk. lutut da longgar 😓. sendiri seram sebab takut penyakit kronik singgah! doktor pulak memang nasihat utk mula makan vitamin, kan...

maka, sempena birthday sabtu lepas, teruslah reward diri sendiri dgn set dari Olive House ni 👍. keempat-empat produk ni bernilai RM280+. tapi bukan la amalkan sorang diri semua ni hi hi hi hi... makan dan amalkan bersama mr.asben dan anak-anak. in shaa Allah.

Makanan Sunnah Dari Olive House | Terbaik untuk diamalkan agar kekal sihat, cantik dan gembira selalu
Olivie Plus extra virgin olive oil - RM119.90

aduhai 😖 terus-terang saya inform, first time saya makan sesudu besar, sampai aje olive oil tu atas lidah, terus riak muka saya berubah! dah la masa tu kak Nurin ada bersama saya. dia gelakkan saya kaw kaw punyer! 😕 anak bertuah betul lah kan... rasanya memang tak sedap! rasa mcm saya nak termuntah. baunya pun tak menyelerakan. ni comment ikhlas dari hati ye 😆, siapa yang menjual ni, jgn la marah saya.

tapi tu la, dek kerana khasiat olive oil ni yang semua orang tahu kan, hmmmm dah masuk hari ke-4 saya makan sesudu pagi dan sesudu malam, sebelum tidur. pejam mata. baca bismillah. tarik nafas and terus ngap! pastu diam-diam je sekejap 😖.

faedah amalkan makan olive oil.
olive oil ni adalah sejenis lemak sihat dengan kehadiran antioksidan yang membantu melindungi kita daripada oksidasi / penyakit dan membantu menghalang penyakit dari terus jadik teruk :
  1. meningkatkan kolestrol baik (HDL) dan menurunkan kolestrol jahat (LDL)
  2. menurunkan gula dalam darah
  3. membantu menstabilkan sistem hormon - senggugut, keputihan dan period yang tidak teratur
  4. melembap dan melembutkan kulit and awet muda
  5. membantu masalah kulit - ekzema dan gatal-gatal
  6. melancarkan tekanan darah
  7. melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan
  8. meningkatkan fungsi otak
  9. menjaga kesihatan jantung
  10. memberi tenaga dan rasa kenyang yang panjang
  11. mengatasi gastrik
semua tu la yang buatkan saya nak start amalkan makan olive oil ni setia hari. rasa yang tak sedap tu, kita pejam mata je la kan. ubat jarang yang nak rasa sedap 😆.

Makanan Sunnah Dari Olive House | Terbaik untuk diamalkan agar kekal sihat, cantik dan gembira selalu
Sari Cuka Teen (Fig Vinegar) - RM44.90

cuka teen ni sebenarnya, kawan saya yang recommend. time tu la baru saya google for more informations. harga pun tak mahal. teruslah decide utk beli. byk faedahnya and lain dari olive oil. menarik. kebetulan, antara azam sempena birthday ke 42 ialah nak eat clean dan bersenam serba-sedikit setiap hari. bila kawan kata ni baik utk detox, hmmmm onz aje la sebotol 😊.

antara faedah cuka teen ni yang saya rasa ada kena-mengena dengan saya :
  1. membuang darah kotor dan melancarkan pengaliran darah
  2. melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid)
  3. elokkan proses pencernaan makanan dalam perut
  4. melancarkan pergerakan usus
  5. merawat masalah kerongkok, kahak dan batuk yang berpanjangan
  6. memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
  7. mengimbangi tahap asid-alkali dalam badan dan mengeluarkan lebihan garam
  8. membakar kalori dengan cepat
  9. membuang toksin
  10. merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata dan telinga
bab bakar kalori dengan cepat tu paling saya suka 😀. nak bersenam pun takde time. jom la amalkan makan cuka tin 2 kali sehari. saya akan makan 1 sudu besar cuka tin dan air sejuk 200ml. campurkan juga dengan 1 sudu besar pati delima. pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. 👍 best! kecuali bila weekend, saya akan minum selepas makan tengahari. kasik up bacaan kalori yang dibakar hi hi hi hi... in shaa Allah.

rasa cuka teen ni masak dan sedikit pedas. tapi sedap! saya suka rasanya tu. cuka kan, jgn la expect kesedapan yang melampau 😀.

Makanan Sunnah Dari Olive House | Terbaik untuk diamalkan agar kekal sihat, cantik dan gembira selalu
Pati Delima RM52.90

pati delima ni merupakan jus delima yang direbus menjadi pekat, 100% organik tanpa sebarang perasa, gula dan warna tambahan. proses rebusan ni la yang menjadikan jus delima tu pekat dan jadi pati delima. dikatakan antioksidanya da berkurang berbanding dengan jus delima.

kenapa saya nak cuba pati delima ni? sehari 2 kali saya minum bersama dengan cuka teen. ia boleh merawat sengal-sengal badan, sakit pinggan dan lutut. serta lain-lain yang berkaitan la. yes. ni la yg saya perlukan sekarang. badan memang kurang sihat dari dulu kala (time muda-muda belia dulu kan). especially tang pinggang dan lutut, very bad! 😔

Makanan Sunnah Dari Olive House | Terbaik untuk diamalkan agar kekal sihat, cantik dan gembira selalu
Jus Delima - RM69.90

khasiat jus delima ni tak perlu kot saya share in details. semua dah tau la buah delima ni memang baik diamalkan seharian. buah delima ni byk zat dan ada yg kata ia lebih baik dari anggur merah. sedang molek la kita amalkan. serasa saya, bukan Olive House je ada jual jus atau pati delima, terdapat beberapa brand lain. yang penting, bahannya, bukan brand nyer kan. then ditambah dengan halal yang diperakui JAKIM. boleh la kita amalkan. jus delima ni sedap la. takde komen negatif dari saya. saya suka.

kalau korang nak maklumat lebih detail, boleh klik ke laman web Olive House di SINI dan di SINI. terbaik. situ juga la saya baca dan baca dan baca utk ilmu diri sendiri.

jgn kompromi dengan kesihatan.
sebulan belanja RM300 untuk kesihatan, apa la salahnya, kan. sekali makan kat Pizza Hut pun cecah RM100. inikan pula makanan utk kita sihat, bertenaga dan kulit cantik, in shaa Allah. tak kisahlah produk apa, brand apa, pada saya, da tiba masa kita peruntukan sejumlah duit utk ni. ada orang sesuai telan pil, ada orang sesuai minum cecair, terpulang. ikut kehendak badan. moga apa yang kita makan tu, sesuai dgn kita. in shaa Allah.

pantang dari minum air manis.
saya ni, dari Isnin, kurang sgt dah minum air manis, terutama nescafe kegemaran langsung tak minum. sekotak cafe latte Farm Fresh, then time meeting adalah minum setengah cawan teh o. 😊😊😊alhamdulillah. first time berjaya selama ini tau. makan pun saya da mula kurangkan, terutama malam. makan tu makan, cuma kuantiti dikurangkan. in shaa Allah. nak try hingga akhir bulan, nak gi klinik semula cek tekanan darah. 

esok da Sabtu, yahoooooo... 

have a nice weekend everyone 😃.