assalamualaikum & salam sejahtera 😉

pagi Jumaat nan indah.
meskipun pagi-pagi tadi on the way ke ofis, awan berat dan kelabu memenuhi dada langit... kini, awam mendung tadi tu dah berarak pergi ntah ke mana. bandar Melaka cerah bila matahari menyerlahkan dirinya dgn bangga.

Mendung tak bererti hujan, kan ?
jam 7.30 pagi tadi 😳

saya teruja setiap kali pagi Jumaat menjelma. penghulu segala hari... hari yang berikutnya merupakan hari berehat di rumah dgn anak-anak, tanpa dok fikir perihal kerja di ofis. interesting. moreover, Izzat da bisik ke telinga saya mlm tadi, "hari Sabtu, Ijat nak berenang..." 😄

bersyukurlah dah ada kolam renang plastik tepi rumah ha ha ah ha... tak la Izzat dok bertanya, "bila kita nak gi Melaka Wonderland ni, swimming ?"

orait. got a few things to be settled here in the office.
semlm da settle bayar segala jenis bil-bil since dah hari gaji, kan. ringan skit la kepala ni bila hutang bulanan dah langsai.
so next Monday, masuk ofis dgn gembira tanpa apa-apa jenis tunggakan task 👌.

sambil-sambil tu, nak menyelit blogwalking. menziarahi kawan-kawan alam maya yang masih setia klik klik kembali ke blog kecil saya ni. happy la sebab now ada masa utk blogwalking beberapa blog kawan-kawan setiap hari. ada yg tak dpt tinggalkan komen, ada yg sempat membebel panjang di kotak komen 😀.

... ok bye for now! 😏