assalamualaikum & salam sejahtera...
petang Jumaat...
di rumah saje sepanjang hari. bekerja di rumah (WFH) kan. dilarang berada di luar kawasan. mesti sentiasa alert dengan phone - arahan dari pejabat mesti kena respon on the spot.
pagi tadi sempat la bersenam bersihkan laman. baja pokok-pokok sayur dan pokok-pokok bunga. kemas pasu-pasu, buang-buang daun kering. sib baik laman kecik, kalau besar, tak la mampu nak maintain 😄.
elok panas cuaca dari pagi 😍
jengah ke luar tingkap. sepi... dok kampung, tak la sibuk dengan bunyi kenderaan. langit cerah indah.
tapi tu la, panas zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. tiba-tiba hujan lebat teramat. mcm semalam la. lepas waktu isyak gitu, hujan lebat selebat-lebatnya! guruh berdentum-dentum. angin kuat! kami releks releks je la.
bangkit subuh pagi tadi, buka wasap. ya Allah 😱 pekan Durian Tunggal banjir!!! beberapa kampung berdekatan pun banjir.
air sungai da separas dengan jalan raya!
pekan Durian Tunggal digenangi air 😥
mengerikan! Allahu Akbar...
itu yg takut perkara yang sama terjadi lagi mlm ni. kesian pada beberapa kampung yang terjejas. Kampung Bukit Balai, Bukit Tambun... dan sekitarnya. rumah kami ni di kawasan yg tinggi. in shaa Allah tidaklah terkesan. tapi, sentiasa berhati-hati sebab kalau nak terjadi, kun fayakun, terjadi juga kan. tak boleh la tidur lena sgt sekarang ni hu hu hu hu...
petang-petang ni, da siap masak dah ari ni utk dinner, jap lagi lepas solat Asar, boleh la blogwalking.
- tomyam ayam
- sambal sotong
- sambal belacan nenas
blogwalking sementara tunggu mr.Asben tiba rumah. giliran dia bekerja hari ni.
👌 bye for now...
19 Comments
Kat sini pun hari2 hujan. Semoga semuanya baik-baik sahaja.
ReplyDeleteBaru tahu pekan Durian Tunggal banjir.
ReplyDeleteyes, wina.
Deletekan ada sungai tgh tgh pekan tu.
air naik!
sekarang ni kalau petang je mesti akan start hujan.. lepas tu sambung ke malam jugak kan... risau jugak kalau tengok kawasan rumah yang dah start banjir ni.. kereta nak lalu pun takut jugak ni..
ReplyDeletecuaca tak menentu sekarang. kadang mendung kadang panas terik tetiba hujan lebat..take care sis :)
ReplyDeletedekat shah alam seminggu ni deret hujan start petang
ReplyDeleteYa Allah..teruknya banjir.. letihnya nak kemas uma lepas ni :(
ReplyDeleteDi LD pun cuaca dah tak menentu. Kena berjaga-jagalah supaya perkara tak diingini dapat dielakkan.
ReplyDeletetinggi nya paras air tu..takot..moga semuanya dilindungi
ReplyDeleteMelaka pon dah start hujan hari hari... Ada kawasan belah Jasin ngan Alor Gajah dsh start bsnjir jugak
ReplyDeleteSini hujan nonstop semalam.. Air kolam pun dah naik tinggi.. Memang risau kalau ada yang dilanda banjir.. Kesian mereka.. dengan pendemik lagi..
ReplyDeletemusim hujan skang ni..banjir di mana2...take care ya aida..
ReplyDeleterumah arwah atok biras ammi kat durian tunggal tu teruk juga. tengok kesan air kat dinding rasa mau juga tinggi2 ammi air tu
ReplyDeleteada beberapa kampung kat DT ni memang terjejas teruk.
Deleteperlu dok kat sekolah sementara tunggu banjir tu reda...
musim2 cemni kena alert sentiasa..
ReplyDeletesemoga baik2 saja ya.. take care..
semoga Allah lindungi kita semua hendaknya, sekarang musim hujan kan, anak-anak kena ingatkan sentiasa, risau sebab diorg suka main air
ReplyDeleteSekarang dah masuk musim tengkujuh. Kesian kepada mereka yang terkesan banjir. Semoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteEza follow sini ya, blog eza baru sehari. Jemput datang melawat kawasan, https://paejahbebels.blogspot.com/.
Salam kenalan.
Musim hujan telah tiba, Berhati-hatilah dengan kondisi alam yang kurang bersahabat, bencana banjir kerap melanda, semoga tetap waspada dan di jauhi dari segala kesulitan.
ReplyDeleteMusim hujan. Semoga kita dan keluarga kita selamat. Kesian pada mereka yang banjir, tengok kat tv. Nak kena cuci rumah semua.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.