assalamualaikum & salam sejahtera...

petang Jumaat... 
di rumah saje sepanjang hari. bekerja di rumah (WFH) kan. dilarang berada di luar kawasan. mesti sentiasa alert dengan phone - arahan dari pejabat mesti kena respon on the spot.

pagi tadi sempat la bersenam bersihkan laman. baja pokok-pokok sayur dan pokok-pokok bunga. kemas pasu-pasu, buang-buang daun kering. sib baik laman kecik, kalau besar, tak la mampu nak maintain 😄.

Panas... Hujan lebat dan banjir!
elok panas cuaca dari pagi 😍

jengah ke luar tingkap. sepi... dok kampung, tak la sibuk dengan bunyi kenderaan.  langit cerah indah.
tapi tu la, panas zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. tiba-tiba hujan lebat teramat. mcm semalam la. lepas waktu isyak gitu, hujan lebat selebat-lebatnya! guruh berdentum-dentum. angin kuat! kami releks releks je la.

bangkit subuh pagi tadi, buka wasap. ya Allah 😱 pekan Durian Tunggal banjir!!! beberapa kampung berdekatan pun banjir.

Panas... Hujan lebat dan banjir!
air sungai da separas dengan jalan raya!

Panas... Hujan lebat dan banjir!
pekan Durian Tunggal digenangi air 😥

mengerikan! Allahu Akbar... 
itu yg takut perkara yang sama terjadi lagi mlm ni. kesian pada beberapa kampung yang terjejas. Kampung Bukit Balai, Bukit Tambun... dan sekitarnya. rumah kami ni di kawasan yg tinggi. in shaa Allah tidaklah terkesan. tapi, sentiasa berhati-hati sebab kalau nak terjadi, kun fayakun, terjadi juga kan. tak boleh la tidur lena sgt sekarang ni hu hu hu hu...

petang-petang ni, da siap masak dah ari ni utk dinner, jap lagi lepas solat Asar, boleh la blogwalking.
  • tomyam ayam
  • sambal sotong
  • sambal belacan nenas
blogwalking sementara tunggu mr.Asben tiba rumah. giliran dia bekerja hari ni.
👌 bye for now...