assalamualaikum & salam sejahtera 😀

salam dihulur di tghari Ahad nan indah. cuaca sejak pagi memang cantik, matahari menyinar terik. kalaulah ada aktiviti yang nak diselesaikan hari ni, cantik sgt la 👍.

hari ni, skit lagi projek mengemas bakal dijayakan. in shaa Allah. sementara tunggu peluh di badan ni kering, lepak bawah kipas sambil-sambil update blog. nak kongsi tentang pintu koboi di antara dapur dan ruang makan di rumah ni. da lama plan nak buat, tapi dek kerana PKP ari tu, tertangguh. a week before PKPB kali ni, siap, alhamdulillah. mujur lah 😅.

saya panggil ia pintu koboi je la. 
tak pasti nama khasnya apa. kalau tahu, harap dpt la share di kotak komen ye. saya da fikirkan cara utk memisahkan ruang dapur dan ruang makan. niat di hati, nak menjaga aurat la sebab rumah saya tak besar, dari ruang tamu hadapan boleh je nampak dapur memasak. di awalnya, terfikir utk pasang langsir or bidai yang bersesuaian. tapi tak terjumpa yg berkenan di hati. online or offline, merata mencari.

Pintu Koboi Dapur | Senangnya hati bila dah siap, privasi dapat dikawal
💛💛💛

at the end, Allah turunkan ilham, lalu plak gambar pintu koboi yang diidamkan di Pinterest one day... and terus berkenan di hati! apa lagi, terus save and send image tu kontraktor. gitu gini kautim. saya nak ia diperbuat dari kayu (dlm kes ni kayu balau kalau tak silap saya), warna coklat klasik dan ada berukir di bahagian atas. pintunya panjang, kiranya dari ruang hadapan hanya nampak area buku lali ke bawah je.

Pintu Koboi Dapur | Senangnya hati bila dah siap, privasi dapat dikawal
ukiran minima di pintu koboi dapur saya 😍.

harga dan kontraktornya.
survey di facebook, rata-rata pintu koboi berharga antara RM300 - RM450, tanpa engsel dan upah pemasangan. aduhai! tapi, syukur alhamdulillah, dgn En. Nazmi, pintu koboi saya ni all in hanya berharga RM300. ok la kan.

Pintu Koboi Dapur | Senangnya hati bila dah siap, privasi dapat dikawal
sukakan setiap perincian yg En.Nazmi persembahkan 😍.

tapi, saya tak jamin org lain dapat ye harga ni. disebabkan pintu koboi ni adalah projek kayu ke-4 saya tempah dgn En. Nazmi di rumah ni. kalau diikutkan, dari nilai projek ke-3 dan ke-4, rasa-rasa pintu ni saya dapat free 😍. maka, saya amatlah recommend En.Nazmi ni, boleh klik klik fb beliau 👇👇👇.

Pintu Koboi Dapur | Senangnya hati bila dah siap, privasi dapat dikawal
bila klik, e'eh gambar projek ke-3 rumah saya di fb beliau 😃.
facebook : Porch Kayu
no. telefon : 016-2874245 (Nazmi)

jiran tetangga saya pun da ada yg tempah dgn En.Nazmi selepas tgk hasil di rumah saya. alhamdulillah, kongsi rezeki secara tak langsung.

pengalaman selepas adanya pintu koboi nak masuk / keluar dapur.
  1. susah! 😂😂😂 dulu kala nak masuk /  keluar selamba je. terutama nak angkat mangkuk lauk ke ruang makan. now, kena buka pintu. most of the time, kalau kedua-dua tgn ada mangkuk lauk, saya buka pintu koboi ni secara mengundur 😄. tapi dah terbiasa, ok ok je dah skang.
  2. Ijat takut nak ke dapur! 😆 terutama malam. before this, kalau dia nak minum air dari cuckoo, dia berlari je ke dapur. now, siang hari kekadang ok kekadang tak, ikut la mood takut dia ha ha ah ha... malam, wajib berteman. meskipun dia sampai je nak capai suis lampu, still dia dlm ketakutan.
engsel pintu tu berbunyi ye. tak menjadi susah bagi saya. ok je. pintu bilik tu pun lama-lama berbunyi jugak, kan...

Pintu Koboi Dapur | Senangnya hati bila dah siap, privasi dapat dikawal
ikut kesukaan kita, gaya pintu koboi dapur mana yang disukai, kan 😍.

byk pilihan ada kalau kita klik klik di laman google. tak sukar nak survey harga sebab most of the image akan ada link utk dihubungi. ikut kesesuaian ruang rumah kita dari segi warna, jenis kayu, jenis tertutup ataupun ada ukiran yang berlubang dan besar or kecik pintunya.

ada yg terinspirasi tak? 😄