assalamualaikum & salam sejahtera 😉
hari Sabtu nan sejuk!
dari lebih kurang jam 11 pagi tadi, cuaca keliling dah kelabu, then slowly hujang turun and terus-menerus lebat hingga sekarang (hampir jam 8 malam). nyaman... feeeeeling good la skit mlm ni nak tido 👍. tak perlu on air-cond.
amboi amboi amboi korang berdua...
melurus ye kat pool...
respon Izzat, "shopping kan Shopee aje. ibu kan selalu shopping kat Shopee. nanti dia terus anta kat rumah kita."
alamak alamak 😆 pecah sudah rahsia shopping ibu selama ni. tak ku sangka aku diperhatikan oleh anak bujang 8 tahun ni tau hu hu hu hu 😅....
tadaaaaa... inilah dia inflatable swimming pool Izzat.
tak pepasal tgh mlm ada pool ni kat ruang tamu.
aduhai... 😄
itu yg pagi-pagi Sabtu suasana rumah da meriah. seperti biasa, Sabtu pagi saya dan mr.Asben akan dating makan-makan di luar. tapaw kan apa-apa makanan utk anak-anak bertiga. tiba je rumah, Izzat da menunggu dah utk isi air dalam pool nya.
pagi Sabtu. awan berat tu hah...
memang hujan pun sepanjang hari.
...dan saya memantau Izzat yang berada dlm pool.
air belum penuh tapi dia da ada dlm pool. camne ? hu hu hu hu...
chewah... ala-ala pancuran air di Bayou Lagoon lah ni 😆😆😆.
sebenarnya guna paip air aje kuang kuang kuang...
😆😆😆 jgn terkejut ye... akhirnya saya pun join Izzat berendam dalam pool. aduhai... Syuhada da masuk dalam, bersihkan diri. saya pula da settle semai biji benih dlm beberapa pasu kecil. hujan turun dengan lebatnya. terbantut la proses saya dan mr.Asben nak bersihkan laman. nasib baiklah sempat potong rumput karpet.
sedang saya mengerah Izzat untuk masuk dlm rumah, Izzat ajak saya celup-celup kaki dlm pool dia. apa dia ingat ni pool kat hotel, ibu boleh dok kat tepi tu celup-celup kaki. mahu kempis la pool awak ni Izzat oii kalau ibu duduk kat tebing nyer tu 😄😂😂. 60kg ni anak oii ha ha ah ah ha...
tapi tu la, dlm hati ni terus terlintas, masuk je la pool Izzat ni, test...
hah gitewwwww...
hampir 30 minit juga la si ibu berendam dgn si bujang.
ibu yang happy...
si bujang triple happy lah!
dah terfikir dah dlm kepala saya ni, best jugak kalau dlm inflatable swimming pool Izzat ni saya berendam air susu ke, ala-ala mandi bunga ke... mcm kat spa 😍. sure badan sihat. tapi tu la, mahu nya dgn Izzat sekali mandi susu nanti 😆 kah kah kah...
utamakan keselamatan.
meskipun inflatable swimming pool Izzat ni tak la besar mana dan tak brape dalam, tetap saya pantau dia! sedangkan dalam baldi pun ada kanak-kanak yang lepas, inikan pula pool mcm ni, kan. ada time tu Izzat extra excited, melompat-lompat dan terjun ala-ala nak menyelam, cecepat saya tinggikan suara dari jauh. bagi amaran kat dia agar tak ulang cara yang merbahaya tu. kena ingatkan dia yg kolam tu tak la besar utk dia melompat-lompat menjunamkan kepala.
😣 dlm minda saya ni always fikirkan benda-benda buruk yang mungkin terjadi. minta-mint dijauhkan oleh Allah. dlm pada bersuka ria tu, kena jugak berhati-hati mengutamakan keselamatan, kan.
esok?
yg pasti pagi-pagi Izzat da booking slot berendam...
saya nak repot pokok kobis. nak cabut rumput kat luar pagar tu skit.
apapun, moga baik-baik aje utk kami dan kita semua hari ni, esok dan selamanya.
Aminnnnnn...
16 Comments
Boleh jadi bonding time keluarga juga ni.. Hehehe.
ReplyDeletekan...
Deletedgn kolam sekecil ni, ada aktiviti kekeluargaan.
Izzat pun tak happy.
Seronoknya dapat main air.
ReplyDeletebestnya berendam...nanti dah jemu, turn ibu pulak nak mandi bunga, mandi susu..hehe..
ReplyDeletebestnya kak, dana kalau teringin pun takde ruang utk letak benda alah tu maklum ruang takde... nak letak depan rumah tu boleh tp nampak lak orang lalu lalang haahhaha...
ReplyDeletepandai la bujang tu apa2 shoping kt shopee, si aiyan pun tahu mintak mainan beli la kt shopee tu mcm org yahg selalu antar barang tu... hahhaha
mau tiap hari berendam lah si Izzat tu ye kak... selagi tak jemu
tiap hari dimintanya, dana.
Deleteakak limitkan hanya sabtu & ahad aje.
sebab weekdays akak laki bini keje.
sape nak pantau, kan.
Bestnya rumah ada ruang, leh letak pool camtu.
ReplyDeletealhamdulillah...
Deleteruang khas utk aktiviti keluarga :)
weiii kalo ibu dia pun leh masuk, kita pun teringin juga nak ada pool ni..bahahahahhaha
ReplyDeletebeli Sun. jgn tak beli.
Deleteboleh berendam mandi bunga ala-ala puteri bongsu tau :) ha ha ha ha
Best juga tu kalau berendam air bunga ke, air susu ke.. dengan Izzat sekali joint.. hehehe.. Okaylah tu, ada hiburan dia sesekali kan Aida.. Tapi memang kena pantau walaupun dia dah besar..
ReplyDeletesronok ank2 dpt kolam besar tu....yela skarang smua kena stay at home kn tkleh rentas neheri...rindunya nk holiday...nasibaik aritu sempat juga la holiday ms julai
ReplyDeleteeyhh besar juga tu size kolamnya.. mmg puas la anak boleh brendam..
ReplyDeleteanak buah saya pun dah lama pujuk2 belikan kolam cemni. katanya tngk kat tv.. slalu bawak p swim kt putrajaya tapi time2 ni mmg xleh..
blh la kot cari2 kolam utk diorang..
Hehe akhirnya emaknya pun turun berendam dalam kolam eenang.
ReplyDeleteBolehlah lepaskan geram mandi.
bonding time yeay! shida pn ada satu kolam besar..bila2 semua ada baru keluarkan..bg anak2 buah mandi dlm tu..biasanya yg suka ank2 buah perempuan yg kecil molek..hahahaa
ReplyDeleteWah, seronoknya dia, mandi pool. Best, best! Besar pulak tu, pool nya.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.