assalamualaikum & salam sejahtera 😉

hari Sabtu nan sejuk!
dari lebih kurang jam 11 pagi tadi, cuaca keliling dah kelabu, then slowly hujang turun and terus-menerus lebat hingga sekarang (hampir jam 8 malam). nyaman... feeeeeling good  la skit mlm ni nak tido 👍. tak perlu on air-cond.

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
amboi amboi amboi korang berdua...
melurus ye kat pool...

nak kongsi aktiviti Izzat dan Syuhada pagi-pagi tadi. hmmmmm... akibat Izzat ternampak pool gitu di rumah jiran, berhari-hari dia berzikir di telinga saya dan mr.Asben utk belikan dia pool gitu. aduhai... saya malas nak layankan. informed Izzat, "covid-19, mana boleh keluar shopping di kedai?"

respon Izzat, "shopping kan Shopee aje. ibu kan selalu shopping kat Shopee. nanti dia terus anta kat rumah kita."

alamak alamak 😆 pecah sudah rahsia shopping ibu selama ni. tak ku sangka aku diperhatikan oleh anak bujang 8 tahun ni tau hu hu hu hu 😅....

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
anak yang kegembiraan dpt pool!

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik

ptg semlm, lepas keje, gigihlah mr.Asben mencari pool plastik ni kat Tesco. excited abis la Izzat bila ayah balik kerja, da nampak dah bungkusan besar pool dia. tersipu-sipu segan. dia tak terkata. excited! gigih lagi la di mlm hari, ayah nyer mengepam pool plastik ni. 

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
tadaaaaa... inilah dia inflatable swimming pool Izzat.
tak pepasal tgh mlm ada pool ni kat ruang tamu.
aduhai... 😄

itu yg pagi-pagi Sabtu suasana rumah da meriah. seperti biasa, Sabtu pagi saya dan mr.Asben akan dating makan-makan di luar. tapaw kan apa-apa makanan utk anak-anak bertiga. tiba je rumah, Izzat da menunggu dah utk isi air dalam pool nya.

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
pagi Sabtu. awan berat tu hah... 
memang hujan pun sepanjang hari.

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
mr.Asben mesin rumput...

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
...dan saya memantau Izzat yang berada dlm pool.
air belum penuh tapi dia da ada dlm pool. camne ? hu hu hu hu...

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
Izzat keboringan swimming sorang diri.
nasib baik la kak Syuhada sedia teman Izzat 😄.

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
chewah... ala-ala pancuran air di Bayou Lagoon lah ni 😆😆😆.
sebenarnya guna paip air aje kuang kuang kuang...

😆😆😆 jgn terkejut ye... akhirnya saya pun join Izzat berendam dalam pool. aduhai... Syuhada da masuk dalam, bersihkan diri. saya pula da settle semai biji benih dlm beberapa pasu kecil. hujan turun dengan lebatnya. terbantut la proses saya dan mr.Asben nak bersihkan laman. nasib baiklah sempat potong rumput karpet.

sedang saya mengerah Izzat untuk masuk dlm rumah, Izzat ajak saya celup-celup kaki dlm pool dia. apa dia ingat ni pool kat hotel, ibu boleh dok kat tepi tu celup-celup kaki. mahu kempis la pool awak ni Izzat oii kalau ibu duduk kat tebing nyer tu 😄😂😂. 60kg ni anak oii ha ha ah ah ha...

tapi tu la, dlm hati ni terus terlintas, masuk je la pool Izzat ni, test...

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
hah gitewwwww...
hampir 30 minit juga la si ibu berendam dgn si bujang.

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
ibu yang happy...
si bujang triple happy lah!

dah terfikir dah dlm kepala saya ni, best jugak kalau dlm inflatable swimming pool Izzat ni saya berendam air susu ke, ala-ala mandi bunga ke... mcm kat spa 😍. sure badan sihat. tapi tu la, mahu nya dgn Izzat sekali mandi susu nanti 😆 kah kah kah...

utamakan keselamatan.
meskipun inflatable swimming pool Izzat ni tak la besar mana dan tak brape dalam, tetap saya pantau dia! sedangkan dalam baldi pun ada kanak-kanak yang lepas, inikan pula pool mcm ni, kan. ada time tu Izzat extra excited, melompat-lompat dan terjun ala-ala nak menyelam, cecepat saya tinggikan suara dari jauh. bagi amaran kat dia agar tak ulang cara yang merbahaya tu. kena ingatkan dia yg kolam tu tak la besar utk dia melompat-lompat menjunamkan kepala.

😣 dlm minda saya ni always fikirkan benda-benda buruk yang mungkin terjadi. minta-mint dijauhkan oleh Allah. dlm pada bersuka ria tu, kena jugak berhati-hati mengutamakan keselamatan, kan.

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik

lewat petang tadi, saya dan mr.Asben keluar berdua ke kedai beli barang rumah, terus masuk drive thru Mekdi. beli set burgers, fries dan McCafe kegemaran, iced chocolate dan hot hazelnut latte untuk dinner kami mlm ni. alhamdulillah... holiday di rumah, gini la caranya hi hi hi hi 😄... rindu sgt nak bwk anak-anak bercuti. jalan-jalan cari makan. lepak-lepak sana-sini. dek kerana covid-19 ni, saya teragak-agak nak bwk diorang berjalan tak tentu selamat tempatnya. ingatkan nak ke Kelantan. hmmmm Kelantan plak da start PKPB 😔   😒. si covid-19 ni tahu je mana-mana celah yg green zone, abis dijajahi nyer 😞.

esok?
yg pasti pagi-pagi Izzat da booking slot berendam...
saya nak repot pokok kobis. nak cabut rumput kat luar pagar tu skit.

apapun, moga baik-baik aje utk kami dan kita semua hari ni, esok dan selamanya. 
Aminnnnnn...