assalamualaikum & salam sejahtera 😊
hari ni nak taip-taip kisah throwback. berkaitrapat dengan entri mengemas rumah yang lepas, buka fail-fail lama untuk sisihkan apa yg patut. kemas sana, kemas sini... maka, terjumpalah khazanah yang tersimpan lama. dah time utk disisihkan... sebelum disisihkan buat selamanya, kita up dulu gambarnya dlm blog ni.
diakui, saya ni jenis sentimental. dokumen lama, gambar lama, saya memang sayang nak buang! dari saya remaja dulu kala hingga la sekarang. bila buka semula fail, berdesup semua kenangan lama keluar satu persatu. itu yg buat saya jadi gembira dan tersenyum sorang-sorang. otomatik jiwa ni jadik muda remaja semula... chewah!
alkisah, menengah rendah dulu kala, saya bersekolah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. 3 tahun merasa dok di sekolah berasrama penuh jauh dari abah & emak. berdikari 😊. masih kekal dalam ingatan surrounding STF yang tak pernah saya jejaki sejak tamat PMR. hanya tgk dari luar saje bila jalan-jalan ke JB. 3 tahun menjadi budak asrama penuh mengajar erti byk perkara. sebab tu lah saya tidak berminat menghantar anak-anak ke sekolah berasrama penuh, saya punyai alasan tersendiri 😊.
slip keputusan PMR
alhamdulillah. berjaya dengan cemerlang. tapi, keputusan abah utk saya balik bersekolah di Melaka. alasan abah, di Melaka saya boleh attend tuisyen utk ke arah SPM. abah memang nak saya ambil aliran sains tulen. sedih hati masa tu sebab tak boleh proceed di STF. apa kan daya, bukan rezeki saya tamat sekolah menengah sebagai seorang SriKandi Tun Fatimah 😔.
balik ke Melaka, sambung sekolah di Sekolah Tinggi Perempuan Melaka. yes, berjaya menyelitkan diri masuk kelas 4 Sains 1. alhamdulillah... berjaya la bawak subjek sains tulen tu, meskipun paras-paras C4 or C5 aje ha ha ha ha 😀😀😀 tamat la 2 tahun di kelas Sains 1.
ni slip nak masuk dewan peperiksaan SPM 1995
dan ni slip keputusan SPM saya.
tapi tu la, teringat time amik slip keputusan SPM ni. datang dengan abah. abah tunggu kat kereta, luar pagar sekolah. hati ni berdebar hanya Allah yg Maha Tahu. saya ni tahap sederhana je. result ni la menentukan hala tuju hidup saya lepas ni. result ni juga la bakal menentukan ada atau tidak puting beliung oleh abah karang 😅 😣😣😣ha ha ha ah ha...
bila terima je slip tu dari cikgu kat dalam dewan, terus tgk result 😲. sgt teruja! berlari selaju mungkin ke abah dari dalam dewan ke luar pagar dan terus tunjuk slip. apa lagi, peluk la abah. tapi tu la, result subjek sains tulen sederhana aje. antara tiga tu, saya paling bagus kat result subjek kimia. saya hanya berjaya takluki subjek-subjek teras.
abah saya, hadiah terindah adalah result peperiksaan la. yg lain, abah tak minat 😆. sehinggakan result masters saya hari tu pun, otomatik tunjuk kat abah. hadoi lah ha ha ha ha ha...
surat ni pun rupanya ada dlm simpanan saya. aduh, memang throwback sgt-sgt. sayang nak sisihkan. mcm nak simpan semuanya. tapi tu la, nak ke mana pun kan kalau disimpan. sijil yg utama je saya simpan.
mesti ada yg ding dong dlm fikiran 😒😒😒 - "budak sains tulen... tapi apesal amik course sastera - Undang-Undang?"
secara ringkasnya, sekali lagi saya diarahkan oleh abah tersayang utk amik law. cita-cita saya sebenarnya adalah ke arah bidang arkitek. 2-3 hari sebelum result SPM 1995 keluar, abah terbaca dlm surat khabar tentang kelayakan utk amik law utk pelajar aliran sains, agregat mesti 12 atau kurang daripada itu. masa tu, saya releks aje la sebab tak brape yakin diri ni dpt agregat less than 12. dan sesungguhnya saya tak minat kot nak amik law 😣😣😣.
tapi tu lah, ni semua adalah impian abah, doa abah. saya la yang bakal jadi peguam dalam keluarga... abah nak semua profesion ada di kalangan anak-anaknya. potensi sebagai lawyer tu dia nampak kat saya la pulak kan. berbanding 6 anak yg lain hu hu hu hu... tu la sebab saya je amik course sastera, adik-beradik lain semua courses medic, accountancy dan engineering (ni majoriti = 4 orang).
sekian la corat-coret citer slip peperiksaan. kategori antik ni. kenangan antik-antik belaka. telah menjadi satu coretan memori yg amat manis dlm hidup saya.
kini... sedang membina impian utk anak-anak bertiga. sebab tu tekanan darah ni asyik naik aje, tiap hari jadik serigala jadian. tambahan pula diorang bersenang-lenang kat rumah, tak sekolah. the more la saya kena bertukar menjadi serigala 😠.
sekarang saya jadi tukang simpan sijil-sijil anak-anak plak. sorang 1 fail peribadi. bila buka tiap fail, diorang excited dan tanya, "ibu simpan ni... ibu simpan tu...". diorang tak tau ke yg ibu diorang ni memang kerani kat "muzium" dlm rumah tu. tiada apa yg tidak saya simpan buat kenangan 😀😀😀.
👌😉
22 Comments
sama mcm arwah abah mertua.. utk anak yg paling bongsu dia yg tentukan. abah nak anak abah ni jadi doctor. walaupun budak tu tak minat tp demi penuhi permintaan abahnya terpaksalah dia merantau jauh di Rusia belajar medic.
ReplyDeletetu la kan. ada certain ibu ayah punyai impian tersendiri kan. nasib baik la anak tu dpt terima and dpt carry subjek tu. medic bukan mudah! ke rusia plak tu :( aduhai anak abah...
DeleteAllahu..super senior kita rupanya...maaf kak Aida, selama ni macam kurang ajar bebenor ek..
ReplyDeleteteringat juga masa nak ambil slip result PMR and SPM dulu kala...PMR dengan sekolah terbakar, SPM keluar kereta, cikgu da bagi spoil result..haha
a'ah Sun. super duper senior :) ha ha ha ha
Deletewow..gred 1 tu... 1993 saya amik slip UPSR
ReplyDeletesama la kita ekk di tahun peperiksaan masa tu.
Deleteaida xde simpan plak apa2 dokumen for upsr, Yan.
yg tu missed dari memori :)
Wahhh ada lagi simpan slip tu ya. Tahun 1993 Eina baru darjah 6. Hehe. Result Eina semuanya cukup makan. Memang tak best la. Abah suruh jadi cikgu, tapi sebab result tak berapa bagus + Eina pun tak minat. So, tak dapatlah. Sambung belajar kat kolej biasa jer, ambil sains multimedia. Tapi kerja jadi admin exe. Haha. Sekarang dah jadi WAHM plak. :)
ReplyDeletesebaya la eina & mamaYan ni.
Deleteadik-adik akak :) ha ha ha ha ha...
aida pernah apply for KPLI time mengandung anak pertama dulu (2004).
takde rezeki nak jadik cikgu hi hi hi hi...
seronok bila jumpa dokumen lama-lama yang mampu memberikan memori gembira kan Aida.. Sekarang giliran anak-anak pula..
ReplyDeletedocuments ni semua penting dan memang sentimental..
ReplyDeletesaya pun akan simpan juga untuk kenangan..
Slip saya sudah hilang. Wah bertahan dalam simpanan.
ReplyDeletemasa belajar adalah masa yang paling best, tak fikir banyak benda, belajar dan maintain result je, sekarang semua tu jadi memori manis kan aida
ReplyDeletesaya pun masih simpan. teringat kenangan dengan kawan2 sekolah kan :D
ReplyDeleteOwh... kita sebaya Adianiez... ibuku dulu nak benar eden ni untuk amik medic tapi saya ni takut darah ohoiiii... minat engineering dan amik industrial, laaa ni alhamdulillah, bekerja dalam bidang yang digemari dan masih sambung study secara part-time...
ReplyDeletesama macam ila masih simpan dgn elok sijil2 ni.... n sijil anak2 pun buat fail sendiri masing2
ReplyDeleteslip exam ni semua penting utk show off dgn anak² kan.. spy dpt motivate diorang.. lgpun budak² suka jer dgr cerita kita dulu²
ReplyDelete1993....
ReplyDeleteEma lahir next year
IIUM? Senior! Ema alumni kuliyyah Sains Batch 131 ✪ ω ✪
PMR saya 2002 SPM pula 2004 hehee ^_^
ReplyDeleteWow, masih simpan slip periksa pmr. :)
ReplyDeletelama snagat dah tu
ReplyDeletekenangn ni .. untuk anak-anak tengok nanti
ReplyDeletesegan nk tunjuk slip kt anak2.. hehe
ReplyDeletetunggu slip zaman study jelah sbb banyak A.
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.