assalamualaikum & salam sejahtera 😊

hari ni nak taip-taip kisah throwback. berkaitrapat dengan entri mengemas rumah yang lepas, buka fail-fail lama untuk sisihkan apa yg patut. kemas sana, kemas sini... maka, terjumpalah khazanah yang tersimpan lama. dah time utk disisihkan... sebelum disisihkan buat selamanya, kita up dulu gambarnya dlm blog ni.

diakui, saya ni jenis sentimental. dokumen lama, gambar lama, saya memang sayang nak buang! dari saya remaja dulu kala hingga la sekarang. bila buka semula fail, berdesup semua kenangan lama keluar satu persatu. itu yg buat saya jadi gembira dan tersenyum sorang-sorang. otomatik jiwa ni jadik muda remaja semula... chewah!

Slip Peperiksaan PMR 1993 dan SPM 1995 | Dokumen lama buat jiwa kita jadi muda semula...
ni slip nak masuk dewan peperiksaan PMR 1993

alkisah, menengah rendah dulu kala, saya bersekolah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. 3 tahun merasa dok di sekolah berasrama penuh jauh dari abah & emak. berdikari 😊. masih kekal dalam ingatan surrounding STF yang tak pernah saya jejaki sejak tamat PMR. hanya tgk dari luar saje bila jalan-jalan ke JB. 3 tahun menjadi budak asrama penuh mengajar erti byk perkara. sebab tu lah saya tidak berminat menghantar anak-anak ke sekolah berasrama penuh, saya punyai alasan tersendiri 😊.

Slip Peperiksaan PMR 1993 dan SPM 1995 | Dokumen lama buat jiwa kita jadi muda semula...
slip keputusan PMR

alhamdulillah. berjaya dengan cemerlang. tapi, keputusan abah utk saya balik bersekolah di Melaka. alasan abah, di Melaka saya boleh attend tuisyen utk ke arah SPM. abah memang nak saya ambil aliran sains tulen. sedih hati masa tu sebab tak boleh proceed di STF. apa kan daya, bukan rezeki saya tamat sekolah menengah sebagai seorang SriKandi Tun Fatimah 😔.

balik ke Melaka, sambung sekolah di Sekolah Tinggi Perempuan Melaka. yes, berjaya menyelitkan diri masuk kelas 4 Sains 1. alhamdulillah... berjaya la bawak subjek sains tulen tu, meskipun paras-paras C4 or C5 aje ha ha ha ha 😀😀😀 tamat la 2 tahun di kelas Sains 1.

Slip Peperiksaan PMR 1993 dan SPM 1995 | Dokumen lama buat jiwa kita jadi muda semula...
ni slip nak masuk dewan peperiksaan SPM 1995

Slip Peperiksaan PMR 1993 dan SPM 1995 | Dokumen lama buat jiwa kita jadi muda semula...
dan ni slip keputusan SPM saya.

tapi tu la, teringat time amik slip keputusan SPM ni. datang dengan abah. abah tunggu kat kereta, luar pagar sekolah. hati ni berdebar hanya Allah yg Maha Tahu. saya ni tahap sederhana je. result ni la menentukan hala tuju hidup saya lepas ni. result ni juga la bakal menentukan ada atau tidak puting beliung oleh abah karang 😅 😣😣😣ha ha ha ah ha... 

bila terima je slip tu dari cikgu kat dalam dewan, terus tgk result 😲. sgt teruja! berlari selaju mungkin ke abah dari dalam dewan ke luar pagar dan terus tunjuk slip. apa lagi, peluk la abah. tapi tu la, result subjek sains tulen sederhana aje. antara tiga tu, saya paling bagus kat result subjek kimia. saya hanya berjaya takluki subjek-subjek teras.

abah saya, hadiah terindah adalah result peperiksaan la. yg lain, abah tak minat 😆. sehinggakan result masters saya hari tu pun, otomatik tunjuk kat abah. hadoi lah ha ha ha ha ha...

Slip Peperiksaan PMR 1993 dan SPM 1995 | Dokumen lama buat jiwa kita jadi muda semula...
tawaran masuk matrikulasi Undang-Undang, UIA.

surat ni pun rupanya ada dlm simpanan saya. aduh, memang throwback sgt-sgt. sayang nak sisihkan. mcm nak simpan semuanya. tapi tu la, nak ke mana pun kan kalau disimpan. sijil yg utama je saya simpan.

mesti ada yg ding dong dlm fikiran 😒😒😒 - "budak sains tulen... tapi apesal amik course sastera - Undang-Undang?"

secara ringkasnya, sekali lagi saya diarahkan oleh abah tersayang utk amik law. cita-cita saya sebenarnya adalah ke arah bidang arkitek. 2-3 hari sebelum result SPM 1995 keluar, abah terbaca dlm surat khabar tentang kelayakan utk amik law utk pelajar aliran sains, agregat mesti 12 atau kurang daripada itu. masa tu, saya releks aje la sebab tak brape yakin diri ni dpt agregat less than 12. dan sesungguhnya saya tak minat kot nak amik law 😣😣😣.

tapi tu lah, ni semua adalah impian abah, doa abah. saya la yang bakal jadi peguam dalam keluarga... abah nak semua profesion ada di kalangan anak-anaknya. potensi sebagai lawyer tu dia nampak kat saya la pulak kan. berbanding 6 anak yg lain hu hu hu hu... tu la sebab saya je amik course sastera, adik-beradik lain semua courses medic, accountancy dan engineering (ni majoriti = 4 orang).

sekian la corat-coret citer slip peperiksaan. kategori antik ni. kenangan antik-antik belaka. telah menjadi satu coretan memori yg amat manis dlm hidup saya.

kini... sedang membina impian utk anak-anak bertiga. sebab tu tekanan darah ni asyik naik aje, tiap hari jadik serigala jadian. tambahan pula diorang bersenang-lenang kat rumah, tak sekolah. the more la saya kena bertukar menjadi serigala 😠.

sekarang saya jadi tukang simpan sijil-sijil anak-anak plak. sorang 1 fail peribadi. bila buka tiap fail, diorang excited dan tanya, "ibu simpan ni... ibu simpan tu...". diorang tak tau ke yg ibu diorang ni memang kerani kat "muzium" dlm rumah tu. tiada apa yg tidak saya simpan buat kenangan 😀😀😀.

👌😉