assalamualaikum & salam sejahtera 😊
hujan pagi ni. sejuk nyaman. tidak brape lebat, renyai-renyai saje... alhamdulillah.
nak berkongsi cerita tentang air kotak Farm Fresh. sesekali beli untuk anak-anak, sorang 2 kotak. ikut la suka masing-masing. kak Nurin minat perisa mixed berries. Syuhada pula berkenan perisa strawberries. Izzat tetap dgn pilihan hatinya iaitu coklat. saya cuba sekotak perisa cafe latte. 😖 tak sedap! hu hu hu hu... tak kena dgn tekak kafein saya. lom habis lagi, ada lagi baki dlm peti ais. tak dpt nak habiskan sekotak tu mlm tadi.
tekak saya la, mungkin bagi org lain, ok. so, kena la cuba dulu. baru tau sedap ke tak 😃. yang lain semua sedap. recommended utk dijadikan buah tangan utk anak-anak di petang hari bila balik keje. sure anak-anak excited 😊.
saya panggil air kotak aje. tapi kena la tahu yang air kotak farm fresh ni ada jenis susu segar dan yogurt. sebelum beli tu, kena la tgk label kan. lain rasanya. lain nikmatnya 😍.
susu segar ada 5 varieties la, susu penuh krim, susu rendah lemak, perisa coklat, cafe latte dan susu kurma. as for yogurt, ada perisa asli, mixed berries, strawberries dan mangga
made from 100% fresh milk 👍
boleh rujuk di website Farm Fresh utk maklumat lanjut. di bawah ni saya screenshot beberapa maklumat penting utk perkongsian.
maklumat yang saya baca, susu segar farm fresh ni dihasilkan di ladang dan terus ready untuk dijual dalam masa 48 jam. susu segar tu disejukkan dan dihantar ke kilang utk diproses. susu akan dipasteur dan dibotolkan dan terus dihantar ke kedai.
saya kerap guna susu full cream utk memasak, terutama masakan western. bila masuk susu full cream, rasa lemak-lemaknya tu memang terbaik! before this memang menggunakan jenama Dutch Lady. tercetus idea untuk tukar kepada jenama Farm Fresh pula lepas ni, in shaa Allah. kena tunggu semangat r.a.j.i.n muncul kembali 😆😀 baru nak masak-masak western. kebetulan kedai berdekatan dgn rumah memang ada peti ais khas menjual susu dan yogurt Farm Fresh. alhamdulillah 👍.
susu full cream Farm Fresh 👍
yogurt Farm Fresh.
yogurt pun banyak digunakan dalam masakan melayu, kan.
ni ilustrasi dari website Farm Fresh.
maka, kita boleh fikirkan sendiri la - mana yang lebih baik?
sebagai orang Malaysia, wajiblah kita sokong dan beli produk kita. kata nyer nak bantu ekonomi negara 👍 😉. ini la masanya.

24 Comments
Feveret betul kalo air susu yogurt tu minum pagi-pagi buat lawas perut. Coklat premium tu sedap jugak. ^^
ReplyDeleteTeringan Gegar Vaganza
ReplyDeletei think, its time for me to drink milk :)
ReplyDeleteProduk2 Farm Fresh memang sedap danamg patut dibanggakan sebab setanding produk antarabangsa. Susu kurma n caffe latte dia sedappppp
ReplyDeleteKami antara penggemar brang ini. Mana yang kena dengan selera dan tekak boleh terima itu yang sering dibeli.
ReplyDeleteMemang freshla ye susu ni kan? 48 jam terus ready untuk jual. Dah pernah try yang coklat. Sedap jugak
ReplyDeleteTak dinafikan Susu Farm Fresh ni semakin mendapat tempat di pasaran Malaysia... Memang beli susu brand ni pun skrg.. Ramai juga kawan2 yang jadi agent... Bagus mereka siap sediakan peluang utk jana pendapatan...
ReplyDeleteSis kat rumah tak putus stok Susu ni, senang joran ada jual..sebab suka sangat.. now Suami pun suka yang tongkat ali tu heheheh.. kalau sis cafe jee..
ReplyDeleteMy house also have Farm Fresh milk and Yogurt inside fridge everyday. we like their taste and freshness a lot
ReplyDeleteSusu feveret ni.. Kalau ke tesco mesti beli. Ada pek yang kecik memang sennag. Semua perisa i dengan anak suka. Beli berkotak2
ReplyDeleteBanyak orang also jadi dealer or reseller! I've tried their kurma ones! My daughter and my favorite! We tried almost every flavor! Best is chocolate & kurma!
ReplyDeleteSedap kan? Support local ��
ReplyDeletetried this milk and love the taste but didnt know it is made in malaysia. ok, it's time to switch to this brand for good now!
ReplyDeleteSaya memang selalu beli produk farm fresh, especially yg cafe latte tu. Kualiti bagus.
ReplyDeleteMmg pernah try yang kopi susu brand ni.. mmg piauuu pekat hehe
ReplyDeleteKena support barangan tempatan kan, barulah ekonomi kita membangun balik. Suka Farm Fresh ni and senang nak dapat dah sekarang.
ReplyDeletePremium chocolate milk tu mesti sedap kan, nanti nak try. I love chocolatey milk
ReplyDeleteIklan dengan cara zero kos marketing
betul. sama2 kita sokong product tempatan..susu farm fresh mmg sedap
ReplyDeleteLH pun selalu minuk farm fresh ni. Tapi selalu minum fresh milk dia tu.
ReplyDeleteSaya suka susu farm fresh ni. selalu beli yang susu kurma tu.
ReplyDeleteAda cuba cafe latte memang kurang manis. Lain rasa.
ReplyDeleteSha suka betul Farm fresh nie terutama sekali yang yogurt tu..
ReplyDeleteshida jual juga kat tuisyen shida :)
ReplyDeletebudak2 suka minum susu farm fresh ni..
tengok je iklan Farm Fresh mesti tingat Bos Susu hehe..
ReplyDeletemy fav adalah yang mixed berries.. yang lain ok ok sajala..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.