assalamualaikum & salam sejahtera 😊

hujan pagi ni. sejuk nyaman. tidak brape lebat, renyai-renyai saje... alhamdulillah.

nak berkongsi cerita tentang air kotak Farm Fresh. sesekali beli untuk anak-anak, sorang 2 kotak. ikut la suka masing-masing. kak Nurin minat perisa mixed berries. Syuhada pula berkenan perisa strawberries. Izzat tetap dgn pilihan hatinya iaitu coklat. saya cuba sekotak perisa cafe latte. 😖 tak sedap! hu hu hu hu... tak kena dgn tekak kafein saya. lom habis lagi, ada lagi baki dlm peti ais. tak dpt nak habiskan sekotak tu mlm tadi.

tekak saya la, mungkin bagi org lain, ok. so, kena la cuba dulu. baru tau sedap ke tak 😃. yang lain semua sedap. recommended utk dijadikan buah tangan utk anak-anak di petang hari bila balik keje. sure anak-anak excited 😊.

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan

saya panggil air kotak aje. tapi kena la tahu yang air kotak farm fresh ni ada jenis susu segar dan yogurt. sebelum beli tu, kena la tgk label kan. lain rasanya. lain nikmatnya 😍.

susu segar ada 5 varieties la, susu penuh krim, susu rendah lemak, perisa coklat, cafe latte dan susu kurma. as for yogurt, ada perisa asli, mixed berries, strawberries dan mangga

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan
made from 100% fresh milk 👍

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan
produk Malaysia ye 👍 tiada curiga bila minumnya.

boleh rujuk di website Farm Fresh utk maklumat lanjut. di bawah ni saya screenshot beberapa maklumat penting utk perkongsian.

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan

maklumat yang saya baca, susu segar farm fresh ni dihasilkan di ladang dan terus ready untuk dijual dalam masa 48 jam. susu segar tu disejukkan dan dihantar ke kilang utk diproses. susu akan dipasteur dan dibotolkan dan terus dihantar ke kedai.

saya kerap guna susu full cream utk memasak, terutama masakan western. bila masuk susu full cream, rasa lemak-lemaknya tu memang terbaik! before this memang menggunakan jenama Dutch Lady. tercetus idea untuk tukar kepada jenama Farm Fresh pula lepas ni, in shaa Allah. kena tunggu semangat r.a.j.i.n muncul kembali 😆😀 baru nak masak-masak western. kebetulan kedai berdekatan dgn rumah memang ada peti ais khas menjual susu dan yogurt Farm Fresh. alhamdulillah 👍.

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan
susu full cream Farm Fresh 👍

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan
yogurt Farm Fresh.
yogurt pun banyak digunakan dalam masakan melayu, kan.

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan
ni ilustrasi dari website Farm Fresh.
maka, kita boleh fikirkan sendiri la - mana yang lebih baik?

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan

sebagai orang Malaysia, wajiblah kita sokong dan beli produk kita. kata nyer nak bantu ekonomi negara 👍 😉. ini la masanya.