assalamualaikum & salam sejahtera 😎
hari ni nak kongsi tentang aktiviti hujung minggu (2-3 minggu lepas) dgn kak Nurin dan Syuhada. kami buat kek coklat. sebenarnya, da lama diorang berzikir di telinga saya ni utk buat kek coklat. "hmmm bukan ibu tak nak buat, tapi bahan tak cukup anak-anak oii..."
maka, pergi shopping barang dapur, grab sebungkus serbuk koko. itu la yg terus menjadi buat kek coklat ni. resepi ni saya ambil dari YouTube Buat Orang Lapo. cari yang paling senang. bahan yang paling simple 👌.
hah gitewwww 😋
saya share kan resepinya ye. if nak videonya, search dalam YouTube Buat Orang Lapo resepi Kek Coklat Lembap Kukus (Sukatan Cawan) 👍. tu antara YouTube channel yg saya suka rujuk utk resepi.
bahan-bahan :
- 3/4 cawan gula
- 3 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan minyak
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan air panas
cara-cara :
- gula dan telur dipukul hingga kembang.
- masukkan garam, soda bikarbonat, esen vanilla, minyak dan susu pekat manis. pukul hingga adunan sebati.
- ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau rata-rata.
- masukkan air panas dan kacau rata sekali lagi. bila adunan da cantik sebati, boleh dah bakar atau kukus.
😍 ginilah adunannya ye.
masukkanlah dalam bekas yang bersesuaian.
kukus - 40 minit.
tapi saya bakar - suhu 170 selama 1 jam.
ibu jadik pemantau saje.
tu la untungnya ada 2 anak dara. sorang tukang sukat. sorang tukang kacau adunan 😄. ibu bantu aje, ajar cara nak sukat guna cawan dan sudu penyukat. Ijat pun join sekali, tukang sibuk! dia nak juga pegang pengadun tu, tapi tidak dibenarkan. tak pepasal karang adunan turun ke lantai. jgn buat keje ibu lebih la, Ijat darling.
untuk ganache coklat, saya improvise resepi topping dari resepi kek milo.
resepi ganache coklat :
masakkan semua bahan di bawah ni atas dapur hingga ia cantik berkilat.
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 cawan air panas
- 2-3 sudu mentega
seboleh-boleh anak-anak nak tuang semua topping coklat.
hampir nak melimpah dari pinggan! 😄
tidak berapa manis keknya. bersesuaian dgn ganache coklat yg manis. seimbang rasa. seadunan ni dpt la kami sekeluarga makan utuk 1-2 hari. sekali makan, sepotong. alhamdulillah.
[sila cuba juga : Resepi Mudah Kek Milo]
makan sendiri-sendiri. so tak brape la nak kisah rupa parasnya tu. janji menjadik kek coklat. jgn la nak dibandingkan dgn kek dlm YouTube Buat Orang Lapo tu 😆. cantik molek aje keknya. tak la senget mcm kek di atas tu ye ha ha ha ha...
...ok bye!
15 Comments
Isk masa budak-budak mak selalu buat kek begini. Hendak juga ada coklat sebagai penutup kek. Tiap-tiap minggu suruh buat, habis sebiji kek. Masa itu tidak fikir kalori. Hehe.
ReplyDeleteresepi mudah yang comfirm jadi dan sedap pulak tu kan kak hehehhe
ReplyDeleteUWAH. Melimpah ruah coklat tuuuuuuuuuu (づ ̄ 3 ̄)づ
ReplyDeleteCantik la tu. Kek coklat moist ni memang tinggi kalori. Tak boleh makan selalu. Budak-budak lain la diorang aktif. Huhu. Adik saya pandai buat kek ni. Saya pandai makan je
ReplyDeleteuish....choc tu nampak sgt menggoda..yum yum!
ReplyDeletebaking day mmg best kan! tapi tu la klu rajin baking, gaining weight pun melampau2
ReplyDeleteJadi la tu, Aida. Takpe senget pun, sendiri makan. Saya pun suka resepi kek sukat guna cawan. Kalau gram-gram, malas nak timbang. :)
ReplyDeleteish besg ni pinjam resepi ye , terima kssih share . bolehlah saya kasi kawan saya birthday dia lepas dah tp boleh kot nak kasi kek hehe
ReplyDeleteSedapnya.. bila lah nak rajin.. Dulu selalu buat tapi Sha suka versi kukus.. hehehe
ReplyDeleteAllahh..meleleh coklatnya..sedap betul ^_^
ReplyDeletenot fan of chocolate but knp nampak macam sedap gila tu hehe
ReplyDeleteSedapnya kek coklat moist.topping coklat leleh tu banjir tu :)
ReplyDeleteAduhai, terliur tengok betapa menggodanya kek coklat air tangan anak-anak Aida 😊
ReplyDeleteUuuuiiii nampak best betul topping coklat melimpah macam tuuu.. tiba2 ye terasa macam nak makan kek coklat pula...
ReplyDeletealamak..kejamnya post ni...teringin pulak kek coklat!
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.