assalamualaikum & salam sejahtera 😉
hari ni hari ke 11 PKP 2.0. menyaksi seluruh Semenanjung Malaysia dlm team PKP 2.0. bagus. meskipun s.o.p kini tak seketat PKP 1.0, still ada la skit ketatnya. bagi yg patuh, patuh la. bagi sesape yg enggan, buat la camne pun, hmmmmmm 😒 takkan nak dipatuhinya.
kelakar. tapi penuh berinformasi. kreatif!
Sarawak tu jadik Pengawas kan 😜.
nice plak image di atas. mlm td saya lepak di facebook, ada member share image di atas. tahniah kepada pelukis / kartunis tu. terbaik 👍. kalau boleh, secara live pun, diwujudkan rotan sebegitu terhadap semua yg ingkar, kan 😃. selain dari dikompaun RM ribu-ribu, didenda dan dimalukan di khalayak ramai, baru la diorang nak patuh.
da complete 10 hari PKP 2.0, masih lagi angka positif covid-19 melebihi 3000 sehari. pelbagai golongan dah dijangkiti. menteri, done. penyanyi, done. pelakon, done. ahli politik tak bertarap menteri, done. rakyat biasa apatah lagi. kita tunggu hari ke 20 PKP 2.0 nanti, berkurang tak angka ni kan. in shaa Allah.
mana taknya, dah elok dah PKP 2.0 dgn s.o.p nya, diminta plak kedai makan buka sampai ke tgh mlm. hmmmm nah hamek, diluluskan hingga jam 10 mlm. patutnya, after maghrib semua lockdown. tu satu contoh la kelemahan s.o.p PKP 2.0 ni. tak kuasa nak taip lelebih! 😡 dgn bilangan kereta yang berada di luar kawasan rumah mcm kurang hanya 30%. parking lot di mana-mana penuh. ye la kan, kebanyakan sektor dibenarkan beroperasi dgn bilangan pekerja yang majoriti. kelangsungan ekonomi kataaaa nyerrrr...
😔😔😔 diibaratkan, kita bakal hidup bersama covid 19 ni beberapa tahun lagi kot. undang-undang tak ketat. manusia pun suka hati tak patuh. kita yg bertapa dlm rumah ni?! yg patuh 100% ni?! yg dah lama tak jejak kaki ke bandar ni?! dianiaya secara zahir je...
isu pendapatan tu jgn la diungkitkan. boleh tak letak kepercayaan dan keyakinan tu kpd Allah? sesungguhnya, byk dah bantuan dari kerajaan. boleh berniaga, tapi masa terhad. so, fikirkanlah cara yg efektif within that limited time. dah bagi, merungut jugak kat tv bila kena interview. at least boleh berniaga.
tingkatkan iklan di whatsapp, telegram, facebook. delivery makanan / minuman. guna khidmat rider. rider pun nak cari makan jugak, kan. so sama-sama kongsi rezeki. saya pun ada je order makanan and c.o.d depan pintu. beli nenas madu, yong tau foo, cheese tart, coconut shake batu berendam, vitagen utk anak-anak. ada caj delivery, bayar aje la. tak mahal pun, antara RM3 - RM5 biasanya, tgk kawasan. makanan sampai ke depan pintu kot, lagi mau kedekut ke? pendek kata, peniaga kena la kreatif dan harga makanan jgn la yahudi sgt.
moga usaha kita semua dpt pahala dari Allah. just stay at home. home sweet home, kan...
moga tiada la readers blog Adianiez ni yg positif covid 19, aminnnn... yg sedang bertarung tu, saya doakan moga korang kembali sihat 100% ye.
orait, settle luahan hati 😂. apapun, percayalah, semua ni ada hikmahnya. sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. kita serahkan semua kepadaNya. berdoa. berikhtiar. berusaha. berfikir dgn waras.

11 Comments
Memang ada pro dan kontra. Itulah jangan merungut sangat, syukur apa yang ada/diberi.
ReplyDeletebetul tu.
Deleteaida pun sering kali ingatkan diri sendiri bila nak merungut!
bersyukur dulu dgn apa yg ada. jgn diminta pe yg tak dpt :)
Harga makanan jangan mahal sangat..setuju.
ReplyDeletehmmmm bab ni aida malas la nak komen, PC.
Deletegeram rasa hati!
Allahu...
Stay at home gais. Kita jaga kita.
ReplyDeleteyeszaaaaa...
Deletein shaa Allah.
Stay safe Aida... kes mencanak2 sekarang ni...
ReplyDeleteUjian buat kita semua. Hadapi dengan penuh sabar dan terus kuat. Usaha selagi mampu dan percaya pada rezeki yang Allah berikan untuk kita. Semoga ujian ini akan berakhir segera, dipermudahkan segala urusan dan kita boleh hidup normal semula. Aaminn
ReplyDeletesemoga kes covid semakin menurun dan dapat dikawal
ReplyDeletelps 2 mggu pelaksanaan pkp, sy rasa keadaannya sm shj dgn PKPB...org ramai masih memenuhi mall, jln raya etc. byk sgt kelonggaran berbading pkp 0.1
ReplyDeleteMacam tak PKP je bila tengok manusia masih elok keluar ke sana ke sini dan ada yang tak ikut SOP pun.. Hurm..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.