assalamualaikum & salam sejahtera 😉

hari ni hari ke 11 PKP 2.0. menyaksi seluruh Semenanjung Malaysia dlm team PKP 2.0. bagus. meskipun s.o.p kini tak seketat PKP 1.0, still ada la skit ketatnya. bagi yg patuh, patuh la. bagi sesape yg enggan, buat la camne pun, hmmmmmm 😒 takkan nak dipatuhinya.

PKP 2.0 | Siapa ingkar, kena rotan!
kelakar. tapi penuh berinformasi. kreatif!
Sarawak tu jadik Pengawas kan 😜.

nice plak image di atas. mlm td saya lepak di facebook, ada member share image di atas. tahniah kepada pelukis / kartunis tu. terbaik 👍. kalau boleh, secara live pun, diwujudkan rotan sebegitu terhadap semua yg ingkar, kan 😃. selain dari dikompaun RM ribu-ribu, didenda dan dimalukan di khalayak ramai, baru la diorang nak patuh.

da complete 10 hari PKP 2.0, masih lagi angka positif covid-19 melebihi 3000 sehari. pelbagai golongan dah dijangkiti. menteri, done. penyanyi, done. pelakon, done. ahli politik tak bertarap menteri, done. rakyat biasa apatah lagi. kita tunggu hari ke 20 PKP 2.0 nanti, berkurang tak angka ni kan. in shaa Allah.

PKP 2.0 | Siapa ingkar, kena rotan!

mana taknya, dah elok dah PKP 2.0 dgn s.o.p nya, diminta plak kedai makan buka sampai ke tgh mlm. hmmmm nah hamek, diluluskan hingga jam 10 mlm. patutnya, after maghrib semua lockdown. tu satu contoh la kelemahan s.o.p PKP 2.0 ni. tak kuasa nak taip lelebih! 😡 dgn bilangan kereta yang berada di luar kawasan rumah mcm kurang hanya 30%. parking lot di mana-mana penuh. ye la kan, kebanyakan sektor dibenarkan beroperasi dgn bilangan pekerja yang majoriti. kelangsungan ekonomi kataaaa nyerrrr...

😔😔😔 diibaratkan, kita bakal hidup bersama covid 19 ni beberapa tahun lagi kot. undang-undang tak ketat. manusia pun suka hati tak patuh. kita yg bertapa dlm rumah ni?! yg patuh 100% ni?! yg dah lama tak jejak kaki ke bandar ni?! dianiaya secara zahir je...

PKP 2.0 | Siapa ingkar, kena rotan!

isu pendapatan tu jgn la diungkitkan. boleh tak letak kepercayaan dan keyakinan tu kpd Allah? sesungguhnya, byk dah bantuan dari kerajaan. boleh berniaga, tapi masa terhad. so, fikirkanlah cara yg efektif within that limited time. dah bagi, merungut jugak kat tv bila kena interview. at least boleh berniaga.

tingkatkan iklan di whatsapp, telegram, facebook. delivery makanan / minuman. guna khidmat rider. rider pun nak cari makan jugak, kan. so sama-sama kongsi rezeki. saya pun ada je order makanan and c.o.d depan pintu. beli nenas madu, yong tau foo, cheese tart, coconut shake batu berendam, vitagen utk anak-anak. ada caj delivery, bayar aje la. tak mahal pun, antara RM3 - RM5 biasanya, tgk kawasan. makanan sampai ke depan pintu kot, lagi mau kedekut ke? pendek kata, peniaga kena la kreatif dan harga makanan jgn la yahudi sgt.

moga usaha kita semua dpt pahala dari Allah. just stay at home. home sweet home, kan...
moga tiada la readers blog Adianiez ni yg positif covid 19, aminnnn... yg sedang bertarung tu, saya doakan moga korang kembali sihat 100% ye.

orait, settle luahan hati 😂. apapun, percayalah, semua ni ada hikmahnya. sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. kita serahkan semua kepadaNya. berdoa. berikhtiar. berusaha. berfikir dgn waras.