assalamualaikum & salam sejahtera 😊
Sabtu muncul lagi.
hari ni bebas dari phone 😅. if not, selain dari jam 1 - 2 ptg, phone ikut aje tuannya ke mana-mana keliling rumah. WFH ni kena alert dgn phone, anytime office boleh call or whatsapp. and kena jawab / reply on the spot.
jgn la beri jawapan - "saya sedang masak", "saya sedang mandi", "anak main games", etc... memang kena la tindakan tatatertib nanti. tak berani saya 😟😖. kita makan gaji, kan. apa diarah, itulah dibuat.
ayam korea in the house! 😍
sekali je pernah beli, tapaw time PKP 1.0 dulu. hmmmm tapi seketul pun saya tak merasa. Izzat perabihkan semuanya 😞. so, tak boleh la nak kata guna sos korea ni sedap ke tak ke kan. tak boleh nak compare with the real one. but, ok la... sesekali ubah rasa.
tiada taburan bijan putih.
takde plak stock kat rumah.
time beli tu, terus tgk cara penyediaan 😃.
ok la. mudah je. mcm sos biasa.
cuma ia dilumurkan kat ayam da goreng tu.
- Perapkan 1kg kepak ayam bersama 3 biji putih telur, garam dan lada putih selama 15 minit.
- Setelah minyak panas, salut kepak ayam dengan tepung beras dan goreng ia hingga masak.
- Toskan kepak ayam dan salutkan dengan 8 sudu besar sos korea adabi.
- Sedia utk dihidangkan.
tapi, round tu buat, saya tambah madu.
bagi rasa manis-manis skit.
nak cover rasa pedasnya tu la.
overall, saya kasik 7 / 10 bintang utk sos korea adabi ni. sebab, pedas sgt la! berpeluh-peluh dibuatnya. pedas sambal ok lagi. yg ni, meresik skit kepedasannya, lain mcm. bila letak madu tu, hah cantiklah skit rasanya. tetap pedas la, tapi nice manis madu ada.
ada separuh botol lagi tu. sok lusa gi shopping, nak gi beli kepak ayam lagi sekilogram. meratah lagi kami anak-beranak ayam korea 😋.
korang da cuba sos korea adabi ni? or korang buat yg asli dari sos gochujang tu? lagi sedap ke? saya ada tgk YouTube yg org buat sos ni dari sos gochujang tu. lebih asli la kan.
👌

8 Comments
nampak macam sedap juga. nak kena cuba ni :)
ReplyDeleteBoleh cuba try cari sos ni nanti
ReplyDeleteBerWFH ni lebih stress sebenarnya. Tapi apa boleh buat, itu jew pilihan yang ada buat masa ini.
ReplyDeleteDah rasa sos Korea Adabi tapi buat cicah kentang goreng. Belum buat ayam sos Korea.
ReplyDeletePedas ya amat sos ini.. Ada Sha beli hari tu tapi tak terhabis lagi.. Kena buat ayam salut gini jugalah nampaknya.. hehehe..
ReplyDeletepedas korea ni bagi saya lain macam..memang takleh masuk huhu..
ReplyDeletebtw, disebabkan entri nasi kari kambing akak tu, saya baru je checkout kari kambing adabi dua tin dekat shopee 🤣🤣
tak pernah rasa lagi... ;-)
ReplyDeletetak penah cuba lagi..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.