assalamualaikum & salam sejahtera 😃

pagi Rabu. hari kedua terakhir PKP 2.0 di Melaka dan beberapa negeri lain. bermulalah PKPB semula dan hanya Perlis dpt pelepasan PKPP hi hi hi... tahniah org Perlis. namun kena ingat ye, rentas daerah dan rentas negeri tidak berubah ye. ni untuk lebih memberi kesan efektif kepada PKP 2.0, PKPB dan PKPP.

in shaa Allah...

byk perniagaan yg terjejas. ramai peniaga yg pendapatan 😔. meskipun SOP MKN da dilonggarkan utk pelbagai sektor perniagaan, saya tak rasa pendapatan diorang sama mcm dulu. kesan covid 19 kepada golongan B40 dan M40 amatlah besar! covid 19 ni merupakan cabaran golongan B40 dan M40 yang terbesar sepanjang 2020. 2021 ni ntah la...

apa yg saya boleh bantu, sesekali membeli la produk-produk industri kecil dan sederhana (IKS). perniagaan kecil byk melalui masa yang sukar. apabila saya pergi membeli barangan keperluan dapur di kedai runcit dekat-dekat sini, confirm saya akan stop di mana-mana gerai yg dibuka di tepi-tepi jalan. jual kuih-muih, keropok lekor, buah-buahan dan mcm2 lagi la. tak kurang juga saya order online and mereka c.o.d ke rumah. satu contoh adalah Alia Yong Tau Foo.

no 1 paling saya nak kongsi adalah Gulai Kawah Frozen Umbut Pisang & Daging (Resepi Tradisi Dari Utara). ni lauk sejukbeku yg sentiasa ada dlm freezer saya. ni beli dari ofismet mr.asben. 1 pek RM18. 
Cara Bantu Golongan Terjejas Covid 19 | Kita beli barang jualan mereka, kenyang perut, pahala pun dapat
semangkuk besar. sekali makan pun tak habis tau 😋

Cara Bantu Golongan Terjejas Covid 19 | Kita beli barang jualan mereka, kenyang perut, pahala pun dapat

Cara Bantu Golongan Terjejas Covid 19 | Kita beli barang jualan mereka, kenyang perut, pahala pun dapat

cara memanaskan semula gulai kawah yang sedap ni :
  1. cairkan gulai yang beku.
  2. masukkan gulai ke dalam periuk dan panaskan dgn api sederhana hingga mendidih.
  3. rasa. boleh perisakan dgn garam secukup rasa, jika perlu.
  4. siap!

tau tak apa tu umbut pisang? saya tahu pun selepas pertama kali mr.asben beli gulai kawah ni. sebelum tu, tak tau pon. ada juga yg panggil batang pisang. ia adalah bahagian dalam batang pisang. dibuang-buang pelepah batang pisang yg kat luar, hinggalah jumpa umbut pisang yg warna putih di dalamnya. saya mencari di google dan jumpa di blog Amie tentang umbut pisang or batang pisang dijadikan gulai ni.

Cara Bantu Golongan Terjejas Covid 19 | Kita beli barang jualan mereka, kenyang perut, pahala pun dapat
ni gambarnya sebelum masuk periuk 😃.
boleh ye terjah blog Amie utk tahu info. ada gambar sekali.
Amie, minta izin tempek gambar umbut pisang di sini 😉.

no 2 ialah sambal telur puyuh. tapinya, yg saya beli tu telur puyuh 😅 sambalnya buat sendiri aje. 21 biji telur puyuh ni hanya RM3. murah yg amat! burung puyuh yg dibela sendiri. fresh 😍.

Cara Bantu Golongan Terjejas Covid 19 | Kita beli barang jualan mereka, kenyang perut, pahala pun dapat
jgn tanya ye cara masak sambal 😄.
cara masak yg basic aje ni. malu nak kongsi resipi.

no 3 yang paling best ialah kuih lopes. Allahu Akbar. sedapnya lah. one day mr.asben balik dari kerja (dia masih bekerja 2 hari dlm seminggu time PKP 2.0), dibawanya 2 bekas kuih lopes ni. yg terbaik adalah air gula melaka tu, pekat. tu yg syok tu. kuih lopes nya lembut sgt. nice!

ni beli dari jiran lama. ada hari dia buat, baru open order. hari yg lain, kuih yg berbeza.

Cara Bantu Golongan Terjejas Covid 19 | Kita beli barang jualan mereka, kenyang perut, pahala pun dapat

Cara Bantu Golongan Terjejas Covid 19 | Kita beli barang jualan mereka, kenyang perut, pahala pun dapat

no 4 ialah takoyaki. ni kegemaran anak-anak, terutama Syuhada. pantang la nampak gerai jual takoyaki, sure dia menjerit, "ibu, beli takoyaki!". aduhai... yg ni tiap hari Rabu, pasar mlm pun dah boleh beroperasi, mesti 1 pek kirim kat mr.asben. terpaksalah dia gi shopping di pasar mlm sebelum balik rumah. demi kehendak perut anak-anak.

Cara Bantu Golongan Terjejas Covid 19 | Kita beli barang jualan mereka, kenyang perut, pahala pun dapat
lumayan, kan?
ni campur. ada sosej, ada sotong, ada udang...

no 5. amboi amboi amboi, meriah ekk beli makanan. tauhu bergedil. produk pasar malam jugak. tauhu bergedilnya sedap, isi penuh, besar! yg paling mantap ialah kicap cili padinya. pedas, manis dan pekat. bukan kicap terlebih air! 1 pek ada 5 ketul tauhu bergedil. wajib beli 2 pek. kalau 1 pek, tak cukup!!! saya sorang je da perabihkan 1 pek 😆.

Cara Bantu Golongan Terjejas Covid 19 | Kita beli barang jualan mereka, kenyang perut, pahala pun dapat
besar kan tauhu bergedilnya?
mcm ni lah baru dinamakan berniaga seikhlas hati 😄.


itu la 5 makanan utama yg saya beli. ada yg lain, next post la ye. bila terperap kat rumah, sendiri jadi bosan makan masakan sendiri! kalaulah ada tukang masak lain, memang saya gantung apron lah. anak-anak bertiga pun sesekali tekak mereka nak merasa makanan beli.

Jumaat, Melaka mula PKPB. saya bakal bekerja ikut giliran. saya tinggal di luar daerah Melaka Tengah, ntah masuk nama dlm giliran ntah kan tidak. sebab larangan merentas daerahkan masih dikuatkuasakan. bekerja tu takde masalah pun. minda ni risaukan anak-anak yg masih PdPR di rumah. Allahu... kita ada, boleh la pantau. kita takde di rumah nanti? lelebih Izzat yg darjah 3 tu. kakak-kakaknya sibuk dah dari pagi hingga kul 3 Google Meet. sekolah menengah, kan. semua Google Meet.

hmmmm... tunggu la esok camne. SOP pun akan diumumkan esok. esok la baru tahu bila masuk ofis. till then, nikmatilah 2 hari terakhir PKP 2.0.