assalamualaikum & salam sejahtera 😊

selepas subuh tadi, dlm jam 7 pagi, ke dapur dan seperti biasa buka tingkap-tingkap dapur utk pengudaraan. wah 😍 angin sepoi-sepoi bahasa di awal pagi. nyaman sgt! saya sangkakan hujan, rupanya tak. permukaan bumi kering. permulaan pagi yg amat membahagiakan.

hari ni kirim mr.asben belikan nasi lemak je utk sarapan kami. sebab lepas buka tingkap dapur je, terus da ngadap laptop. beberapa kerja hakiki nak kena settle kan. menjelang jam 10 pagi jap lagi, da mula nak homeschool Izzat dgn kerja yang bakal cikgu-cikgu kirimkan melalui Google Classroom (GC).

alhamdulillah, kul 8.30 pagi da siap pun semua kerja yg patut-patut. rasa bangga kejap dgn diri sendiri. tu pasal la dpt bersiaran di blog ni hah. rinduuu nak hapdet blog. kerja hakiki da siap, tak le rasa bersalah buat keje lain 😄 kah kah kah...

Cofeology Cafe & Restaurant | Cafe halal yang ekslusif dengan menu yang best, tak rugi singgah menjamu selera
nampak tak?
snap gambar mr.asben dan bunga di atas meja?

bila kerajaan umum je boleh dine-in hari tu, kami berdua terus amik kesempatan gi coffee coffee berdua. tak la semata-mata coffee coffee, ada urusan yang hendak diselesaikan. urusan yg tertangguh dek PKP 2.0. urusan penting! anak-anak di rumah saje. masih tidak dibenarkan keluar beramai-ramai, kan. berdua sahaja dlm satu kenderaan.

Cofeology Cafe & Restaurant | Cafe halal yang ekslusif dengan menu yang best, tak rugi singgah menjamu selera
tidaklah minum coffee 😆.
both of us pilih hot lemon tea.
sgt la sedap hot lemon tea di Cofeology Cafe & Restaurant ni.
kurang manis. masam lemon. begini 👍👍👍

Cofeology Cafe & Restaurant | Cafe halal yang ekslusif dengan menu yang best, tak rugi singgah menjamu selera
kaya swirl.
seriously, this one wajib order.
makan panas-panas.
tahap sedap dia memang maksima!

Cofeology Cafe & Restaurant | Cafe halal yang ekslusif dengan menu yang best, tak rugi singgah menjamu selera
spaghetti bolognese.
this one is my favourite lah.
portion nya byk, kami kongsi berdua.

Cofeology Cafe & Restaurant | Cafe halal yang ekslusif dengan menu yang best, tak rugi singgah menjamu selera
monte cristo sandwich with raspberry sauce.
this one is recommended lah korang.
fries tu cicah raspberry sauce Cofeology yang sungguh sedap!
Allahu Akbar, heaven on earth.

Cofeology Cafe & Restaurant | Cafe halal yang ekslusif dengan menu yang best, tak rugi singgah menjamu selera
the sandwich? awesome lah!
nampak tak tu apa yg sedap?
tgk cheese yg meleleh tu pun korang boleh terliur.

terbaiklah. berminggu-minggu terperap di rumah. pekena menu Cofeology Cafe & Restaurant yang awesome, memang beri ketenangan. if only dpt bwk anak-anak ke sini, sure lebih best. ni la salah satu tempat makan yang menarik di Melaka. recommended halal cafe in Melaka. singgah ler...

Cofeology Cafe & Restaurant ni owned by orang Melayu. itu sesuatu yg saya suka bila orang Melayu venture dlm this kind of business. cafe yang ekslusif dan special di mata saya. korang boleh check it out di facebook Cofeology Cafe & Restaurant ye.

opening hours Cofeology Cafe & Restaurant setiap hari adalah dari jam 1 ptg hingga 8.30 malam. but this might change ikut keadaan la kan. and ada health and safety requirement di cafe : 
  1. Mask required
  2. Temperature check required
  3. Staff wear masks
  4. Staff get temperature checks
  5. Staff required to disinfect surfaces between visits
terbaik! di musim pandemik covid 19 ni, semua ni adalah wajib. jgn leka. jgn lupa. kita bakal hidup dgn normal baharu ni selamanya kot. hanya Allah yg Maha Tahu.

so, kalau berjalan di Melaka, jgn lupa singgah di Cofeology Cafe & Restaurant, Bukit Beruang ye. pasti memori yg indah-indah saje bakal korang bawa pulang nanti. in shaa Allah.