assalamualaikum & salam sejahtera 😃

berkesempatan mlm ni utk update blog kecil ni. siang sibuk dgn urusan anak-anak bermula jam 8.30 pagi hinggalah ke jam 3.00 petang. make sure mereka selesaikan tugasan sekolah dgn baik. saya pula WFH, jam 9.00 pagi baru dimaklumkan ada meeting pada jam 2.30 ptg 😅. kena plak bentangkan data, Allahu Akbar. data da ada, slide powerpoint nak kena buat plak hu hu hu... bersilat la 😆 ha ha ha...
dok menjeling-jeling jugak ke blog dari sehari ke sehari. terdetik dlm hati, "alamak, few days da tak update blog ni...". byk nak kongsi, tapi tu la, masa yg ada amat mencemburui saya. ada aje task hakiki yg kena didahulukan.

mudah ke jadi mommy blogger? 😳 mommy blogger malaysia yang terkenal? malaysia mom influencer? most of us, mommy blogger ni, di peringkat awal berblog ni utk isi masa lapang. kalau le ada masa lapang, kan... at the end now, most of us da jadi sgt sebati dgn blog, kalau tak update, mesti rasa hari tak sempurna! 😍 

memperkenalkan diri saya 👇.
saya ni merupakan ibu kepada 3 orang anak yang sempurna, Nurin, Syuhada dan Izzat. saya bekerja sepenuh masa, membantu kewangan keluarga bersama mr.asben tercinta. menulis blog ni sejak lebih 11 tahun lepas adalah minat di masa lapang. kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, gi makan-makan di tempat yang best, dekorasi rumah dan serba-sedikit ilmu susun atur kat rumah. ada isu semasa yang relevan, sila la baca saya membebel di blog ni 😄. love to be a mommy blogger 👍. saya blogging bila ada masa dan bila ada cerita. kisah keluarga dan aktiviti saya seharian adalah keutamaan saya. menaip di blog merupakan satu cara saya release stress!

26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021
keluarga saya 💚💛💜💙

jom kita korek-korek 26 Mommy Blogger yang top dan best untuk kita follow sepanjang 2021 ini. tak rugi follow blog kami-kami mommy blogger kerana korang takkan bosan dan in shaa Allah terinspirasi selalu.

26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021

(blog bermula dari 2017)
Siti Awadah merupakan mommy kepada 6 orang anak. Sis Hawa merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan dia pakar dalam menjana pendapatan dgn Adsense 💪. byk perkongsian ilmu blogging yg saya dpt dari Sis Hawa, alhamdulillah.

(blog bermula dari 2008)
Ardini Humaira merupakan seorang mommy blogger kepada 2 orang cahaya mata. menulis blog sejak dari zaman persekolahan dulu. wow, amazing la Dini. di awalnya, blog hanyalah sekadar suka-suka, menulis ala-ala diari di awal 2008. namun, selepas tu dalam thaun 2010, terus menulis blog dengan lebih serius hingga kini. Dini pernah keguguran sebanyak 5 kali, aduhai... besar dugaan buat seorang ibu seperti Dini 😔. kerana itu, Dini berhenti kerja ketika mengandung anak kedua, iaitu selepas keguguran kali ke 5. besar juga la pengorbanan Dini utk keluarga. moga Allah limpahi 1001  kegembiraan buat Dini.

(blog bermula dari 2006)
Bie Mohd 😃. mommy blogger kepada 3 orang cahaya mata. blog Bie bermula dulu dengan perkongsian bride-to-be hinggalah sekarang. wonderful! Bie suka dengan aktiviti d.i.y bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. sekaligus Bie ingin beri inspirasi kepada ibu bapa di luar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti dengan anak-anak mereka seperti untuk majlis hari jadi, akikah dan lain-lain seumpamanya 👍.

(blog bermula dari 2015)
Mrs.Pip seorang mommy blogger kepada 3 orang anak. siapa yg nak tahu kdrama terkini, confirm kena tinjau kerap blog Mrs.Pip 😃. Mrs.Pip menjadi surirumah sepenuh masa sejak 2013 untuk menjaga anak-anak 👍.

(blog bermula dari 2013)
Lea Razali merupakan mommy kepada 2 orang anak, surirumah tangga dan mula ingin menjana pendapatan melalui blog. Lea gemar berkongsi tentang resipi, travelog, informasi kesihatan dan panduan blog.

(blog bermula dari 2012)
Azlinda Alin, mommy blogger kepada 3 org anak comel! menulis blog sebagai hobi. Alin bekerja sebagapi financial consultant AIA dan business online. boleh singgah blog Alin untuk mengenalinya lebih rapat. dia seorang yang pentingkan keluarga dan memang gemar habiskan masa lapang bersama keluarga.

(blog bermula dari 2006)
Fuzy, surirumah sepenuh masa and a mommy blogger kepada 6 orang anak. alhamdulillah 😊. mulanya dulu, menulis blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita seperti kisah kehamilan, tugas sebagai ejen pelancongan dan resipi masakan. kini menulis blog secara serius, mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan menjadi pegawai media sosial (PMS).

(blog bermula dari 2012)
Mamy Syu merupakan mommy blogger kepada 3 orang anak, Naufal, Nufael dan Hawraa 😍. Mamy Syu berkongsi pengalamannya menjaga anak sendirian kerana pjj dgn  suami. berkongsi tips penyusuan susu badan, review, resipi serta cara hidupnya sebagai pasangan suami isteri jarak jauh selama 9 tahun. menarik, kan? 

(blog bermula dari 2008)
Alia Farhan 😍 a happy mommy of 2 princesses. She loves to cook and travel. mula-mula blogging dulu hanya untuk suka-suka, meluahkan perasaan dan stress masa belajar 😄.

(blog bermula dari 2020)
Mommy Wawa seorang ibu kepada seorang anak 😍. aktif menjana pendapatan bersama Shaklee dan Adsense. jgn tak tahu, selain dari menjadi seorang mommy blogger, Mommy Wawa juga seorang youtuber 😃 👍.

(blog bermula dari 2011)
Chaza Xiaojie 😉 merupakan mommy blogger sepenuh masa kepada 3 org anak. Chaza suka menulis sejak kecil. memang sejak muda Chaza berazam untuk bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak-anak membaca dan mengaji 😌 alhamdulillah.

(blog bermula dari 2020)
Nurul Aleya 😉 mommy blogger kepada seorang anak. lama juga Aleya menjadi blogger, sejak 10 tahun lepas dgn blog www.secantikmanis.com. selepas tamatkan pengajian dan mula bekerja, blog sepi ditinggalkan. minat menulis tu tetap dan sentiasa ada, cuma tiada masa. bila berpindah ke JB, join JDT blogger dan mulalah buat blog baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resipi.

(blog bermula dari 2008)
Nora (Izarra) 😊 mommy blogger kepada 3 orang cahaya mata dan bekerja di sektor kerajaan (sekolah). asalnya dulu Nora ada blog just suka-suka update kisah peribadi, madah, seumpama diari. sekarang dah byk entri pelbagai perkongsian. dulu aktif join event di mana-mana, tapi bila berpindah, blog pun kurang update. sayang punya pasal, maka blog Nora masih wujud sehingga kini.

(blog bermula dari 2010)
CikTom 😉 fulltime mommy blogger kepada sepasang cahaya mata. dulu, awal-awal blogging tertumpu kepada perkongsian tips, tutorial blogging dan cara buat duit online. sekarang, lebih banyak entri blog create awareness tentang parenting, homeschooling dan emas sebagai hobi.

(blog bermula dari 2010)
Yaya Azura merupakan mommy kepada 2 orang anak lelaki. mula membuat blog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudian pula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.

(blog bermula dari 2008)
Rozita 😊 mommy blogger kepada 4 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang bekerja sebagai Pegawai Veterinar di sektor kerajaan. suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah. menulis blog bermula sebagai hobi. berkongsi tentang pengalaman hidup, masak-memasak dan mencuba resepi baru, travelog dan tempat-tempat makan yang best . Rozita juga berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak.

(blog bermula dari 2010)
Bonde Zaidalifah 😊 mommy blogger kepada seorang puteri. menulis blog adalah separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen.

(blog bermula dari 2020)
Meksah, mommy blogger kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. kerjaya di Sektor Swasta bidang Essential Services. mula membina blog Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman.

Fadzi Razak 😎 mommy blogger kepada Aneeq dan Anas yang kini dah pun berada di Australia. berhijrah ke sana. perkongsian Fadzi di blog sama seperti mommies yg lain berkisarkan anak-anak, resipi dan menu makanan sekeluarga dan juga tips parenting.

(blog bermula dari 2007)
Maesarah 😊. mommy blogger kepada 3 org anak. asal menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak. Kemudian jadi blog bisnes sekejap. Pastu sharing tentang aktiviti seharian dan sekolah anak-anak.

(blog bermula dari 2016)
Atul Hamid merupakan seorang lagi mommy blogger kepada sepasang cahaya mata 😍. Perkongsian blog mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.

(blog bermula dari 2020)
Zaza Azman kembali berblog setelah 12 tahun berhenti. Mengguna samaran sebagai Mama monsta, mommy blogger utk sepasang anak-anak monsta yg comel. full time housewife, part time blogger. blog berbahasa inggeris. Blog lifestyle yg mengisarkan perkembangan anak-anaknya.

(blog bermula dari 2019)
Marina Bashah, mommy blogger yg bekerjaya. ibu kepada 3 anak dara. selalu kongsi mengenai persekolahan anak. tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak.

(blog bermula dari 2010)
Siti Rohaida, mommy blogger kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi. menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.

(blog bermula dari 2017)
Norhana Rosmida, mommy blogger kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. hobi suka menulis dari zaman university dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

(blog bermula dari 2010)
Sharina, mommy blogger kepada sepasang anak, Edan Eshal. dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki😄. alhamdulilah, lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.



sila klik pada gambar header blog blogger mommies terkenal di atas ye, anda akan terpesona dan terinspirasi dgn hasil coretan kawan-kawan saya semua ni di blog, in shaa Allah 😄.

till then, bye bye 😊